Monday, March 5, 2018

Husam kata haram pangkah PAS: Fahamkah NIk Abduh, PAS yang mana tu?

'Dia ingat pahala ikut dia saja'
mk  |  Dikemaskini 5 Mac 2018, 9:49 pagi
Kenyataan Husam Musa bahawa haram mengundi PAS pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 sudah dijangka bakal mengundang kecaman pemimpin parti itu.

Namun berbanding nada tegas dan amarah, salah seorang pemimpinnya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyatakan rasa tidak setujunya dengan nada sindiran.

Walaupun tidak merujuk sebarang nama secara khusus, ia jelas dihalakan kepada bekas naib presiden PAS itu atas kenyataan yang dibuatnya dalam satu ceramah 3 Mac lalu.

Nik Abduh berkata sekian lama berada dalam PAS Husam tidak pernah menyatakan perkara sedemikian malah penuh yakin mendapat pahala atas perjuangannya.

"Bila dia keluar PAS, dia kata berdosa pangkah PAS.

"Dia ingat pahala ini ikut dia ke mana saja dia pergi. Kesianlah juga kepada orang lain," kata Anggota Parlimen Pasir Mas itu di Facebook, semalam.

Husam berkata demikian ketika membangkitkan kepentingan PRU ke-14 di tengah-tengah pelbagai dakwaan seperti isu 1MDB dan rampasan kapal layar mewah Equanimity milik Jho Low - individu utama dalam kontroversi itu, dalam ceramah 3 Mac lalu.

"PAS kata tak pangkah PAS haram sebab akan jatuh kerajaan Islam. Ambo (saya) pula kata, kalau mengundi PAS yang menongkat (bantu) Umno yang habiskan duit rakyat, haram.

"...Haram undi bulan. Ini ambo nak pegang. Nak tahu yang mana betul, kita berdebatlah," kata Husam yang kini Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH).

Dosa dan pahala sering dibangkitkan dalam soal mengundi PAS dalam pilihan raya.

Namun Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebelum ini mengatakan soal itu berkaitan ijtihad politik masing-masing dan menyarankan pengundi agar memilih parti yang "paling kurang membawa mudarat" pada PRU kali ini.

* Pada aku untuk nak faham perkara ni mudah jer. Katakanlah siMail ni alim, baik dan hormati orangnya. Tapi apabila sifatnya berubah menjadi pembohong, penipu, bermulut huduh, tikam belakang kawan, adakah dianya masih baik dan masih tak boleh kritik atau dinasihati? 

Walau apa pun perkara jelik yang dia lakukan, namanya tetap Mail. Yang berubah adalah pandangan dan persepsi orang ramai terhadapnya. Maknanya kalau kita masih menyokong Mail pada kedudukannya di tahap ini, bermakna kita menyokong segala keburukan yang dilakukannya. - maaflah nak kata haram halal, aku bukannya layak menghukum 

5 comments:

  1. kepala bana dia.. solat tak betul kalau tak pangkah pas.. ingat pahala ni bapak dia punya???

    ReplyDelete
  2. MAKNA Dajjal itu=pemBOHONG!

    Apa MAKNA siDajjal brmataSATU itu?

    Metafora "bermataSATU"=SATU-jalur pemikiran..
    SATU-jalur fikiran yg jumud/GELAP/beku, yg slalu mndakwa bhw dia/mrk shj yg betul!
    SATU-jalur fikrah/AKIDAH bobrok yg TAK berani berhujjah/debat krn mrk tlh nyata berBOHONG!!
    SATU-jalur "niat" jahat yg berBOHONG=BELIT=FITNAH=U-Turn=Khianat=PONTENG=mnCURI yg jls n TERANG!!!
    SATU-Jalur "khianat" yg sgt2TAKUT kpd 'AUDIT' yg bnar2 Transperance telus lg teliti krn mnCURI!!!!


    See d BIG-picture/system please..


    Cari definasi/MAKNA/erti perkataan Dajjal?

    definasi/MAKNA/erti hakiki Dajjal itu=pemBOHONG!

    Dajjal yg konon2nya bermataSATU itu hanyalah "metafora"/kiasan yg sudah PASTI PASTI n PASTI tak dpt digapai/difahami oleh lebai2 Dajjal=pemBOHONG yg sgt2 ciput IQ nya itu..

    Kpd yg sgt2 'prasan' GAH dgn MA n PhD yg balik drp Arab/Mesir/Jordan tu please, tolong tolong n tolonglah jgn mnjd Dajjal=pemBOHONG yg masih asyik2 bercerita pasal Dajjal yg "TERSOMBOL" yg bermataSATU itu, sebaliknya cari cari n carilah sbnr2 sehadam2 sdlm2nya definasi/MAKNA/erti hakiki Dajjal=pemBOHONG yg dah terang SEKALI ddepan mata kamu itu!

