Sunday, March 11, 2018

Sebelum GST, Malaysia hidup dan ditadbir dengan natang ape ek?

Hapuskan GST akan buat negara hilang sumber pendapatan, kata menteri
TMI · Diterbitkan pada 10 Mar 2018 8:05PM
Kurup yang merupakan ahli Parlimen Pensiangan, berkata kerajaan telah membelanjakan pendapatan daripada kutipan GST ke arah pembangunan negara dan perlaksanaan projek-projek kesejahteraan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 10 Mac, 2018

MALAYSIA akan kehilangan sumber pendapatan yang penting untuk rakyat dan negara sekiranya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dihapuskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Joseph Kurup.

Ini kerana katanya, GST amat bermanfaat dalam memberikan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat meliputi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Bantuan Khas Awal Persekolahan, Baucar Buku 1Malaysia, Perubatan Percuma serta pembangunan yang lain.

Justeru, Kurup menyifatkan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dilancarkan pada Khamis sebagai tidak masuk akal dan memerangkap rakyat.

“Mereka (PH) meletakkan janji yang tidak realistik...manifesto yang boleh menghancurkan negara,” katanya kepada pemberita pada Majlis Kem Kesihatan Nabawan 2018 di Sabah hari ini.

Kurup yang merupakan ahli Parlimen Pensiangan, berkata kerajaan telah membelanjakan pendapatan daripada kutipan GST ke arah pembangunan negara dan perlaksanaan projek-projek kesejahteraan rakyat.

Mengenai cadangan PH untuk mewujudkan  Konsultasi dan Keharmonian Negara, Kurup berkata ia sebenarnya telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak tahun 2013 dengan mewujudkan Majlis Konsultasi dan Perpaduan Negara (MKPN).

Katanya, Perdana Menteri Najib Razak telah terlebih dahulu melihat ke hadapan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum dengan penubuhan MKPN lebih awal.

“Kami sedang dalam proses menyediakan rangka tindakan, Pelan Tindakan Perpaduan Negara sebagai pelengkap kepada Pelan Perpaduan, Kesepaduan dan Penyatupaduan Nasional…BN telah lebih awal memikirkan perkara ini,” katanya.

Kurup berkata manifesto BN yang akan dilancarkan oleh Najib nanti akan lebih baik, menyeluruh dan merangkumi setiap lapisan rakyat di negara ini serta  asli, tidak seperti manifesto PH.

Di majlis itu Kurup mengagih-agihkan sebanyak 2,000 cermin mata percuma kepada penduduk di situ. – Bernama, 10 Mac, 2018.

No comments:

Post a Comment