08 Disember 2016 | WAN ANDIKA ABD HALIM
Umno sebagai Imperium
Barisan Nasional sedang menghadapi kemelut dalaman, luaran dan juga masalah peribadi yang bukan lagi personal sebagai ketua pemimpin negara ini. Kemelut urustadbir ekonomi dan juga pentadbiran yang lemah dalam kerajaan memacu ekonomi dan pentadbran menjadi batu asas pengukuhan parti-parti politik pembangkang.
Tidak dinafikan kesepakatan di antara parti pembangkang juga bercelaru. Perkara ini membuat pemerintahan Barisan Nasional terus kekal dalam pentadbiran. Walaupun demikian, kerajaan BN hari ini masih berhempas-pulas dengan dasar-dasarnya. Semua dasar ini mempraktikkan perkara yang sangat manis tapi jauh dari keperluan rakyat. Isu-isu yang melanda Najib dan juga BN meletakkan mereka berada dalam fasa kehilangan kuasa.
Kesedaran rakyat mengenai hakikat bahawa negara ini di dalam masalah besar sudah mula terpupuk. Walaupun rakyat tidak memahami secara jelas 1MDB, kesan dan punca kejatuhan nilai matawang, GST dan juga peningkatan kos sara hidup, tetapi rakyat tahu mereka sedang dibohongi.
Namun, hakikat untuk memahami segala isu-isu korupsi dan salah laku ini masih jauh untuk dihadam. Munkin bila tiba hari dan waktunya, rakyat dapat berfikir secara jelas.
Daya melawan pemerintah belum cukup kuat lagi. Meskipun dibantu secara langsung dari luar waimah dari pada Amerika sekalipun, netizen di negara ini masih belum dapat merungkai kebrobokan Najib di bawah pentadbiranya.
Najib memegang kuasa seumpama mendapat cincin perkahwinan untuk mengikat kuasa pada badan berkanun. Berbekalkan apparatus negara, Najib terus meyakinkan rakyat bahawa negara ini berkeadaan sangat baik.
Perang ini perang antara kesempitan rakyat dengan hagemoni kuasa Najib. Rakyat mendambakan keselesaan hidup, mengharapkan pendidikan yang baik. Ini mimpi dan angan-angan yang besar bagi rakyat.
Tindakan pemerintah bagi mengekalkan survival UMNO dengan melancarkan gelombang jihad kebenaran. Gelombang biru menjadi pembakar inspirasi bagi memasuki medan PRU 14. Bahkan Buku Kesetiaan sepanjang hayat dilancarkan hasil terbitan Yayasan Penyelidikan Tranformasi, buku tersebut di nyatakan boleh menjadi panduan bagi rakyat memahami dan menjiwai UMNO sejak 70 tahun yang lalu.
Tugasan selaku imperator
Tugas dan tindakan sebagai pemerintah – imperator :-Najib dan kediktatorannya mengawal badan kerajaan dan menteri kabinetnya. Ini bagi memastikan barisan kabinet terus mengikut telunjuk bagi kepentingan dirinya.
Sebagai pemegang kuasa eksekutif, Najib mengolah kembali bidang kuasa Legislatif dan bidang kuasa Kehakiman. Kuasa ini adalah kuasa rakyat yang dirampas.
Kemaharajalelaan keatas kuasa Eksekutif, Legislatif dan kehakiman di bawah telunjuk Perdana Menteri, maka riwayat dan hikayat kezaliman akan membenih atas nama tirani. Jika di gelar kuku maka ia bermediumkan besi.
Bagi kekal berkuasa, Presiden Umno ini perlu menjuarai dan mendominasi pemikiran dan struktur kuasa. Kekangan terhadap sumber maklumat, idea- idea dan juga proses undang -undang mula diperkenal dan dilaksana bagi mengawal ahli politik dan juga masyarakat bagi meneruskan survival parti dan kekal berkuasa di dalam pemerintahan.
Umno perluas kuasa ekonomi bumiputra
Menurut laporan utusan Malaysia 30 november kerajaan UMNO sebagai tunjang kerajaan beri limpahan rahmat kepada seluruh rakyat, demikian mengikut kata Najib Razak. Menurutnya lagi detik kejayaan ini adalah dari sokongan padu UMNO dan rakan komponen mengotakan janji dalam khidmat bakti .
Dengan kata lain, segala perjuangan Umno adalah mengenai survival orang Melayu. Ketiadaan Umno Melayu akan mengemis di negara sendiri. Menurut bahasa mudahnya, ekonomi Melayu adalah melalui kebergantungan pada parti Umno dan Kerajaan, selama-lamanya.
Umno perluas kuasa kultur-budaya
Peranan Umno sebagai parti unggul ketuanan Melayu dinyatakan jelas untuk merubah melayu ;
Komited untuk melakukan bukan saja apa yang terbaik, tetapi apa yang betul demi rumpun Melayu.
Merubah orang Melayu menjadi bangsa yang mampu merebut kemerdekaan dan menundukkan kuasa besar dunia iaitu British.
Menggerakkan kesedaran nasionalisme, semangat patriotisme dan demokrasi politik.
