Saturday, March 10, 2018

Parlimen Switzerland bahas 1MDB, Parlimen kita bisu

Ketika Parlimen Switzerland bahas 1MDB, Dewan Rakyat masih membisu 
Bede Hong · Diterbitkan pada 9 Mar 2018 3:06PM
Adun Pasir Pinji Howard Lee menyelar tindakan pihak berkuasa di negara ini yang masih membisu berhubung skandal 1MDB.– Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Mac, 2018

PEMBANGKANG menyelar tindakan pihak berkuasa yang masih berdiam diri berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) susulan tindakan ahli Parlimen Switzerland akan membincangkan usul sama ada untuk memulangkan dana yang dibekukan.

"Amat memalukan sekali apabila minggu depan, Parlimen Switzerland akan membahaskan dan mengundi usul yang akan memberi kesan terhadap reputasi dan ekonomi Malaysia dengan 1MDB menjadi isu utama.

"Sehingga kini Parlimen Malaysia langsung tidak membenarkan soalan diajukan berhubung perkara itu, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pinji Howard Lee. 

Speaker Pandikar Amin Mulia pada Isnin menolak usul tergempar yang dibawa oleh pembangkang untuk membahaskan isu 1MDB.

Parlimen Switzerland akan mengemukakan usul berkenaan ada Selasa depan untuk menggesa pemulangan semula dana yang dibekukan, termasuk CHF104 juta (RM430 juta) yang didakwa dicuri daripada syarikat pelaburan negara 1MDB.

"Kita tidak boleh membiarkan mereka yang berkuasa untuk menutup mulut rakyat biasa bagi melindungi penyelewengan dan jenayah kleptokrasi," kata Lee. 

"Ahli Parlimen berdiam diri di Parlimen daripada membangkitkan isu penting itu, tetapi mereka tidak boleh dan tidak akan diam di tempat lain," katanya. 

Lee merujuk kepada pengumuman terdahulu oleh perbendaharaan Switzerland yang mereka akan menyerap dana haram berkaitan 1MDB. 

"Kita tidak boleh membiarkan Parlimen berdiam diri, apabila tindakan kerajaan BN yang korup menyebabkan wang milik rakyat Malaysia dirampas oleh kerajaan negara asing tanpa sebarang tentangan.

"Rakyat Malaysia..tidak sepatutnya dihukum dengan menafikan dana berkenaan adalah milik rakyat Malaysia," katanya. 

Dalam usul minggu depan, yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Parti Demokratik Sosial Carlo Sommaruga, cuba memulangkan dana haram yang dikaitkan dengan jenayah kewangan melibatkan 1MDB yang diperolehi oleh pihak berkuasa Switzerland ke dalam perbendaharaan Switzerland.

Usul itu mahukan dana yang dipulangkan itu diuruskan oleh badan bebas di Malaysia. 

Ahli Parlimen di majlis kebangsaan dijangka mengundi perkara itu pada hari Khamis.– 9 Mac, 2018.

No comments:

Post a Comment