Sunday, March 4, 2018

Panjangnya senarai fitnah yang aku terima!

* Oleh kerana orang yang antar kat aku dia sebut 'kebenarannya atau semata-mata fitnah' jadi aku terus sebut fitnahlah. Cuma korang ingat-ingatlah apa yang telah berlaku dan korang nilailah sendiri. Koranglah tentukan fitnah atau apa. Aku tak ubah apa-apa dari yang asal dikirimkan dalam WhatsApp hp aku

[03/03, 22:26] ‪+60 10-806 2610‬:  Apa-apalah yang korang mahu 'ampu' mengenainya. Cuma nak ajak korang sama-sama fikirkan apakah senarai penipuan Hj Hadi yang saya paparkan di sini ada kebenarannya atau semata-mata fitnah. Apa yang dipaparkan di sini hanyalah sekelumit sahaja yg mampu saya utarakan.

1) Hj Hadi memfitnah gunapakai nama al-Qaradhawi kononnya telah berkata, tubuh parti Islam ke-2 adalah haram.

Sampai sekarang dia tidak mampu tunjuk bukti mengenai dakwaannya tersebut apabila dicabar. Waima, kenyataan al-Qaradhawi adalah sebaliknya.

Menurut Ust Ghani Shamsudin, dalam pertemuannya dengan Syaikh Ali Qaradaghi di Hotel Westin Di KL Awal bulan 11/2015 yg lalu, beliau antara lain telah menegaskan bahawa:

Tidak ada fatwa bertulis oleh Syaikh Yusuf Al Qaradhawi tentang pengharaman parti Amanah Negara di Malaysia seperti yang diwarwarkan oleh orang orang tertentu. ~ sumber

2) Hj Hadi pernah akui sewaktu mesyuarat JKPP nak curi adun PKR untuk bentuk kerajaan Pas-Umno di bawah Khalid Ibrahim; Hj Hadi menawarkan jawaan MB Selangor kepada Azmin. Cerita ini telah dilaporkan oleh Malaysian Insider.

Siapa bohong? Hj Hadi atau Malaysian Insider. Kalau Malaysian Insider berbohong, kenapa Setiausaha Politiknya sekadar buat kenyataan penafian tetapi tidak berani ambil tindakan mahkamah ketika itu?

3) Dato Husam juga turut mencabar Hj Hadi mengenai isu ini tapi Hj Hadi tidak berani untuk menafikannya kerana Husam ada ramai saksi kerana kejadian itu berlaku sewaktu dalam mesyuarat JKPP.

4) Hj Hadi berbohong bila berkata, PAS tidak pelahap nak jadi MB Selangor, bilamana dia sendiri telah menghantar tiga nama ahli PAS ke Istana sebagai calon MB Selangor.

5) Hj Hadi mengatakan bahawa Unity Government lontaran ideanya itu telah dibincangkan dan dipersetujui di dalam dialog dikalangan kepimpinan Pas Pusat. Tapi Almarhum TGNA telah menafikannya seraya berkata “Ini bukan datang daripada Pas tetapi lontaran (idea) daripada peribadi tertentu. Bukan dari Pas.” Terbukti, Hj Hadi berbohong.

6) Hj Hadi mendakwa Unity Government lontaran ideanya itu telah dibincangkan dan dipersetujui bersama oleh PKR dan DAP. Tetapi Anwar dan LKS telah menafikannya.

7) Pada 28 Jan 2012 lalu, dia tawarkan diri untuk berundur, tapi tetap juga bertanding pada PRU13 dan kekal sampai sekarang sebagai ahli parlimen.

8) Dalam amanatnya, dia berkata, “Kita menentang Umno bukan kerana nama dia Umno, kita menentang BN, bukan kerana BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh sebab itu kita menentang mereka ….”

Tetapi kini dia mempertahankan perlembagaan tersebut kerana setiap Ahli Parlimen kena mengangkat dan menandatangani sumpah bahawa akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Apa hukumnya Hj Hadi menyokong untuk mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah?

9) Hj Hadi pernah berkata, “DAP Berhak Tolak Hudud”. Dia adalah berbohong kerana apabila DAP menolak hudud ditempelaknya tuduh DAP memusuhi Islam. Malah mereka dituduh sebagai anjing dan serigala yang menyalak.

