Sunday, March 18, 2018

‘bangkai’, tak boleh sorok lagi

Rais Yatim kata kes Jho Low seperti ‘bangkai’, tak boleh ditutup lagi
TMI · Diterbitkan pada 18 Mar 2018 1:21PM
Rais Yatim menggesa kerajaan berhenti melindungi kes melibatkan Jho Low yang disifatkannya menjejaskan kempen Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke-14. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Mac, 2018

PENASIHAT kerajaan, Rais Yatim berkata gesaannnya agar kerajaan menyiasat Jo Taek Low atau Jho Low itu dibuat kerana penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh ahli perniagaan itu kini terlalu besar.

Kes penyelewengan tersebut seperti “bangkai” yang tidak boleh diselindungkan lagi dengan mudah oleh kerajaan, kata penasihat sosio budaya itu dalam satu wawancara dengan Sinar Harian. 

Tambahnya, beliau berkata demikian kerana melihat kerajaan kini begitu berusaha untuk “membungkus” isu tersebut daripada dibincangkan.

“Apabila kita dah mengatakan jangan cakap fasal ini, Parlimen pun tak boleh cakap pasal ini, speaker Dewan Rakyat pun membuat peraturan.

“Jadi rakyat akan tanya apa sebab nak dibungkus? Boleh dikatakan satu bangkai nak ditutup dengan daun-daun kecil, daun lalang memang tak boleh,” kata Rais kepada Sinar Harian.

Katanya lagi, beliau juga hanya membangkitkan isu Jho Low dan tidak sedikit pun menyentuh kepada syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Saya hanya menyebut Jho low sebab sedutan kewangan yang dia buat terlampau besar.

“Jadi bagi saya isu ini wajib disuarakan dan agar anak buah kita berani sikit berjuang. Kalau pemimpin bahagian dan cawangan tak tahu macam mana nak jawab isu ini bagaimana mereka nak berkempen pada PRU14 nanti,” soalnya.

Rais juga dalam siri kenyataannya di Twitter mendakwa anggota Kabinet dan pemimpin kerajaan “terlalu sayang” pada Jho Low sehingga beria-ia mempertahankan ahli perniagaan tersebut.

Ia bermula daripada kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak yang kapal layar mewah Equanimity yang dirampas penyiasat Amerika Syarikat bukan milik Jho Low.

Beliau turut menyelar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Mohamed Nazri Aziz kerana menganggap kritikannya disebabkan rasa kecewa apabila digugurkan daripada jawatan menteri. – 18 Mac, 2018.

5 comments:

  1. Disebabkan satu **** kleptokrat, semua org dlm umno terpaksa jd bodoh, berlakon jd bodoh atau memang bodoh. Sebab itu taik jo lo ni tak boleh disentuh!

    ReplyDelete
  2. Masaalahnya... klau bangkai tu dibuka...akan keluarlah ulat2 bangkai tu...sapa ulat2 bangkai tu?...Dato fikirlah sendiri...

    ReplyDelete
  3. Bangkai pun bangkai laa..puak serban tak kisah pun.janji masyukk

    ReplyDelete
  4. Skg dah tak busuk sgt sbb lobai lobai parti suci cap pasu dah samak...upah samak tu pun agak mahal sbb banhkainya pun besar jugak...

    ReplyDelete