Monday, March 26, 2018

'Rakyat belum merasa PM daripada PAS': Tapi bukankah rakyat Kelantan, Terengganu dan kedah dah merasa gaya pemerintahan PAS?

'Rakyat belum merasa PM daripada PAS'
mk  |  Dikemaskini 25 Mac 2018, 7:12 petang
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi meminta rakyat untuk memilih perdana menteri daripada PAS dengan memenangkan parti itu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Beliau berkata negara selama ini hanya ditadbir BN dan malah calon perdana menteri Pakatan Harapan (HARAPAN) juga merupakan bekas perdana menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

"HARAPAN akan menampilkan bekas perdana menteri yang akan (memegang jawatan itu) semula, sama juga dengan BN (Datuk Seri Najib Razak) yang jadi perdana menteri sekarang.

"Anda sudah ada pengalaman dengan kedua-duanya, tetapi belum ada pengamalan mempunyai perdana menteri daripada PAS," katanya dalam program Dialog Perpaduan Nasional di Shah Alam, hari ini.
Mahathir yang mentadbir negara selama 22 tahun dicalonkan semula ke jawatan itu oleh HARAPAN bagi menempuhi PRU ke-14.

Najib pula dilantik menjadi perdana menteri pada April 2009 dan kini menjadi pemimpin ketiga yang paling lama memegang jawatan itu, selepas Mahathir dan Tunku Abdul Rahman.

PAS menyasarkan meletakkan sekurang-kurangnya calon di 130 kerusi parlimen bagi mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan, atau sekurang-kurangnya menyertai pembentukan kerajaan.

Di peringkat negeri pula, parti itu menyasarkan menang di Kelantan, Terengganu, Selangor, Perlis dan Kedah.

Sallehen berkata lagi, rakyat boleh menukar kerajaan pada PRU seterusnya jika PAS gagal mencapai piawaian selama sepenggal mentadbir negara.
"Beri peluang sekurang-kurangnya satu penggal kepada PAS dan kita akan gunakan peluang itu sebaiknya," katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak.

Beliau berkata PAS akan menampilkan majoriti calon daripada golongan muda dan pelbagai kaum pada PRU ke-14.

"Kita tidak ambil calon berumumr 93 tahun ke atas, tetapi yang muda, bertenaga, profesional, dan daripada pelbagai bangsa," katanya lagi.

Di Selangor juga

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam berkata parti itu telah memuktamadkan 90 peratus calonnya namun tidak akan membuat pengumuman seperti parti lain.

Sallehen juga meminta rakyat memberi peluang yang sama kepada parti itu di Selangor.

"Kita tengok bagaimana kita dapat realisasikan dalam sepenggal. Kita ingin membina rasa hormat antara agama dan budaya, ini yang paling penting.

"Sehingga pada pandangan orang Melayu dan Islam, orang bukan Melayu dan bukan Islam adalah saudara. Mereka bukan musuh tetapi saudara," katanya lagi.

12 comments:

  1. Tunjukkn prestasi cemerlang di negeri2 dulu..itu bench marknya.
    Kami dah tenguk prestasi Pas di Kedah, Terengganu dan Kelantan yg tidak cemerlang..buat ape kami nak cari nahas...
    Tidak menunjukkn prestasi cemerlang dlm mmbantah atau mmberi alternatif lain dlm GST,1MDB dan perkara lain yg melibatkn rakyat di dlm Parlimen tapi hanya jd pasu bunga je...buat ape kami nak cari nahas..
    Ketua sebagai contoh..sering tidak hadir dlm perlimen u tuk mmbincangkn masaalah rakyat..
    Buat apa kami nak cari nahas pilih PAS utk mmrintah..
    Tunjukkn akhlak, kebijaksanaan n prestasi cemerlang dulu...
    Memerintah negara bukannya boleh cuba2..ni bukan mcm kanak2 main masak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. mimpi ngeri kalau hadi jadi pm...

      Delete
  2. Prestasi PAS di Kelantan dan Kedah menjunam, apatah lagi di Putrajaya...

    ReplyDelete
  3. Mungkin kalau rekod kedatangan Presiden ke Parlimen sgt bagus, boleh dipertimbangkan.. Tapi boleh somebody bagi info, rekod bakal PM kalau PAS menang, ok tak?

    ReplyDelete
  4. Klu ha ha ha hadi tak payah lah! Terima kasih aje lah

    ReplyDelete
  5. Di Kelantan pun PAS seperti nak bermusuh dengan rakyat dan menyuruh rakyat sabar dan bersyukur sahaja atas setiap tindakan korup dan bodoh dari para pemimpin mereka. Pemimpin PAS majoritinya bodoh dan mentafsirkan ayat Quran mengikut kecenderungan mereka.

    ReplyDelete
  6. Kalau jadi pm nanti abis semua negara dibinatangkan kalau dia tak setuju demgan mereka. Biawak anjing kuda kan mainan tuang punaisihat 90sen. Misai tu kasi potong kontot conpim mcm tuang penasihat 3 abdul.

    ReplyDelete
  7. Zaman PAS era arwah TGNA dan arwah Ust Azizan di Kedah berbeza dgn PAS sekarang. Kedua-dua arwah, memang hebat diserang oleh penasihatnya yg diberi kebebasan utk menegur.
    Tindkan mereka juga diluar kota pemikiran bias pengikut, seperti arwah TGNA buat baik dgn mendiang Karpal Singh dan arwah Ust Azizan mengekalkan suku sakat UMNO terus menerajui anak syarikat kerajaan negeri, BDB. Tetapi tindakankan mereka itu mencapai hasrat yg ingin mereka tunjukan sebagai sesorang pemimpin yg mengamalkan ajaran lslam sebenar.

    Tapi keadaan PAS sekarang amat jauh berbeza dengan zaman tersebut. Tak payahlah kita sebut zaman arwah Ust Fadzil Nor. Lagi lah jauh. Apa yg jauh? Akhlak dan kebijaksaan berpolitik menurut garis panduan lslam.

    Kalau pemimpin-pemimpin PAS sekarang nak tiru cara berpolitik UMNO untuk nak menang PRU, mereka ketinggalan zaman sebenarnya. Politik atas nama bangsa dan agama yg totok dan berfahamn feudal sebenarnya bertentangan dgn ajaran lslam.
    Tapipun, adakah PAS sekarang faham tentang perkara ini??

    ReplyDelete
  8. Pas dah rosak skrg dan perosaknya ialah kepala lebai sendiri... muka kelat tak tau nk senyum.
    Mulut berzikir dgn maki hamun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasulullah saw sgt anjurkan senyum dan melarang maki hamun.

      Delete
  9. Malaysia akan hancur, kelam kabut jika Hadi Awang jafi PM.. Mintak mintak dijauhkan... Trengganu dulu dah ada contoh...

    ReplyDelete
  10. Hello there! I could have sworn I've been to this website
    before but after reading through some of the post I realized it's new
    to me. Nonetheless, I'm definitely happy I found it and I'll be bookmarking and checking back
    frequently!

    ReplyDelete