Tuesday, March 13, 2018

Insiden mata lebam Anwar: Kisah dari DR. Mahathir

Mahathir kisahkan insiden mata lebam Anwar
mk  |  Dikemaskini 12 Mac 2018, 11:09 malam
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyalahkan polis atas insiden mata lebam yang berlaku ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam temu bual bersama Sin Chew Daily pengerusi Pakatan Harapan berkenaan berkata beliau "sangat marah" kepada polis semasa insiden mata lebam bekas timbalannya itu pada 1998.

Ia terjadi selepas Anwar ditahan polis sebelum dihadapkan ke mahkamah.

Kata Dr Mahathir pada awalnya polis enggan memberitahu keadaan Anwar itu kepadanya.

"Saya sangat marah kepada polis, kerana saya tanya mereka: mengapa kamu tidak bicarakan dia (Anwar)?

"Mula-mula mereka tak mahu beritahu saya. Hanya kemudian mereka maklumkan bahawa mereka menyebabkan mata dia (Anwar) lebam," katanya.
Keadaan itu kata pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) berkenaan boleh mencetuskan keadaan yang sukar apabila Anwar dibawa ke penjara.

"Tetapi saya berkeras mereka mesti ke mahkamah (untuk mendakwa Anwar)," katanya.

Anwar ditahan polis beberapa hari selepas dipecat daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

Umum melihat tindakan itu diambil selepas Dr Mahathir menganggap Anwar mengancam kedudukannya.

Anwar pula bertegas mendakwa langkah pemecatan dan dakwaan yang dikenakan ke atasnya bermotifkan politik.

Ketika kali pertama dibawa ke mahkamah untuk didakwa, Anwar muncul dari kenderaan polis dengan mata kirinya lebam. Ia menimbulkan kemarahan banyak orang dan melahirkan gerakan reformasi bagi mengetepikan Dr Mahathir.

Mata lebam Anwar itu juga menarik perhatian dunia.

Hasil siasatan mendapati Tan Sri Rahim Noor bertanggungjawab atas insiden mata lebam berkenaan. Beliau ialah ketua polis negara pada ketika itu.

Rahim meletak jawatan pada Jan 1999. Selepas dibicarakan, Rahim didapati bersalah dan dihukum penjara dua bulan serta denda RM2,000.

* siCilako tu masih hidup kan?

4 comments:

  1. Ceeita dri madey ni aku pn x berapa nk percaya sangat..
    Polis bertindak ikut arahan dari perdana menteri..
    Klu dia x suruh,masakan polis nk bertindak ikut suka..
    Jgn nk konar bnyk sgt,madey...

    ReplyDelete
  2. Dan lg satu..
    Mudah sgt kau percaya dgn surat rwkaan dri ummi hafilda si adik mat jemin tu..

    ReplyDelete
  3. matde jnagan drama bikin la
    kalau hang marah polis pasai apa hnag tipu rakyat - kata anawar tumbuk muka sendiri
    mai sekor lagi pompuan kata anwar bekam
    memang sial lah ornag matde masatu
    sorang pun tak berani cakap benar
    semua mulut penuh seredak dedak jugak

    awat mamat polis tu takut lepas pukoi anwar dibiar tak bagi jumpa doktor
    dah kena hukum boleh dapat pencen ke?????
    penjara pun tapi duk hospital sakit jantung konon
    tau pulak takut

    dosa ngan Allah boleh minta ampun
    dosa ngan anwar dah pi jumpa anwar ke belum
    apakah maseh ada rasa sombong dalam hati
    atau maseh rasa lambat lagi nak mati

    apa yang matde tanam 22 thaun maka ini giliran dia pulak merasakan

    ReplyDelete