    Ingat, erti/MAKNA/definasi Dajjal itu=pemBOHONG fulstop!
    Woi! korang WAJIB ingat erti/MAKNA/definasi Dajjal=pemBOHONG ini,n jgnlah sskali diragu2/disangsikan lg!


    DAN..

    Lebih Dajjal dari sgl2 Dajjal2=pemBOHONG adalah siDajjal-Al'Maseh yg bertopeng/KULIT/lagak berjubah bersorban berkopiah berjanggut "menunjuk2/Ria'" ego-GLAMOR kebolehan mrk berbahasa Arab yg TAK seberapa pun, dgn memutarBELIT kalimat2 Takbir, Islam, Usrah, Tamrin, kafirHARBI, hudud, taawun, tahaluf, tabayyun, Dajjal dll..yg pd hakikat hakikinya mrk sendiri pun TIDAK bnar2 arif/hadam memahami n mnghayati definasi/MAKNA/erti perkataan2 yg mrk sebut itu, krn IQ mrk yg memang jls betul2 cipuut yg hanya dipuja puji oleh siSIKU n siLUTOT!(klu lebai2 nih dulu amik SRP/LCE gerenti FAILED!)

    BAYANGkan..siDajjal jenis ini bercerita mntafsir n mmberi KHUTBAH pasal siDajjal-Al'Maseh yg bermataSATU yg di"metafora"kan ddlm hadis itu, sbaliknya siDajjal jenis ini langsung TAK sedar sikitpun bhw dirinya itulah sbg sbnr2 Dajjal-Al'Maseh=pemBOHONG itu, yg langsung TAK disedarinya smaskali hi hi..

    BAYANGkan...siDajjal jenis ini dgn tolol GOBLOKnya yg langsung TAK tau maksud "metafora" hadis itu, terus2an berKHUTBAH menDajjal=mmBOHONGI pemikiran ummah utk menunggu n mncari2 siDajjal yg terJOJOL terSOMBOL didahi "satuMATA"nya itu, kah kah kah!
    Ho ho..sampai kiamat pon PASTI korang tak akan jumpa punya!!

    BAYANGkan lg...dgn dakyah siDajjal jenis ini ddlm youtube n dikaca2 tv tiap2 ari abis2 rosak jahannam "pemikiran" fikrah/fitrah/AKIDAH ummah trutama dihulu2 kampong krn tidak dpt melihat hakikat pemBOHONGAN=Dajjal yg jls TERANG2an menipu PONTENG menCURI merompak harta negara ini, krn tertipu terKELIRU dikhayalkan oleh jenis siDajjal-Al'Maseh ini dgn isu2 trivial yg TAK releven smaskali, semata2 tujuannya utk mengalih ISU BESAR agar rakyt jelata TAK NAMPOK n nyenyak trus tertipu KELIRU!!
    Wow! kerja KELIRU/mengelirukan ini=1000xTIPU=inilah fungsi spesis siDajjal-Al'Maseh tu!!!


    BAYANGkan...TIADA TIADA TIADA n TAKDE sorang pun puak2 siDajjal-Al'Maseh ini yg akan bercakap soal berbillion "DERMA" suci pak Arab kdlm akaun peribadi, kenapa? kenapa?? kenapa??? Kita smua maklom betapa RAKUS-barbaric n pemBOHONG nya perangai raja2 Arab,so bolehkah kita percaya lg dgn "DERMA" Dajjal=pemBOHONGAN sebegini..TETAPI bagi puak2 siDajjal-Al'Maseh ini mrk terus PERCAYA n "berpuas hati", Takbir! ho ho..


    So alangkah malangnya, kpd sesapa yg CAYA n trus tercongok2 mnunggu2 dtgnya siDajjal TERSOMBOL yg bermataSATU itu, sdangkan sbnr2 siDajjal itu ada ddepan mata kamu!!
    Hatta yg berceramah tentang siDajjal=pemBOHONG itu, dialah Dajjal itu=pemBOHONG yg sbnr2nya!

    ReplyDelete

  3. ini pasal sah dia terima duit dari UMNO. Kalau dah terima duit kemudian menipu pulak dan zalim pada pemimpin yang di halau, haram lah undi PAS.

    Pahala tak ikut orang jenis macam dia...

    Itu yang Husam cakap.. tak puas hati, Husam ajak debat

    ReplyDelete
  4. Inilah masalah bila kita berpolitik menggunakan agama.
    lslam menyuruh kita berpolitik mengikut ajaran agama. Bukan menggunakan agama.
    Bila berpolitik menggunakan agama, itu yang habis dilanggar hukum hakam. Tapi diberi alasan utk mereka tidak mengapa kerana mereka parti agama ....
    Boleh pakai ker macam ni??

    ReplyDelete
  5. Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah; jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.

    tak de pulak satu puak yang betoi betoi ikut ajaran islam nak damai puak yang begaduh ni
    bala bala bala
    ngan kapir pung gaduh sesama islam pung gaduh
    kapir untung hukum hukum Allah tak dapat jugak ditegakkan

    ReplyDelete