Sunday, March 25, 2018

Najib bebas daripada skandal 1MDB: LKS cabar Pengerusi PAC jelaskan dakwaan

Pengerusi PAC dicabar jelaskan dakwaan Najib bebas daripada skandal 1MDB
AKMAL HAZIQ  -  March 25, 2018 9:33 am
Lim Kit Siang

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dalam kenyataannya semalam berkata beliau tercengang dengan dakwaan tidak berasas Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau bebas daripada sebarang salah laku berhubung 1Malaysia Developement Berhad (1MDB).

Najib katanya mendakwa, laporan mengenai 1MDB oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati beliau tidak dikaitkan dengan sebarang salah laku.

“Saya percaya bahawa adalah saya salah seorang daripada beberapa Ahli Parlimen yang membaca keseluruhan laporan PAC mengenai 1MDB itu, tetapi saya tidak menemui mana-mana bahagian yang menolak Najib terlibat dengan skandal 1MDB.

“Adakah saya membaca laporan yang salah?” kata beliau.

Sehubungan itu, pemimpin veteran DAP itu mencabar Pengerusi PAC, Datuk Hasan Ariffin atau mana-mana anggota PAC untuk menjelaskan dakwaan Najib itu.

“Sekiranya Pengerusi PAC atau mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak bersedia untuk berbuat demikian, kita akan melihat dakwaan Najib itu sebagai palsu, dan ia menjadi Berita Palsu No 1 di negara ini,” tambah beliau.

Ujar beliau lagi, DAP akan menganjurkan forum berkaitan perkara ini di seluruh negara dan Najib dijemput hadir pada setiap forum yang bakal diadakan atau menghantar wakil beliau.

4 comments:

  1. Bebas so what? Rakyat peduli ape? Rakyat masih kena GST, hilang subsidi barang2 keperluan, hilang tanah felda....65 skandal saman kat MO1.

    Klo dia bebas...maka DOJ blh mula failkan dakwaan di mahkamah antarabangsa ke jholow & rizal krn curi drpd 1mdb. Mula keluarkan waran tangkap jholow rizal.

    ReplyDelete
  2. bookmarked!!, I like your blog!

    ReplyDelete
  3. Good post. I learn something new and challenging on sites
    I stumbleupon everyday. It will always be exciting to read through articles from
    other writers and use a little something from their websites.

    ReplyDelete
  4. Hi there! Someone in my Facebook group shared this site with us so I came to give it a look.
    I'm definitely loving the information. I'm bookmarking and will be tweeting
    this to my followers! Wonderful blog and amazing design.

    ReplyDelete