Tuesday, March 20, 2018

Apakah maknanya ini.......adakah menteri cakap kosong?

Kerjasama BN-Pas lebih baik sebelum PRU: Timbalan Menteri
JANATUL FIRDAUS & NINA FARZUIN  -  20 MAC 2018
Datuk Seri Mohd Johari Baharum

KUALA LUMPUR - BN bukan sahaja terbuka menerima kerjasama dengan Pas, malah disifatkan lebih baik sekiranya jalinan itu berlangsung sebelum PRU14.|

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata, kerjasama antara dua parti majoriti Melayu ini sewajarnya dilaksanakan sebelum menjelang pilihan raya.

“Saya nampak sekarang ni Pas dengan Umno ada banyak persamaan, malah akhir-akhir ini dilihat hubungan baik antara kedua-dua parti.

“Saya berharaplah supaya pucuk pimpinan Pas melihat perkara ini secara serius kerana sudah sampai masanya Pas dengan Umno perlu kerjasama,” katanya kepada Sinar Harian di lobi Parlimen hari ini.

Johari yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu menyifatkan sekiranya Pas dan Umno boleh menjalin kerjasama maka banyak isu-isu berkaitan kepentingan Melayu dan Islam dapat diselesaikan.

“Jadi saya haraplah supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul  Hadi Awang dapat  melihat perkara ini, begitu juga kepada seluruh ahli Pas dan Umno supaya kita berusaha menjalin kerjasama.

“Jika bukan kerjasama mungkin sekurang-kurangnya sebuah persefahaman, kalau tidak boleh bergabung pun sekurang-kurangnya kerjasama demi kepentingan orang Melayu dan Islam,” tambah Johari.

Beliau bukan sahaja terbuka menerima Pas malah sangat mengharapkan agar kerjasama antara Pas dan Umno ini dapat direalisasikan.

“Saya rasa memang kita amat mengharapkan kerjasama ini. Saya tahu sebab sudah ramai di kalangan Melayu yang saya jumpa menyatakan mereka sangat ingin melihat kerjasama antara dua parti Melayu yang terbesar ini.

“Malah akhir-akhir ini saya tengok perpecahan di kalangan orang Melayu amat jelas dan amat membimbangkan,”ujarnya.

Tambahnya, Umno dan Pas  akan memperoleh manfaat yang banyak sekiranya kedua-dua parti ini menjalin kerjasama.

“Saya rasa parti yang mewakili orang Melayu yang banyak terutama sekali di luar bandar ialah Umno dan Pas.

“Akhir-akhir ini saya nampak kemesraan antara kita bahkan saya dengan ahli-ahli Parlimen Pas pun banyak kita berunding dan boleh menerima pandangan masing-masing,” jelasnya.

Jadi Johari sangat mengharapkan kerjasama ini akan menjadi kenyataan demi Melayu dan Islam.

“Manisfesto Pas dengan BN pun tak banyak beza, perjuangan kita selari menegakkan syiar Islam,Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengambil berat berhubung perkara ini,” tegasnya.

Terdahulu, Hadi menyatakan Pas tidak menolak kerjasama dengan mana-mana parti bagi membentuk kerajaan selepas PRU14.

Katanya, perkara itu boleh direalisasikan jika konsep manifesto dibawa Pas dapat diterima oleh parti yang mahu bekerjasama dengan pihaknya.

#prusinar #aparakyatmahu

6 comments:

  1. perjuangan kita selari menegakkan syiar Islam,Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengambil berat berhubung perkara ini,” tegasnya.

    tegak syiar islam tanpa laksana hukum hukum Allah tak jadi apa kebenda di sisi Allah
    ibarat terima 1/2 tolak 1/2
    matjib masa pru 13 terangan cakap tak mau laksana hukum jinayah Islam

    kerjasama untuk tutup salah gunakuasa amono
    inikah yang Pas mahu

    Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang dzolim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.

    ReplyDelete
  2. Sudah terang lagi bersuluh.. Memang dah sah..

    ReplyDelete
  3. Hadi dan kunconya dah terima dedak UMNU, dengan janji PAS akan pertahankan pemerintahan Najeeb. Nak sokong dan gabung secara terang-terangan dengan UMNU,bimbang semua walaun akan protes dan marahkan PAS hingga tidak memberi undi dal PRU14 kelak. Serba salah dibuatnya......ini adalah kesan dan petunjuk Allah SWT kepada segelintir manusia yg mengadaikan nama baik Islam demi survival politik dan untuk mengisi perut lebai partisan yg dah sedia buncit.

    ReplyDelete
  4. Najib dah amat terdesak. Apa sj yg boleh selamatkan dia. Tiba2 lebai mar(l)ang hulurkan tongkat.....the rest is history

    ReplyDelete
  5. Ha2....walaun pas ni bodohh piang x tau berfikir ikut je la....takbir walaun...ke2

    ReplyDelete
  6. Ha2....walaun pas ni bodohh piang x tau berfikir ikut je la....takbir walaun...ke2

    ReplyDelete