10) Dia suruh golongan profesional yang tidak sehaluan dengannya supaya keluar parti dan tubuh parti sendiri.

Tetapi bila mereka keluar dan tubuh parti baru Amanah, Hj Hadi jadi menggelabah lalu menuduh mereka sebagai pengkhianat yang perlu bertaubat atau dihapuskan.

Adakah bila seseorang itu masuk Pas, maka dia tidak boleh lagi keluar dari parti tersebut? Kalau keluar Pas, maka orang itu jadi penghkianat!

Ternyata Hj Hadi telah berbohong kerana dalam perlembagaan Pas Fasal 15 jelas menyebut tiga sebab yang membolehkan seseorang itu berhenti menjadi ahli Pas iaitu atas permintaan sendiri, dipecat atau mengisytihar diri keluar Pas atau menyertai parti politik lain.

11) Hj Hadi fitnah calon PKR sebagai penjual pil kuda , komunis bagai. Tetapi Hj Hadi terlepas dari dakwaan mahkamah kerana tidak menyebut sebarang nama, namun mahkamah mendapati kata-kata yang disebutnya dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah berunsur fitnah.

[03/03, 22:26] ‪+60 10-806 2610‬: 12) Hj Hadi menuduh Saari Sungib dan Hasnul Baharudin sebagai pengkhianat walhal yang sebenarnya Hj Hadi sendiri yang berkhianat untuk meng UG kan Selangor dalam kemelut MB Selangor dulu !

Selangor hampir 'kembali' semula kepangkuan Umno jika tidak kerana Saari Sungib dan Hasnul menyokong Dr Wan Azizah. Mereka berdua adalah penyelamat kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Hj Hadi adalah pengkhianat yang sebenarnya.

13) Hj Hadi kata mahu membela rakyat tetapi ternyata dia berbohong kerana sering ponteng persidangan Dewan Rakyat. Dia gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat di parlimen.

14) Dia pernah berkata, bekerjasama dengan Umno umpama memikul biawak hidup!

“Pepatah Melayu mengatakan, kalau memikul biawak hidup, menyakitkan kita, kuku dia, dia gigit kita …lebih baik kita bersendirian ...." kat Hj Hadi.

Tapi dia kini semakin tergila-gila nak pikul biawak hidup merangkap mahu menjadi penasihat pula! Hj Hadi pelawak besar! Baca di sini

15) Dia berbohong dengan tidak mengaku telah berjumpa dan berbincang dengan Umno secara gelap. Tapi tembelangnya pecah kerana Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah mengaku telah menemuinya sebanyak tiga kali untuk bincang pasal UG.

[03/03, 22:26] ‪+60 10-806 2610‬: 16) Ketika kunjungan Pemuda PR pada 12 Sept. 2014, Hj Hadi membuat pengakuan "Pas kekal bersama PR, tiada kerjasama dengan Umno."

Ternyata kata-katanya itu adalah bohong semata!

Hj Hadi yang arahkan secara terus Ketua JK Usul Muktamar untuk pastikan "muktamar mesti terima tanpa bahas" usul tergempar Dewan Ulamak PAS utk "putuskan hubungan dgn DAP."

17) Hj Hadi kata, "Berlaku pertindihan calon PAS dengan PKR pada PRU13 ini adalah untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat."

Hj Hadi berbohong bila mana keputusan adalah sebaliknya. Tindakan Hj Hadi itu telah memberikan kemenangan kepada Umno akibah perpecahan undi dalam pertandingan tiga penjuru tersebut.

18) TPPA dimulakan oleh Umno dan bukan DAP tetapi Hj Hadi berbohong dengan menuduh bahawa DAP sokong TPPA kerana orang Cina dikatakan menguasai perdagangan di negara ini. Kenapa Hj Hadi tidak mengecam Umno tetapi sebaliknya mengecam DAP?

