Friday, March 9, 2018

Bukan hanya pengarah JSJ seorang

Ada lagi ketua balai kes sama dengan pengarah JSJ polis?
mk  |  Dikemaskini 8 Mac 2018, 12:26 tengah hari
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd bukan satu-satunya pegawai polis yang status kewangannya dipersoal selepas menghantar anak belajar ke luar negara, kata DAP.

Anggota parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata terdapat lagi anggota pasukan itu yang menghantar anak mereka belajar ke luar negara tanpa biasiswa atau bantuan.

“Sekurang-kurangnya ada seorang ketua balai polis. Dia bukan ketua di Bukit Aman tetapi ketua balai polis di Kuala Lumpur.

“Dia mampu hantar anak-anak dia ke luar negeri untuk belajar,” kata Lim yang tidak menamakan pihak itu.

Lim juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis menyiast dakwaan itu.

“Mana-mana anggota polis gaji dia tak cukup tapi dia mampu hantar anak-anak dia untuk belajar di luar negara tanpa biasiswa tanpa bantuan kewangan pendidikan, saya nak SPRM siasat.

“Saya nak Bukit Aman siasat,” katanya.

SPRM kelmarin berkata akan menyiasat kes pembekuan lebih A$320,000 (RM971,800) wang Wan Ahmad dalam akaunnya di Australia kerana disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram atau berpunca daripada kegiatan jenayah.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Allaudeen Abdul Majid dilaporkan berkata wang tunai dibawa ke Australia dan akaun bank tersebut bagi membayar pengajian penerbangan anak lelaki Najmuddin.

Sementara itu, Lim juga berkata bersedia memberi maklumat yang diperlukan pihak berkuasa dengan syarat mereka yang datang mencarinya.

“Kalau nak maklumat, jumpa saya. Saya tidak akan pergi jumpa you.

“Saya nak jimat petrol,” katanya.

3 comments:

  1. kalau tong taik pecah baunya cepat merebak
    walau cepat palam itu tong
    sebab tu pihak luar kena siasat
    pihak luar yang nak siasat pung serupa jugak perangai
    memang tak boleh diharap

    ReplyDelete
  2. alahai..ex gf aku dulu pun gini.bapa polis OCPD je.mak tak kerja.tapi belajar di bermingham UK dgn pembiayaan sendiri..biasa lah tu.blm lg kira pakaian branded dia.

    ReplyDelete
  3. polees korup lindungi sesama diri..sprm korup moral gadai jiwa kpd 1mdb..politikus korup dacing dedak sesama geng2 pakai duit rakyat duit gst,.pru14 nanti..tsunami bangsa melayu tak sabar2 bantu tangkap sula pantat kalian si korup..bila bila bila pru14.!!!

    ReplyDelete