Wednesday, March 7, 2018

Pengarah JSJ disiasat SPRM

SPRM siasat Pengarah JSJ
Kalbana Perimbanayagam dan Faris Fuad
cnews@nstp.com.my
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan terhadap Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berhubung wang AUD$320,000 (RM972,000) yang didepositkan ke akaun bank di bawah namanya di Australia.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, kertas siasatan itu dibuka selepas pihaknya menerima laporan daripada pemberi maklumat, yang turut mengemukakan bukti dalam kes berkenaan, semalam.

“Berdasarkan laporan itu, kami membuat siasatan terhadap dakwaan serta petunjuk baharu yang dikemukakan oleh pemberi maklumat walaupun siasatan dalaman pihak polis mendapati tiada unsur salah guna kuasa dalam kes itu.

“Kami memerlukan masa untuk menyiasat kes ini kerana banyak pihak yang terbabit, selain memerlukan maklumat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandangkan kes itu berlaku dua tahun lalu,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai butiran maklumat diperolehi pihaknya.

Ahad lalu, Azam memaklumkan pihaknya hanya akan membuka kertas siasatan jika ada laporan dibuat dengan bukti yang cukup walaupun selepas SPRM dimaklumkan mengenai keputusan siasatan dilakukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) sebelum ini.

Pada 2 Mac lalu, akhbar melaporkan siasatan dalaman polis mendapati wang berkenaan yang dimiliki Wan Ahmad Najmuddin dalam sebuah akaun bank di Australia datang daripada sumber sah.

Siasatan dalaman dijalankan JIPS Bukit Aman pada 2016 itu sekali gus menafikan dakwaan laporan media Australia yang berkata wang berkenaan berkemungkinan adalah hasil aktiviti pengubahan wang haram.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, memaklumkan Wan Ahmad Najmuddin masih belum memohon untuk mendapatkan kembali wang berkenaan dalam sebuah akaun banknya yang dibekukan di Australia.

Katanya, wang itu berhak dituntutnya namun masih belum berbuat demikian.

“Jumlah perbelanjaan berkaitan isu berbangkit mungkin lebih besar kerana ia membabitkan urusan luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Surat Serah Hak Pereka Cipta dan Perjanjian Pelesenan Pengkomersilan Produk Inovasi i-Smart Tactical Vest (i-STV) di Bukit Aman, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Mac 2018 @ 6:50 PM

* Berkaitan: SPRM hanya akan siasat ketua CID jika ada laporan rasmi

Yang aku keliru sikit dengan tindakan SPRM ni ialah ada kes yang SPRM terus terjun dan ada pula kes yang tunggu laporan rasmi dari mana-mana pihak. Ada bezakah di antara kes-kes yang berbangkit?

3 comments:

  1. If you read the contention correctly, it is with the intention to follow through the motion so as to picture the 'notion' of MACC has integrity after all.

    Don't be surprise it will either 'cold-storaged' as in Annuar Musa MARA purchase scandal in Melbourne, Isa Samad-FELDA case or it will be NFA or 'no case to answer'...why?

    PDRM, MACC, AGC, ROS, LHDN, BNM, AG, what more institutions that you think have not been COMPROMISED?

    Those agencies lost its integrity and its moral compass a long time ago (Khalid dah retire tertinggal nak siasat sampai lobang cacing) if you compare punching-bag Israel-Jews even been seen as having more credibility when their Police Services can questioned a sitting PM whilst in office!!!!

    And Malaysia negara Islam you say????

    No need for further deliberation, period!

    ReplyDelete
  2. takut ngan sang penguasa besar
    amanah jawatan banyak yang tersasar
    maka tunggulah habuan di akhirat
    sang pelindung akan rentung

    ReplyDelete
  3. Kalau berdosa dgn Allah .. Allah akan ampunkan ..
    TAPI JIKA BERDOSA DENGAN RAKYAT MALAYSIA .. SEMPAT KAH ..MINTA DI AMPUNKAN ..
    FIKIR2 KAN LAH .. SEBELUM TERLAMBAT ..

    ReplyDelete