19)  Ketika kempen pemilihan, Ust Ahmad Awang mencabar Hj Hadi sebagai presiden parti. Hj Hadi telah memfitnah Ust Ahmad Awang sebagai pemimpin pilihan DAP. Antara kata-kata fitnah Hj Hadi :

"Dua-dua ada ulama'; cuma hok satunya DAP nok. Hok dua sajer. Satunya DAP tak nok. Saya nak beri peluang kepada Pilih samaada yang hok DAP nak ker, hok kita sendiri kita nok. Saya beri bebas kepada orang Pas samada pilih pemimpin yang DAP nok cara dia ataupun kita sendiri. Vdionya ada di sini

20) Hj Hadi telah mengelirukan rakyat dengan RUU yang mahu dibentangkan di parlimen itu adalah hudud. Hj Hadi dengan bertegas mahu melaksanakan hudud di Malaysia hingga menyebabkan Pakatan Rakyat berbalah sesama sendiri dan akhirnya berpecah.

[03/03, 22:26] ‪+60 10-806 2610‬: Malah Pas sendiri berpecah dan ramai ahlinya yang keluar parti kerana mahu isu hudud ditangguhkan dahulu dan menumpukan soal-soal keadilan sosial dan kebajikan rakyat terlebih dahulu.

Ternyata Hj Hadi berbohong ketika dia berkata "Akan bentangkan draf perlaksanaan hukum hudud di parlimen sebelum 9 April 2015!"

Setelah berbohong RUU yang mahu beliau dibentangkan itu hudud, kini berhempas pulas menjelaskan RUU itu bukan hudud tetapi hanyalah untuk meminda hukuman dera dan denda akta 355.

21) Tetapi ketika mengumumkan mahu berkawan dengan parti 'Ikatan', Hj Hadi mengakui mahu menangguhkan hudud dengan berkata, "Hudud kita fikir kemudian, apa yang dibentangkan di parlimen bukan untuk melaksanakan Hudud....

22) Pada majlis pelancaran manifesto Pilihanraya Negeri Sarawak yang baru lalu, Hj Hadi berkata, walaupun bertanding pada PRN kali ini, parti itu tidak berminat merampas kuasa, sebaliknya mahu memperkukuhkan ‘sistem semak dan imbang’ dalam urus tadbir kerajaan negeri.

Bagaimana mahu memperkukuhkan ‘sistem semak dan imbang’ urus tadbir di Sarawak sedangkan Pas hanya yakin akan menang satu kerusi sahaja?

Hj Hadi berbohong ! Dia sebenarnya hanya mahu mengacau daun sebab Amanah bertanding sama.

23)  “PAS bukan parti pengampu,” parti itu akan menentang habis-habisan jika dasar yang mahu dilaksanakan menekan rakyat.

Kata-kata Hj Hadi itu adalah bohong! Di Terengganu Hj Hadi dan PAS gagal melaksanakan ‘sistem semak dan imbang’ walaupun PAS mempunyai 14 kerusi berbanding Umno/BN yang mempunyai 17 kerusi.

24) Hj Hadi berbohong dengan tujuan mahu menakut-nakutkan ahli partinya supaya terus taat kepadanya. Dia kata, "Tidak taat pada Pas, (baca tidak taat kepada Hj Hadi), seperti hilang akidah!"

Hj Hadi jadi menggelabah kerana ramai ahli Pas keluar parti untuk menyertai Amanah, yang sebelum ini dianggapnya sebagai parti nyamuk....

25) Hj Hadi mendakwa bahawa partinya akan menyokong perkara yang benar dan menyanggah apa yang salah.

Ternyata Hj Hadi berbohong apabila sanggup menyokong Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam skandal RM2.6 bilion. Dia kata tidak bukti! - via Whatsapp

2 comments:

  1. menumpukan soal-soal keadilan sosial dan kebajikan rakyat terlebih dahulu.

    kalau macam tu tunggu sampai manusia tak mau bezina baru boleh buat hukum sebat n rejam
    sapa ajar itu macam

    60 thaun dah ok dah tu
    hukum jinayah islam mesti dijalankan
    usaha untuk buat tetap diteruskan
    jangan takut nagn puak amono n kapir tu
    terus terang ngan kpair n amono bab hukum ni jnagan takut depa tak mau undi pru
    takut Allah bukan manusia keparat
    di akhirat nanti akan terbongkar
    puak mana yang engkar munapik
    kat dunia cuba cuba berlakon nak hukum islam
    tapi dah nampak pung puak mana ynag engkar

    ReplyDelete
  2. Hadi memang kaki lebong dari dulu..
    Ciri2 shiah belambak ada pada dia.
    Plat no dia pun PAS 12..12 imam dlm shiah

    ReplyDelete