Tuesday, March 6, 2018

Rakyat hok lagu mano tu weh?

* Rakyat hok serupo mu ko hok serupa aku, hok nok belanja make pun pikir 14 kali?
Acu tanyo dia, puok-puok hok gi jele luar negara tu dia kerja gapo, buleh berapa sebule, setahun?

Acu gi tanyo hok puok-puok tepi jale, puok-puok kedai runcit tu lagu mano keadaae nnego. lagu mano corok oghe bbeli?

March 6, 2018
Johari: Rakyat belanja RM46 bilion di luar negara, bukti ekonomi baik
Adam Abu Bakar
Gambar Reuters.

PETALING JAYA: Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani percaya kemampuan rakyat berbelanja di luar negara membuktikan ekonomi negara dalam keadaan baik.

Beliau berkata, perbelanjaan rakyat di luar negara meningkat setiap tahun hingga mencecah RM46 bilion pada 2016 dan 2017.

“Kita bising-bising, tapi tahu atau tidak, rakyat Malaysia keluar negara berbelanja jika dibandingkan pada 2015 cuma RM41 bilion, tetapi pada 2016 hingga 2017 meningkat kepada RM46 bilion.

“Saya fikir kalau ekonomi negara tidak bagus, orang pun tidak mampu pergi ke luar negara. Tetapi saya mengaku, dari persepsi juga sangat penting,” katanya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Johari (Titiwangsa-BN) berkata, trend perbelanjaan rakyat hari ini juga berubah kerana ramai memilih untuk membeli-belah atas talian.

“Kalau dulu kita tengok masyarakat kita ini, jarang orang beli online, sekarang ini orang beli online. Untuk pengetahuan, pada 2017 sebanyak 73 bilion barang keperluan yang selalu dibeli di kedai, sudah dibeli melalui online.

“Barangan online ini tidak direkod di kedai-kedai, tetapi dalam Jabatan Statistik ia akan direkod. Kalau digabungkan semua ini, ‘consumption; kita masih positif.”

Khalid Abd Samad (Shah Alam-Amanah) berkata, kerajaan juga perlu mengakui ada rakyat yang berdepan kesukaran dan mengeluh akibat kenaikan kos sara hidup.

“Saya keliru sama ada masalah dihadapi rakyat itu adalah persepsi atau apa yang dikatakan oleh menteri ini adalah persepsi. Menteri cakap ekonomi bagus, tapi rakyat mengeluh.

“Ketika ini, bukan sekadar kedai runcit tutup, ‘hypermarket’ juga tutup. Ini bukannya persepsi. Saya harap menteri juga mengakuinya.”

Johari berkata, perniagaan ditutup bukan disebabkan masalah ekonomi semata-mata, sebaliknya ada banyak faktor lain yang mempengaruhinya.

“Bila cerita soal orang berniaga, dia tutup atau bukan tidak ada kena-mengena. Kita lihat asas perkembangan ekonomi, kalau syarikat yang mempunyai urus tadbir lemah juga antara faktor penyumbang.”

* Bila aku baca artikel ni, aku terkenangkan satu peristiwa yang aku nampak di Pekan Batang Kali. Bukannya dah lama pun cuma baru bulan lepas.

Aku di kedai Mamak, datang seorang perempuan muda yang pada agakan aku dah berkeluarga. Dia minta beras, jadi Mamak tu pun timbang dan berikan padanya untuk dibayar. Aku tengok beras tu pun agak-agak entah berapa gram, setengah kilo kot. Tak tahulah aku tak reti nak ngagak. Tapi pada aku nak bawa balik untuk makan sekeluarga untuk hari tu memanglah nampak sedikit

Lepas dia bayar, dia balik menaiki motosikal. Aku terfikir nak belikan dia sekampit tapi aku ragu bimbang dia malu. Dia masih muda nanti apa katanya. Kalau dia dengan suami dia tu oklah juga. 

Jadi aku diamkan saja namun di perjalanan pulang aku ke rumah anak aku di Kampong Kalong Hilir, aku asyik terfikir tentang tadi. Berapa orang dia makan, berapa ramai yang ada di rumahnya? Berapa kali dia boleh masak dengan beras sebanyak tu?

Di rumah anak aku, semasa makan malam, aku bercerita ngan bini aku. Dia mulalah membebel kenapa tak belikan, kenapa tak tolong. Yang awak malu-malu tu nak mengorat ke? Aku kata kat bini aku, bukan aku yang malu tetapi aku bimbang dia yang malu. Dia kata kalau niat nak tolong kenapa fikir begitu? Aku kata sebab dalam kedai tu tadi ramai orang yang nampak nanti.

Sebelum bini aku diam dia kata, lain kali kalau terasa nak tolong, beli dan berikan saja!

5 comments:

  1. kepala bapak dia

    ReplyDelete
  2. Kalau ikut kepala otak menteri ni, negara-negara yang kaya di dunia adalah Bangladesh, Indonesia, Filipina, Nepal, Kampuchea kerana ramai rakyat mereka keluar negeri. Kan? Tapi betul ker??

    Kalau setakat 10 ribu rakyat Malaysia keluar negeri, belum tentu dapat kalahkan perbelanjaan PM Najib dan Kak Mah sekali keluar negeri. Memang ler banyak duit Malaysia dibelanjakan di luar negara. Kalau tak takkan 1MDB boleh hutang 50 billion.

    Dan tiap-tiap tahun, secara purata 30 ribu rakyat Malaysia akan keluar negara untuk mengerjakan haji. Secara purata, mereka akan belanjakan sebanyak RM10 ribu hingga RM15 ribu seorang. Kalau dah 30 ribu orang, tak ker RM300 juta atau RM450 juta. tapi persoalannya, yang pergi haji tu, kaya-kaya ker???

    ReplyDelete
  3. Thanks for finally writing about >"Rakyat hok lagu mano tu weh?" <Loved it!

    ReplyDelete

  4. Nilai mata wang kita yang turun..

    Duduk dalam negara pun menyakit hati.. Kena lah keluar sesekali kalau ada duit..

    Tapi ramai yang pergi tak duduk hotel.. samada rumah kawan atau anak.

    Mungkin bahalol tu kira termasuk orang pergi Haji tajaan 1MDB

    ReplyDelete
  5. pusing putar belit punya kerajaan..peduli apa ekonomi tumbuh..yg belanja berbilion pon aliran uang korup haram..belanja bayar hutang kpd ipic dah berbilion..gwa tau akaun ko songsang..akaun penyamun..


    ReplyDelete