Saturday, March 10, 2018

SPR "menipu dalam proses persempadanan semula"?

Tipu persempadanan semula, Najib, SPR perlu bertanggungjawab, kata Bersih
TMI · Diterbitkan pada 10 Mar 2018 7:24PM
Perdana Menteri Najib Razak dan SPR dikatakan cuba mendapatkan kelulusan untuk cadangan persempadanan semula pilihan raya sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 berlangsung.– Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Mac, 2018

KUMPULAN pemerhati pilihan raya Bersih 2.0 hari ini menyelar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana "tergesa-gesa" dalam proses persempadanan semula tanpa mempedulikan proses dan prinsip yang diberikan dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Jawatankuasa pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) berkata, pengundi juga perlu meletakkan tanggungjawab kepada Perdana Menteri Najib Razak dan pengerusi SPR Mohd Hashim Abdullah kerana "menipu dalam proses persempadanan semula".

Kumpulan itu berkata adalah "jelas" Najib dan SPR cuba mendapatkan kelulusan persempadanan semula sebelum pilihan raya umum akan datang. 

"Kini laporan akhir berada di tangan perdana menteri, beliau mempunyai kuasa di bawah Seksyen 9, Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan untuk membuat perubahan lanjut sebagaimana yang difikirkannya perlu sebelum membentangkannya di Parlimen. 

"Sudah pasti perdana menteri dan SPR akan terus menipu dan memaksa persempadanan semula diluluskan untuk memenangi pilihan raya umum akan datang," kata Bersih dalam satu kenyataan hari ini. 

Kumpulan pemerhati pilihan raya itu turut memberi amaran kepada Najib dan Hashim bahawa "penyalahgunaan kuasa dan penipuan terhadap pengundi" tidak akan berjaya diselindung. 

"Pengundi akan memastikan mereka dihukum dan menjawab semua tindakan mereka. 

"Kami menggesa pengundi untuk meletakkan Najib dan Hashim bertanggungjawab kerana memanipulasi, menipu dan memusnahkan sistem pilihan raya di Malaysia."

Kenyataan kumpulan itu adalah susulan daripada laporan berhubung persempadanan semula, yang diperuntukkan di bawah Perkara 113 (10) Perlembagaan Persekutuan, telah lengkap semalam dan dihantar kepada Najib. 

Bersih berkata tindakan SPR akan "salah" kerana ia masih belum menyelesaikan inkuiri tempatan untuk Selangor. 

"Pada Februari, lebih 250 bantahan difailkan oleh pengundi di Selangor, tetapi SPR hanya diberitahu dan mengadakan inkuiri tempatan kepada kira-kira 50 kumpulan. 

"Bagi lebih 200 bantahan lain, SPR tiada kemahuan atau tanggungjawab untuk memaklumkan status bantahan dan inkuiri awam mereka," kata kumpulan itu. 

Jawatankuasa Bersih turut mendakwa Hashim mebuat kenyataan media yang penuh "tipu muslihat" bahawa inkuiri awam kedua sedang berjalan. 

"Penegasan yang sama telah dibuat oleh Peguam Kanan Persekutuan kepada Mahkamah Rayuan dalam kes Selangor pada 2 Mac, 2018.

"SPR kini telah memasuki ke tahap baru yang rendah, kerana pengumuman pelaksanaan penyusunan semula itu bermakna mereka menolak hak sekurang-kurangnya 20,000 pembantah yang akan mendengar isu persempadanan semula, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."

Jawatan kuasa pemandu itu berkata, Bersih 2.0 dan kumpulan empat pembantah memfailkan saman terhadap SPR minggu lalu, dan menuntut inkuiri awam dan hak mereka didengar. 

Kumpulan itu berkata SPR akan menjangkakan lebih banyak saman oleh pengundi "kerana rakyat terus memperjuangkan hak mereka".

"Kami menggesa kehakiman untuk menjalankan tugas mereka dalam melindungi hak pengndi biasa dan tidak terus memberikan 'imuniti' kepada SPR terhadap pengawasan kehakiman sebagaimana yang dilakukan pada kes persempadanan dan pilihan raya lain."

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kerajaan menerima laporan SPR, tetapi masih belum menentukan tarikh untuk membentangkan usul cadangan persempadanan semula SPR kawasan Parlimen dan Dun. 

Zahid, yang juga menteri dalam negeri berkata, Najib masih belum membincangkan perkara itu dengan Speaker Dewan Pandikar Amin Mulia. – 10 Mac, 2018. 

* Tak rasa bersalah, gerun dan risaukah bila diamanahkan rakyat untuk berkhidmat tetapi tipu rakyat. Itulah yang menyebabkan hilangnya keberkatan di dalam kerja dan kehidupan. Solatlah seribu rakaat sehari pun takkan lepas dari dosa terhadap manusia. Dengan Allah yang maha pengampun tu cerita lainlah. Agak-agak hati mereka-mereka ni tenangkah, bahagiakah jiwa mereka?

2 comments:

  1. ada orang pandai tipu rakyat
    tapi takut tipu bini
    tipulah - di dunya pun dah nampak tak adil
    di akhirat nanti tau lah akibatnya
    hai manusia ynag kuat menipu
    bersedialah untuk tanggung akibatnya
    menipu melibAtkan orang maka dosa ada dua satu nagn Allah satu ngan orang
    pi mampuih la hangpa

    ReplyDelete
  2. BERSIH seharusnya membuat Memorandum bantahan terhadap tindakan SPR dan menyerahkan nya kepada KDN dan membuat sesi penerangan kepada rakyat

    ReplyDelete