Sunday, March 18, 2018

Bila kepala pening dan jiwa berserabut menjana tuturkata, inilah jadinya!

Oii...janganlah anggap semua orang berotak kosong dan menjana fikiran dari kepala lutut!
Dah habiskah ikhtiar dan auta cuba digunakan untuk mempengaruhi otak Melayu?

Dr M beri ruang DAP perintah negara, kata Shabery
mk |  Dikemaskini 17 Mac 2018, 6:20 petang
Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mungkin bertanding di atas tiket DAP pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap bangsa Melayu, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata ini berdasarkan hakikat bahawa pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu yang dahulunya menyifatkan DAP sebagai sebuah parti rasis dan patut ditolak oleh orang Melayu.

"Dulu Tun M menganggap bahawa bagi orang Melayu, musuh mereka adalah DAP... bukan saya kata tapi Tun M yang katakannya.

"Ertinya (langkah Dr Mahathir) bekerjasama dan memberikan ruang untuk negara ini diperintah oleh DAP adalah pengkhianatan beliau kepada bangsanya sendiri jika saya gunakan prinsip yang digunakan Tun M satu ketika dahulu (semasa menerajui negara)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir yang sanggup bertanding di bawah tiket mana-mana parti pembangkang dalam Pakatan Harapan termasuk DAP pada PRU14 akan datang, jika BERSATU dibubarkan.

Ahmad Shabery berkata sekiranya seseorang pemimpin itu dilihat tidak konsisten, pendirian yang berubah-ubah, ia memberi satu isyarat jelas untuk rakyat tidak memberikan sokongan kepada pemimpin itu.

"Sudah tentu kalau tanya saya, saya alu-alukan sekiranya benar Tun M dan parti beliau akan gunakan lambang DAP kerana ia akan memudahkan rakyat memahami bahawa beliau adalah didalangi oleh DAP,” katanya.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengeluarkan notis kepada BERSATU berkuat kuasa 28 Februari lepas yang antara lain memerlukan parti itu menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen berkaitan minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti dalam tempoh 30 hari, atau berdepan risiko dibubarkan.

5 comments:

  1. bukan dia ni ke yg jadi tok dalang kes ahli ppbm cuba diberi suapan oleh sorg wanitan kalau tk silaplah

    ReplyDelete
  2. bukan dia ni ke yg jadi tok dalang kes ahli ppbm cuba diberi suapan oleh sorg wanitan kalau tk silaplah

    ReplyDelete
  3. bukan dia ni ke yg jadi tok dalang kes ahli ppbm cuba diberi suapan oleh sorg wanitan kalau tk silaplah

    ReplyDelete
  4. Otak lembab Dan rasis banyak makan dedak

    ReplyDelete
  5. Membenarkan seorang pencuri skala besar memerintah negara dan membawa malu kpd negara lagi pengkhianatan yg teruk

    ReplyDelete