Tuesday, March 13, 2018

Laporan SPRM: Hayyaa......menteri mana pulak ni?

Pemuda Bersatu Selangor fail aduan mengenai menteri kepada SPRM
TMI · Diterbitkan pada 12 Mar 2018 3:11PM
Laporan itu berkaitan seorang menteri Kabinet atas dakwaan beliau terlibat dalam satu projek di Pulau Pinang yang dimajukan oleh sebuah syarikat berkaitan kerajaan Persekutuan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Mac, 2018

PEMUDA Bersatu Selangor hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang menteri Kabinet atas dakwaan beliau terlibat dalam satu projek di Pulau Pinang yang dimajukan oleh sebuah syarikat berkaitan kerajaan Persekutuan.

Ketuanya, Adhif Syan Abdulah berkata menteri tersebut pada dua tahun lalu merupakan pengerusi bagi sebuah syarikat pegangan milik Kementerian Kewangan yang terlibat dalam pembangunan infrastruktur hartanah dan dan bandar.

"Beliau terlibat dalam bidaan dua projek mega di Pulau Pinang ketika jadi pengerusi. Sekarang beliau seorang menteri.

"Berlaku dua pertemuan rahsia antara menteri itu dengan KM Pulau Pinang untuk membincangkan projek-projek tersebut," Adhif memberitahu pemberita di luar bangunan SPRM di Putrajaya hari ini.

Sidang akhbar itu turut disiarkan secara langsung di Facebook.

Butiran mengenai "penyalahgunaan kuasa" yang melibatkan menteri itu, yang melepaskan jawatan pengerusinya beberapa tahun lalu ketika dilantik sebagai menteri Kabinet bagaimanapun, tidak lengkap. 

Menurut Adhif, beliau tidak boleh mendedahkan lebih lanjut seperti nama dan nilai kedua-dua projek di Pulau Pinang.

Beliau juga tidak menyebut bilakah salah laku yang didakwa itu berlaku.

"Saya menyerahkan dokumen mengenai (dakwaan) salah laku itu kepada SPRM. Saya tak boleh dedahkan lebih lanjut mengenai dokumen tersebut.

"Saya cuma boleh menyatakan memohon pihak SPRM menyiasat tentang dua projek mega di Pulau Pinang," katanya.

Menurut Adhif lagi, nama menteri terbabit baru-baru ini disebut-sebut sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi jawatan menteri besar Selangor.

"Kalau kita lihat, adakah beliau layak menjadi calon MB Selangor? Kalau dilihat pada kriteria sebagai pemimpin, beliau harus jujur dan berintegriti.

"Kami meraskan macam ada sesuatu di sebalik nama beliau dicalonkan (sebagai MB Selangor). 

"Kami lihat kemungkinan dengan masalah yang berlaku dalam BN Selangor, mereka ketandusan tokoh-tokoh berwibawa, dan menteri itu orang yang layak mengisi ketandusna tersebut," katanya.

Kata Adhif, menteri yang menang kerusi Parlimen di Kuala Lumpur dengan majoriti tipis iaitu 886 undi pada pilihan raya umum 2013, mungkin akan cuba mendapatkan kerusi selamat untuk bertanding dan mengekalkan kerjaya politiknya.

"Tetapi, adakah Noh Omar dan Jamal Md Yunos merelakan seorang ahli Parlimen dari luar Selangor bertanding di Selangor?"

The Malaysian Insight kini sedang cuba menghubungi menteri terbabit bagi mendapatkan respons. – 12 Mac, 2018.

No comments:

Post a Comment