Friday, March 9, 2018

Harapan Dr. Mahathir dan rakyat harus buktikan

March 9, 2018
‘Janganlah kalah, saya nak jadi PM’
Faiz Zainudin
SHAH ALAM: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad sempat mengusik parti-parti komponen dengan meminta mereka menggembleng sokongan kerana beliau “nak jadi PM”.

Di majlis pelancaran manifesto PH semalam, beliau menyeru PPBM, PKR, DAP dan Amanah jangan menghampakan penyokong mereka pada pilihan raya umum ke-14.

“Janganlah kalah, saya cita-cita nak jadi perdana menteri sekali lagi.

“Jadi untuk itu, jangan kecewakan saya, janganlah gaduh, kita mesti ada sikap tolong-menolong dan kita cantum parti kita akan jadi kuat,” katanya kepada pimpinan parti komponen PH dan lebih 1,000 hadirin di Pusat Konvensyen Ideal.

Dr Mahathir, 93, digandingkan dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri menghadapi pilihan Barisan Nasional (BN).

Usikan Dr Mahathir mengundang ketawa daripada hadirin, yang menyedari pemilihan bekas perdana menteri itu dikritik beberapa pihak dan mencetuskan kempen #UndiRosak.

Penganalisis menjangkakan pertandingan akan datang menyaksikan pertembungan 3 penjuru antara PH, BN dan Pas, selain penyertaan Parti Sosialis Malaysia, Gabungan Sabah, Parti Warisan Sabah dan #UndiRosak yang menyeru pengundi merosakkan undi sebagai tanda protes.

Menghadapi pilihan raya yang sukar ini, Dr Mahathir mengingatkan parti-parti PH supaya bersatu dan jangan berpecah.

Beliau juga mengingatkan ahli-ahli politik mereka supaya “ketepikan perkara lain, ketepikan kepentingan peribadi”.

“Kalau berseorangan, maka Najib Razak akan kekal sebagai perdana menteri. Memang parti pembangkang mempunyai perjuangan sendiri tapi di waktu ini kita perlu utamakan kejatuhan BN,” katanya

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata gabungan itu akan menggunakan lambang salah satu parti komponen jika JPPM tidak meluluskan permohonan pendaftaran gabungan 4 parti pembangkang itu.

“Semua parti bersedia membenarkan lambang mereka digunakan, kecuali jika JPPM bermurah hati…takut pada kami kerana mereka belum beri kelulusan,” kata calon perdana menteri PH itu.

Semalam PH melancarkan Buku Harapan yang menggariskan 10 janji dan 5 teras utama gabungan itu untuk PRU14.

Turut hadir Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Dr M: PH guna 1 lambang tak kira JPPM lulus atau tidak

No comments:

Post a Comment