Wednesday, March 7, 2018

Buang masa, untuk apa bagi saranan kepada yang 'kerah keng' dan bebal?

Pas disaran buat siasatan secara profesional tentukan suara
MALAYSIA DATELINE -  March 7, 2018 2:01 pm
Naib Presiden AMANAH, Husam Musa mempersoalkan sejak bila pula Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menjadi pakar pengecam suara.

Beliau berkata demikian mengulas laporan portal berita Malaysiakini mengenai dakwaan Khairuddin bahawa suara dalam rakaman audio yang kini tular di media sosial bukan suara MP Pasir Mas, Nik Abduh.

Seperti yang dilaporkan, menurut Khairuddin ramai yang boleh meniru suara orang lain, termasuk menyerupai suara Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta bapa Nik Abduh, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kata Husam lagi, jika Khairuddin benar-benar pakar mengecam suara, maka suara siapakah sebenarnya dalam rakaman tersebut.

Menurut Husam, memandangkan isu rakaman audio berkenaan merupakan isu ‘besar’ buat Pas, beliau menyarankan supaya Pas membawa rakaman tersebut ke makmal untuk dianalisis secara profesional dan kemudian menafikan secara profesional pula.

“Bawa rakaman itu ke makmal yang berwibawa, atau ke pusat yang boleh membuat pengecaman secara profesional untuk mengesahkan bahawa itu suara siapa.

“Selepas itu umumkanlah,” kata beliau.

Bagi saya kata Husam, saya kenal itu adalah suara Nik Abduh.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Wisma AMANAH di Selayang tengah hari ini.

6 comments:

  1. Bila pulak mung nak saman blogger yang tuduh mung makan duit haram dari Genting, bodoh dan memalukan.

    ReplyDelete
  2. Klu hendak seribu daya. Klu hendak sorok seribu dalih.

    https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://www.audioforensicexpert.com/tag/voice-identification-2/&ved=2ahUKEwiMm_n1kNrZAhXJLo8KHZTfADkQFjABegQIBhAB&usg=AOvVaw0GSzu6CU9M5qSA7oyjQThG

    ReplyDelete
  3. Bila jamaah surau sendiri pun seorang ulamak sanggup menipu, konon tk sempat balik ke Ganu utk beri kuliah maghrib (krn tertinggal kapal-terbang,padahal depa pi Ho Chi Minh City) ini kan pula hal besar yg memalukan keseluruhan ahli-ahli parti ulama, lagi la ulamak tu mau klentong!!!
    Sebagaimana kepala bapak, begitu lah juga sikap anak-buah kepala bapak.

    ReplyDelete
  4. Dulu puak ni pakar dalam lilit serban ja.....tapi bila dah berkawan rapat dengan pakar2 putar belit yang dalam UBN lama puak ni pun dah pandai pula putar belit melalui lisan....Dah jadi seronok pula memutar belit sesuatu isu....Hanya sanya walaunta dan walauntit saja yang percaya pakar spin ni.... Dah jadi kebiasaan pula hanya nampak salah orang..salah sendiri dari nakhoda sampai keawak2 tak nampak...

    ReplyDelete
  5. Terduduk lebai ulama Ganu bila dicabar oleh Husam.
    Woih Lebai!!! Kepada walaun boleh lah lebai klentong kaw-kaw, tapi bila terbuka macam ni, tercirit la kamu!!!

    ReplyDelete