Thursday, March 1, 2018

Kenapa akhbar melayu terbisu terhadap laporan dua perkara ini?

Akhbar Cina: Mesyuarat kabinet tegang susulan isu Robert Kuok
mk  |  Dikemaskini 1 Mac 2018, 12:29 tengah hari
Mesyuarat mingguan jemaah menteri semalam dilaporkan tegang dengan pertikaman lidah antara menteri-menteri Umno seperti Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan rakan-rakan mereka dari MCA dan Gerakan, menurut laporan beberapa akhbar Cina.

Ini susulan serangan baru-baru ini terhadap jutawan berpangkalan di Hong Kong, Robert Kuok yang didakwa menaja parti DAP.

Menurut China Press, tiga menteri MCA - presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, timbalan presiden Datuk Seri Wee Ka Siong dan setiausaha agung Datuk Seri Ong Ka Chuan - serta presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong - meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Nazri, yang mencabar Kuok untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang dan menghina jutawan berusia 94 tahun itu.

Apabila kedua-dua enggan mengalah, laporan itu mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terpaksa campur tangan untuk menenangkan keadaan.
Sementara itu, Nanyang Siang Pau memetik Wee (foto, atas) sebagai berakata bahawa menteri-menteri MCA menuntut agar Nazri memohon maaf berhubung kemelut yang berlaku itu.

Wee, yang menyifatkan mesyuarat semalam sebagai tegang, dan berkata bahawa kabinet juga mengarahkan semua pihak supaya berhenti menjadikan Kuok sebagai sasaran.

Jutawan itu sebelum ini juga telah menafikan beliau menaja DAP dan membiayai portal The Malaysian Insight.

Walau bagaimanapun, akhbar-akhbar itu tidak menyebutkan jika Nazri, yang adalah menteri pelancongan dan kebudayaan, ada memohon maaf semasa mesyuarat itu.

Liow (foto, bawah), ketika mengulas soalan dari akhbar Sin Chew Daily mengenai sama ada kabinet mengarahkan Nazri memohon maaf, berkata: "Ini adalah sesuatu yang kamu perlu tanya Nazri sendiri."

Presiden MCA itu turut mendedahkan bahawa kabinet mengakui sumbangan Kuok kepada negara.
"PM merakamkan rasa hormatnya kepada Kuok semasa mesyuarat itu dan mengiktiraf sumbangannya kepada negara," katanya.

Akhbar Oriental Daily pula memetik Nazri sebagai berkata bahawa isu itu telah diselesaikan dan hubungannya dengan menteri-menteri MCA tidak terjejas.

Disoal sama ada kabinet mengarahkannya untuk memohon maaf, Nazri pada mulanya mendakwa bahawa mesyuarat tidak membincangkan isu itu, tetapi kemudian menambah bahawa beliau tidak sepatutnya mendedahkan butiran mesyuarat itu.

Akhbar Melayu, Inggeris abai laporan kapal Jho Low dirampas
mk  |  Dikemaskini 1 Mac 2018, 3:17 petang
Ketika rampasan kapal mewah Jho Low menghias dada media antarabangsa, akhbar-akhbar utama berbahasa Melayu dan Inggeris di Malaysia memilih tidak mengetengahkan isu itu.

Perkembangan besar melibatkan siasatan Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) itu dikesan tidak dimuatkan Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star dan New Straits Times.

Harian Umno, Utusan Malaysia di muka depannya melaporkan acara Transformasi Nasional 2050 (TN50) mnelibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Berita Harian pula memfokuskan kepada isu lambakan produk kesihatan dan kosmetik tidak berdaftar dan tiruan.

Bagaimanapun, Utusan, di versi atas taliannya hari ini, menyiarkan artikel mendakwa rampasan kapal itu tiada kaitan dengan 1MDB.

Berita Harian dalam versi atas taliannya pula memetik jurucakap Jho Low yang berkata rampasan itu tidak berasas dan bermotifkan politik.

Antara akhbar utama berbahasa Melayu, hanya Sinar Harian melaporkan rampasan semalam. Sinar memuatkan iklan acah rampasan itu di muka depan dan menyiarkan laporannya di halaman 10.

Polis Indonesia dengan kerjasama Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat semalam merampas kapal layar mewah Equanimity milik Jho Low yang didakwa diperoleh menggunakan dana yang disalah guna bersumberkan 1MDB.

Dalam rampasan di Bali itu, 34 orang anak kapal berada di situ tetapi tiada kelibat Jho Low dilaporkan.

Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho melalui jurucakap menyifatkan DOJ, AS "keterlaluan" kerana bertindak di peringkat global tetapi “tidak melihat kembali dakwaan yang bermotifkan politik dan penuh kelemahan”.

Sementara itu, akhbar berbahasa Inggeris, The Star di muka depannya melaporkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap “Datuk Seri” yang didakwa menerima RM19 juta bagi menutup siasatan terhadap projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Tindakan itu turut dilaporkan New Straits Times di halaman utamanya, yang turut mengetengkan rancangan imigresen untuk menapis pembantu rumah asing yang mempunyai rekod jenayah dan acara TN50 seperti Utusan.

Tiada laporan berkaitan rampasan Equanimity di halaman dalamnya.

Bagaimanapun, kedua-dua The Star dan New Straits Times melaporkan rampasan itu serta respon Low dalam versi atas talian mereka.

Kesemua akhbar Cina melaporkan rampasan itu. Malah Sin Chew Daily dan Oriental Daily memuatkannya di muka depan.

3 comments:

  1. tersepuk jugak depan china
    cilaka punay amono
    sembang lebih melayu melayu
    hang tu ah

    ReplyDelete
  2. tersepuk jugak depan china
    cilaka punay amono
    sembang lebih melayu melayu
    hang tu ah

    ReplyDelete
  3. Bila lidah rasmi BN abaikan berita rampasan equanimity, bermakna mmg SAHIH lg BENAR bahawa kapal itu dimiliki menggunakan duit haram 1mdb. 1MDB mmg sah dirompak jho low dan sekutu2 dia terdiri drp pembesar negara. Klu tidak knp berita itu nak digelapkan(nak sorok drp pengetahuan melayu terutamanya)?

    ReplyDelete