Wednesday, March 21, 2018

Dah terdesak nak lepaskan diri ke?

Cuba nak hempas beban ke tengkok orang lain. Logiknya firma ni tidak berkhidmat untuk individu kalau dihadam apa yang mereka ucapkan. Mexico, US, Afrika, Brasil dan Malaysia(siapa tu?)

Ini secebis cerita bagaimana BN merampas Kedah dan seterusnya Mukhriz dilantik Menteri Besar selepas Almarhum Azizan tumpas. 

Walau apa pun Mukhriz mesti buktikan dengan fakta (bukan sekadar penafian) yang beliau tidak terlibat dan tidak ada hubungan dengan Cambridge Analytica

Mukhriz nafi dakwaan JPM kait beliau dengan Cambridge Analytica
Yasmin Ramlan · Diterbitkan pada 20 Mar 2018 11:01PM
Mukhriz Mahathir berkata dakwaan sedemikian bertujuan mengalih perhatian orang ramai bahawa Barisan Nasional sebelum ini yang sebenarnya menggunakan perkhidmatan Cambridge Analytica. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Mac, 2018

MUKRIZ Mahathir sekali lagi menegaskan beliau tiada kaitan dengan Cambridge Analytica, dan kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM) cuba mengaitkan beliau dengan firma data dan perunding politik itu sebagai "usaha mengalihkan perhatian rakyat" daripada isu sebenar.

JPM petang tadi mengeluarkan kenyataan dua perenggan mengatakan Cambridge Analytica atau syarikat induknya, SCL Group tidak pernah berurusan dengan Barisan Nasional (BN) atau kerajaan Malaysia, sebaliknya berurusan langsung dengan bekas menteri besar Kedah itu semasa pilihan raya umum 2013.

Mukhriz bagaimanapun berkata dakwaan JPM itu bertujuan mengalih perhatian orang ramai bahawa BN sebelum ini yang sebenarnya menggunakan perkhidmatan Cambridge Analytica.

"Kenyataan Pejabat PM itu tidak benar. Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa saya punyai sebarang hubungan dengan Cambridge Analytica pada bila-bila masa.

"Sebarang dakwaan sebaliknya adalah penyelewengan fakta bertujuan untuk mengalih perhatian dari kemungkinan Cambridge Analytica telah berkhidmat dengan BN untuk menggunakan taktik kotor dalam kempen pilihan raya," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight, malam ini.

JPM petang tadi menafikan bahawa BN mengupah CA untuk menjalankan kempen pilihan raya pada 2013.

Kenyataan itu menyebut, firma berkenaan bagaimanapun mengesahkan bahawa ia memberi khidmat nasihat kepada Mukhriz semasa PRU13. 

Mukhriz sekali lagi menjelaskan bahawa pengarah SCL Group Azrin Zizal yang juga pegawai medianya sebelum ini hanya berkhidmat dengannya ketika beliau memegang jawatan timbalan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri antara 2009 dan 2013, iaitu sebelum beliau menyandang jawatan menteri besar.

CA merupakan cabang dari SCL Group, satu lagi syarikat data raya.

"Azrin tidak diambil kerja sebagai wakil syarikat jururunding seperti SCL Group atau Cambridge Analytica dan beliau tidak lagi menjadi pegawai saya apabila saya menjadi Menteri Besar Kedah," katanya.

Terhadahulu hari ini, Mukhriz berkata beliau tidak tahu menahu mengenai pembabitan firma itu dalam kempen semasa PRU13.

Tegasnya, segala kemenangan yang diraih oleh BN Kedah dalam pilihan raya tersebut adalah atas usaha pasukan parti pimpinannya.

Firma yang diharamkan dari Facebook itu dalam laman webnya menunjukkan ia membantu BN merampas Kedah pada pilihan raya lalu.

Ia juga dengan gahnya mendedahkan di media British, Channel 4 News bahawa syarikat itu melakukan kerja pilihan raya di Malaysia. – 20 Mac, 2018. 

Berita sebelumnya: Mukhriz dapat nasihat firma induk Cambridge Analytica, kata BN        

2 comments:

  1. Logiknya kalau sampai ambil syarikat dari US, tak kan lah nak suruh buat untuk 1 negeri sahaja. Tak balik modal. Lagi pun negeri yang lebih penting adalah Selangor dan P Pinang.

    ReplyDelete
  2. Thankfulness to my father who shared with me on the topic
    of this web site, this web site is truly remarkable.

    ReplyDelete