Saturday, March 3, 2018

Berat dah ni: Nazri ada pakatan dengan pembangkang?

Liow: Nazri berpakat dengan pembangkang
mk  |  Dikemaskini 3 Mac 2018, 12:25 tengah hari
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mendakwa Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz sebagai "berpakat dengan pembangkang dari dalam BN".

"Hari ini MCA bukan saja berdepan dengan parti pembangkang yang kelihatan sangat kuat, tetapi juga daripada 'pihak yang berpakat dengan pembangkang' dari dalam BN.

"Semua orang tahu siapa yang saya maksudkan.
"Beliau adalah menteri pelancongan yang membuat tuduhant ak berasas terhadap (hartawa) Tan Sri Robert Kuok," katanya ketika berucap dalam sambutan ulang tahun ke-69 MCA di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

Liow yang juga menteri pengangkutan sebelum ini berkata terdapat kelompok dalam BN yang bersekongkol untuk menghancurkan MCA, tetapi tidak menyebut sesiapa secara khusus.

Pertikaman lidah antara Nazri dan pemimpin MCA tercetus selepas Nazri menyerang Kuok yang dituduh penulis blog Raja Petra Kamaruddin sebagai memberi sumbangan dana kepada DAP.

Todate berkaitan: 'Nazri perlu minta maaf dengan MCA'

2 comments:

  1. Ini semia lakonan aje. Saja nak tengok pembangkang bersuara. Bila pembangkang bersuara ajr cite pun jadi lain l. Apa yang diperkata oleh pembangkang akan diolah dan diputar belit macam sserban tok lebai.

    ReplyDelete
  2. mca malayu china auta
    pi mampuih la mca amono dan sekutunya

    ReplyDelete