Sunday, March 18, 2018

Kesiaan......Pemimpin parti suci tak nampak!

* Dari dulu lagi PAS bersolat hajat, tapi dari zaman Asri sehingga sekarang siapa yang pecah dan dah berapa kali dah pecah?

PAS Selangor solat hajat supaya ‘pakatan jahat’ dihancurkan
Kamles Kumar, Mohd Farhan Darwis · Diterbitkan pada 17 Mar 2018 10:16PM
Ahmad Dusuki berdoa usai mengimamkan lebih 1,000 penyokong PAS sempena ulang tahun ke-10 PAS Selangor di Stadium JKR Shah Alam, malam tadi. Antara doanya ialah memohon supaya tuhan melemah dan menghancurkan 'pakatan jahat' dalam PRU14 kelak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 17 Mac, 2018

PEMIMPIN PAS Selangor Ahmad Dusuki Abdul Rani memohon agar Allah menghancur dan melemahkan “pakatan jahat” untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

Sempena solat hajat ulang tahun ke-10 PAS dalam kerajaan Selangor, Ahmad Dusuki berdoa agar dibuka hati kepimpinan Selangor untuk mengembalikan peruntukan kepada para Adun PAS di negeri itu.

“Beri peluang kami melihat keadilan Islam dan indahnya agama kamu di bumi bertuah ini… bertapa ada kalangan Adun kami disekat perbelanjaan mereka dan peruntukan mereka, pada kamu kami mohon buka hati mereka dan layaknya kamu membalas,” kata Ahmad Dusuki dalam doanya di hadapan lebih 1,000 penyokong PAS di Stadium JKR di Shah Alam, malam tadi.

“Jemaah ini dikhianati mereka yang melarikan kerusi kami ya Allah… tidakkah kamu menyebut dalam kata-kata kamu doa mereka yang dizalimi tidak akan ditolak, kami pohon segala pakatan mereka rancang dihancur lebur.

“Jadikan pakatan yang jahat itu pakatan-pakatan yang tidak mempunyai kekuatan sejauh mana kamu dah lebur tentera ahzab demikian kami akan hadapi nanti,” katanya lagi.

Ahmad Dusuki juga berdoa agar pengundi yang memilih PAS dalam PRU14 diberikan ganjaran syurga.

“Jadikan mereka yang telah pangkah PAS kubur mereka jadi damai dan tenang, tangan mereka jadi saksi di hadapan kamu nanti,” kata Ahmad Dusuki.

Selain itu, beliau turut memohon agar ahli parti itu dikukuhkan dan dijauhkan daripada perpecahan.

“Kami pohon padamu ya Allah agar dibuka hati pengundi di kalangan kami dan akan lihat kezaliman dilakukan BN sebelum ini pada rakyat Selangor dan Malaysia.

“Satukan hati-hati sesama kami dan jauhkan pertengkaran tidak berkesudahan,” katanya menambah bahawa hanya PAS yang membawa ajaran agama Islam.

Pada PRU 2008, PAS yang ketika itu bergabung bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat bersama membentuk kerajaan di Selangor.

Bagaimanapun, selepas PRU13, gabungan pembangkang itu berpecah ekoran perselisihan pendirian PAS dan DAP berhubung isu pelaksanaan hudud yang dimajukan oleh parti Islam itu di Kelantan.

Justeru, DAP dan PKR, bersama Amanah, sebuah parti serpihan daripada PAS, kemudiannya membentuk kerjasama baharu yang dinamakan Pakatan Harapan, yang selepas itu disertai oleh Bersatu. – 17 Mac, 2018.

12 comments:

  1. satu kebodohan yg buat org makin meluat dgn PAS..peratusan utk dpt undi bkn islam @ melayu tinggal negatif..
    Adab berdoa biarlah dgn cara yg tidak menguris hati mana mana pihak.kecualilah kena aniaya.

    ReplyDelete
  2. Pakatan jahat tu yg bgi najib selamat

    ReplyDelete
  3. Umno yg pecah...semangat46 pkr dan terbaru parti madey...semuanye dari baka2 umno belaka...hahaha...semuanye bodoh belaka...tunggulah masa yg akan datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS bukan asal drpd UMNO juga?
      Maksudnya, PAS juga ......

      Delete
    2. Ada penjilat parti amanat sesat jugok kat sini

      Delete
    3. Perumpamaan baru semenjak lembu dah pandai duduk kondo, parti lebai pulak dikencing berulang kali...BODOH MACAM PAS

      Delete
  4. Pakatan jahat maknanya berpakat antara yang jahat dengan yang mengaku dirinya baik. Yang mencuri dengan yang dapat bahagian dari hasil curian. Yang didepan walaun kata nak lawan tapi dibelakang duk bincbang nak kejasama. Ini yang sebanranya pakatan jahat. Kesimpulan kalau pas gabung dengan bn maka jadilah macam the good the bad and the ugly. Rupanya berdoalah untuk diri sendiri rupanya. Aamin

    ReplyDelete
  5. Tunggulah ribut mana pula akan melanda pas tak lama lg, insyaAllah. Tak serik2 lg

    ReplyDelete
  6. Pas kata depa "parti islam" dan, Orang bukan muslim akan b'tanya " apakah ini ada dlm islam".

    Pas parti munafiq m'amalkn amalan2 syaitan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah menyokong dan meredhai perasuah dan kleptokrat sebghn drp ajaran islam tanya non muslim

      Delete