Tuesday, March 6, 2018

Salleh mempersoalkan kenyataan Rais, seolah Rais buta media?

* Walau pun Salleh tak kata yang dia jurucakap Jho Low tetapi semua yang dia kata seolah mempertahan mamat tu. Macam dia dah tahu semuanya.

Korang baca kenyataan Salleh di bawah ni pulak, agak -agak apa persepsi korang?

March 5, 2018
Rais tak baca habis kenyataan saya, kata Salleh
Khairil Ashraf 
Salleh Said Keruak berucap merasmikan Ekspo Finctech 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Salleh Said Keruak menasihatkan Tan Sri Rais Yatim tidak terpengaruh dengan dakwaan disebarkan di media sosial dan membaca keseluruhan kenyataannya berhubung rampasan kapal mewah Equanimity di Bali sebelum memberi komen.

Menteri komunikasi dan multimedia itu juga menafikan beliau ialah jurucakap kepada ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, sebaliknya kenyataannya berhubung kapal mewah itu dibuat berdasarkan fakta.

“Tidak ada dalam kenyataan saya yang saya ini jurucakap kepada Jho Low, bukan sedemikian. Mungkin dia (Rais) lihat dalam satu aspek sahaja dan bukan keseluruhan kenyataan tersebut.

“Fakta berkata sedemikian tidak lebih daripada itu. Tapi mereka ini buat rumusan seolah-olah saya telah tentukan siapa pemiliknya.

“Saya pun hairan bagaimana mereka buat kesimpulan sedemikian. Saya rasa mereka tak baca keseluruhannya.

“Saya rasa mereka terpengaruh dengan apa yang diviralkan di media sosial saja. Ia tidak cerminkan apa yang saya katakan di kenyataan saya di blog mengenai perkara ini,” katanya selepas merasmikan Ekspo Finctech 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Sabtu lalu, Rais mendakwa Salleh beria-ria mempertahankan Jho Low, seolah-olah ahli perniagaan itu individu penting.

Penasihat sosiobudaya kerajaan itu berkata, Salleh sepatutnya mempertahankan keadilan, bukannya “cepat sangat menidakkan kapal mewah Equanimity bukan milik Jho Low”.

Ia selepas Salleh membidas pembangkang menggunakan “berita palsu” berhubung isu rampasan itu untuk mengelirukan rakyat, Khamis lalu.

Beliau berkata, hakikatnya ialah dakwaan dalam saman sivil DoJ itu tidak membuktikan Jho Low ialah pemilik kapal itu atau ia dibeli dengan dana 1MDB.

Hari ini, Salleh mengulangi apa yang terkandung dalam dokumen dan saman sivil DoJ hanya dakwaan yang belum dibuktikan di mahkamah.

“Jika kita lihat dokumen yang ada, termasuk dokumen saman DoJ (Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat), dinyatakan ia tuduhan saja siapa pemilik tersebut dan tidak ada bukti bahawa 1MDB terlibat untuk biaya pembelian kapal tersebut.

Salleh yang juga bendahari agung Umno itu yakin isu rampasan kapal mewah itu tidak akan menjejaskan kempen Barisan Nasional (BN) pada PRU14.

“Seperti biasa, kita akan fokus terangkan pada rakyat apa yang kita lakukan dan kita beri keyakinan pada rakyat, BN adalah parti politik yang akan tentukan kestabilan negara dan beri peluang pelajaran, ekonomi dan pekerjaan.”

Rabu lalu, polis Indonesia menyita kapal mewah Equanimity di Bali yang dicari DoJ atas permintaan Biro Penyiasatan Persekutuan AS (FBI).

Ogos lalu, DoJ meminta penangguhan saman sivilnya bagi merampas aset lebih AS$1.7 bilion yang didakwa dibeli dengan dana dicuri daripada 1MDB kerana sedang menjalankan siasatan jenayah ke atas 1MDB.

Antara aset dikehendaki ialah sebuah kapal layar mewah bernilai AS$250 juta yang dibeli pembiaya Malaysia, Jho Low yang dinamakan sebagai orang penting dalam saman AS itu.

DoJ berkata, Jho Low menggunakan hasil kutipan daripada 1MDB untuk membeli Equanimity “, sebuah sepanjang 91m yang didaftarkan di Kepulauan Cayman.

3 comments:

  1. DOJ tu bertindak berlandaskan undang undang. Cabarlah melalui perundangan untuk membuktikan DOJ tu salah. Aparaaa? Kah kah kah

    ReplyDelete
  2. Nak termuntah aku tgk muka mamat kaki kipas najib ni

    ReplyDelete
  3. Budak belum masuk akal balir pun tahu kapal tersebut dibeli pakai duit siapa....!!!

    ReplyDelete