Tuesday, March 6, 2018

PAS ada berani: “…haram undi bulan. Ini ambo nak pegang. Nak tahu yang mana betul, kita berdebatlah”

* Pada aku segi bahasa tak penting. Yang penting adalah memahaminya

Husam guna laras bahasa Pas, bukan kempen cara mereka
ZIKRI ABDULLAH  -  March 6, 2018 7:52 am
Kontroversi ucapan Naib Presiden AMANAH, Husam Musa tentang haram undi Pas harus difahami dari sudut berbahasa dengan logik parti itu.

Demikian pendapat Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional AMANAH, Dr. Muhaimin Sulam yang dimuatnaik di status facebooknya.

Beliau memetik ucapan Husam Musa pada 3 Mac lalu yang disiarkan di laman portal Malaysiakini yang menyebut:

“PAS kata tak pangkah PAS haram sebab akan jatuh kerajaan Islam. Ambo (saya) pula kata, kalau mengundi PAS yang menongkat (bantu) Umno yang habiskan duit rakyat, haram.

“…haram undi bulan. Ini ambo nak pegang. Nak tahu yang mana betul, kita berdebatlah,” kata Husam.

Menurutnya dua perenggan ataupun ucapan tidak sampai dua minit itu seperti menjadi ketidaktentuan.

“Ada dalam kalangan penyokong AMANAH marah dengan kenyataan Husam.

“Bagi pihak sebelah lagi, inilah waktu memulangkan buah keras. Paku dulang, paku serpih. Katanya sohibul hikayat,” katanya.

Teks dua perenggan itu katanya adalah teks yang menggunakan nada sindiran atau mengajuk.

“Itu bukan bahasa Husam.

“Tetapi Husam menggunakan laras bahasa biasa yang difahami oleh penyokong Pas,” katanya.

Beliau meminta supaya disemak pada ayat pertama di perenggan pertama.

“Husam menggunakan ‘bahasa Pas’ dahulu baru diikuti dengan ayat kedua yang memberi maksud jika analogi itu digunakan, maka Husam kata bahawa hukum undi Pas yang menongkat (bantu) Umno adalah haram,” katanya.

Analogi itu sebenarnya amat mudah untuk difahami, ujar beliau.

“Melainkan kita hendak berkelahi tak henti-henti sampai mati,” katanya.

6 comments:

  1. Kalu guna .. Keng ..
    makanan semut api ..
    55555

    ReplyDelete
  2. Senang cerita debatlah. Pas blh hantar ulamak serban berkilo. Husam bukan ulamak pun. Takut apa.

    ReplyDelete
  3. Ahli amanah dri negeri mana yg bodoh sgt,marah dgn statement husam...
    Nampak sgt x cerdik..
    Husam gunapakai ayat yg makan dalam..
    Klu org paham,paham la...
    Klu x paham,blh la join pas dan umno..

    ReplyDelete
  4. Ahli amanah dri negeri mana yg bodoh sgt,marah dgn statement husam...
    Nampak sgt x cerdik..
    Husam gunapakai ayat yg makan dalam..
    Klu org paham,paham la...
    Klu x paham,blh la join pas dan umno..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui yeop....kalau marah bila husam cakap macam tu maknanya masih sayang kpd hj hadi dan din ayam....pi lah peluk dema tu....lami tak rasa kehilangang mung....cuma rasa geli gelemang sikit la....

      Delete