Wednesday, March 21, 2018

Pembangkang guna media luar: Ini yang Dr. Mahathir jawab

Kalau macam ni, yang menuduh undang campur tangan asing tu bodohlah!

Media tempatan disekat, Harapan guna saluran luar
JANATUL FIRDAUS YAACOB  -  21 MAC 2018
Harapan selepas sidang media, semalam

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui menggunakan khidmat media asing dalam usaha melaporkan skandal kewangan negara, 1MDB.

Katanya, tindakan Pakatan Harapan menggunakan saluran media luar demi ketelusan membongkar kisah penyelewengan yang tidak dapat sepenuh ketelusan di Malaysia.

“Kalau media tempatan dah  tak boleh lapor berkenaan 1MDB, RM 2.6 bilion, malah pemimpin Umno sendiri tak boleh bercakap langsung isu ini dalam Dewan Rakyat tak boleh bercakap apa kita nak buat?

“Kita terpaksalah guna saluran media luar, BN bolehlah mereka ada banyak duit untuk upah penganalisis dari Cambridge,” tegasnya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 17 Mac lalu bahawa pakatan pembangkang meminta campur tangan asing bagi menggulingkan kerajaan BN serta menganggapnya sebagai langkah politik pengecut.

3 comments:

  1. I like what you guys are up too. This type of clever work and exposure!
    Keep up the wonderful works guys I've added you guys to my own blogroll.

    ReplyDelete
  2. Hi, I believe your site could possibly be having web browser compatibility problems.
    When I look at your website in Safari, it looks fine however, if
    opening in IE, it's got some overlapping issues. I simply wanted to provide you
    with a quick heads up! Aside from that, wonderful site!

    ReplyDelete
  3. If some one needs to be updated with hottest technologies
    afterward he must be visit this web site and be up to date
    all the time.

    ReplyDelete