Friday, March 9, 2018

Berita Sedih: Sanusi kembali ke Rahmatullah

* Tak tahu kenapa bila tiba giliran Sanusi aku menitiskan air mata. 
Aku kenal Allahyarham sebagai seorang pemimpin yang bernas, dia tak kenal pun aku. Apa yang aku tahu Allahyarham adalah seorang yang bijak dan kaki buku......

Blognya tak adalah yang akan dapat dibaca dan kongsi selepas ini

Alfatihah untuk beliau dan takziah pada keluarganya......

Seingat aku, dari aku remaja sehingga sekarang ni, hanya dua orang pemimpin saja yang meninggal dan buatkan air mata aku mengalir. Allahyarham Tun Abdul Razak dulu dan kini Allahyarham Sanusi Jonet. 

Sempat juga beliau hadir majlis pelancaran manifesto PH malam tadi 

Bekas MB Kedah Sanusi Junid meninggal dunia 
Amin Iskandar · Diterbitkan pada 9 Mar 2018 8:30AM
Sanusi Junid ketika berucap pada salah satu perogram terakhir yang dihadirinya pada Januari.– Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Mac, 2018

BEKAS Menteri Besar Kedah, Sanusi Junid, 74 meninggal dunia awal pagi tadi.

Anaknya, Akramshah yang mengesahkan perkara itu berkata, allahyarham meninggal dunia sejurus sebelum waktu Subuh.


Jenazah dijangka akan dibawa ke Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara Kuala Lumpur.


Sanusi merupakan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah antara 1981 dan 1986 dan pernah memegang jawatan sebagai timbalan menteri dalam negeri dari 1980 hingga 1981 sebelum dilantik menjadi menteri besar Kedah pada 1996 hingga 1999.


Bekas naib presiden Umno itu meninggalkan parti tersebut pada 2008 dan seterusnya menyertai parti yang dimulakan oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad – Bersatu. Pada Jun lalu, Sanusi dilantik sebagai pengerusi lembaga disiplin Bersatu.

Dalam satu temubual dengan The Malaysian Insight Ogos lalu, Sanusi berkata perdamaian antara Dr Mahathir dan ketua umum PKR Anwar Ibrahim menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional. – 9 Mac, 2018.

1 comment:

  1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
    (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam salatnya,
    dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
    dan orang-orang yang menunaikan zakat,
    dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
    kecuali terhadap istri-istri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.
    Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
    Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya,
    dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

    Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,
    (yakni) yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

    ini sebahagian saja ada lagi sapa rajin baca Quran jumpalah

    kalau ada seperti apa yang Allah tentukan
    insyaallah

    ReplyDelete