Kepemimpinan Umno berjaya menjadi teraju ulung mentransformasikan Malaysia dengan pantas seperti dikecapi hari ini
Memperkasakan parti menjadi agenda PAU 2016. Sistem dan peranan agama menjadi mainan polemik bagi menunjukkan bahawa parti ini memperjuangkan bangsa. Mensasar bangsa dan agama, tiupan semangat perjuangan terhadap bangsa dan agama disemboyankan. Begitu kencang tiupan semangat nasionalis dan perjuangan mempertahankan presiden dan parti.
Terkias kewujudan kerajaan perpaduan diantara PAS dan UMNO atas nama kepentingan ummah. Kalam tuhan menjadi taruhan, hudud di war-war sebagai pegangan Melayu dan Islam. Strategi ini memusnahkan perjanjian Pakatan Rakyat.
Pergolakan dan perbuatan khianat kepada mandat rakyat menyaksikan perpecahan pakatan pembangkang. Survival politik UMNO menampakkan jalan mudah bagi mendominasi kembali politik sebagai satu tunjang kuasa.
Suruhanjaya Pilihanraya diperkuda dengan persempadanan pilihanraya yang baru. Alasannya kerana sudah sampai masa dan waktu untuk disemak kembali, namun pada hakikatnya ia digunakan bagi kaedah keberuntungan pihak kerajaan.
Kaedah persempadanan yang mewujudjan jurang kaum bagi satu satu kawasan menambah gusar sedia ada terhadap politik perkaumanan. Ini adalah gaya pecah dan perintah. Kemenangan mereka hampir pasti.
Ruang lingkup budaya parti kompenan Barisan Nasional agak mudah, parti kompenan yang di wakili kaum Cina dan India hanya perlu taat dan setia.
Umno perluas kuasa agama
UMNO Mempergunakan intitusi agama dalam menjalankan peranan serta mendominasi kuasa kerajaan. UMNO menyeru untuk memobilisasi 80,000 anggota bagi proses jihad memerangi kebatilan pihak tertentu. Menurut Tan sri Annuar Musa setiap cawangan bahagian dan negeri perlu berada di saf depan bagi persediaan pru 14. Atas nama melawan fitnah dan dan kepalsuan pembentukan “gelombang Jihad kebenaran”
Momokan Liberalisma dan Sekularisma ancaman kepada UMNO dan rakyat Malaysia ini. Melabel DAP sebagai satu parti yang menggugat agama rasmi ini di nyatakan terangan terangan. Mempergunakan Intitusi agama dalam merasionalkan peranan dan bagi mendominasi keperluan dan tuntutan kepentingan parti menjadi sebab mengapa agama menjadi platform bagi mempertahankan parti Umno.
Semaraknya gerakan-gerakan badan bukan kerajaan adalah hasil dalam propaganda agama. Lahirnya NGO seperti Baju Merah adalah hasil reaksi kepada pertubuhan Bersih. Jelas peranan survival politik ini dipacu ke tahap maksima untuk keberlangsungan hayat parti Umno.
Umno perluas kuasa ideologi-perkaumanan
Jalan paling mudah adalah proses yang ringkas. Idealogi Nasionalis harus disemai dengan benih yang ditanam rapat dengan sentiment agama, budaya dan etnik.
Ancaman Liberalisme dan pentafsiran demokrasi menjadi medium sanggahan bagi memperkukuh kedudukan Barisan Nasional menerusi parti Umno.
Pengertian demokrasi di ukur begitu rendah dan cetek menjadikan amalan dekmokrasi sangat rapuh. Idea-idea besar bagi keadilan, kebebasan dan solidariti dalam amalan pentadbiran bagi kepentingan rakyat diambil mudah atau sambil lewa.
Orde Retorik idea imperialis
Maka ketika persidangan PAU 2016. Gendang perang dipalu, lagu dinyanyikan, disyair dan sajak sajak perjuangan didendangkan, kata-kata semangat di laungkan. Jelas ini satu propaganda dan retokrik Najib.
Menambah taboo ketakutan, di dalam PAU 2016 ini di nyatakan syiar dan agama rasmi persekutuan iaitu Islam, raja raja Melayu dan intitusi berkaitan kebajikan Islam akan hilang seperti Tabung Haji, Jakim Jauhar(jabatan wakaf) dan lembaga zakat .
Maka itu, Perhimpunan Agung Umno ini untuk perwakilan dan juga ahli parti Umno memberi satu pencerahan kepada semua bangsa Melayu dan Islam bahawa mereka wajib mempertahankan secara kolektif dan bukan menjatuhkan individu tertentu.
Mentafsir impian baru Najib
Magis dan ilusi dipersembahkan bagi tujuan pengiklanan dan penjenamaan dihari terakhir perhimpunan Agung UMNO ke 61.
Presiden Umno membuat promosi ‘jualan langsung’ bertema Mendahulukan Rakyat, pengisisan Model Tranformasi Umo dan persiapan pilihanraya umum ke 13, memasti kuasa Melayu terus di pertahan dan 7 elemen
Perlunya mengamalkan sikap mementingkan pasukan dan bukan kumpulan sendiri.
Ahli dan pemimpin Umno pada semua peringkat mesti menentukan maruah dan kepentingan parti lebih besar daripada kepentingan diri.
Ahli dan pemimpin Umno perlu memenangi pemikiran, hati dan jiwa rakyat supaya parti dilihat inklusif.
Mahir teknologi dengan menguasai media baru, terutama laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
Memberi tumpuan kepada empat juta pengundi baru menjelang pilihan raya umum akan datang.
Umno mesti menuju sifar masalah, termasuk mengelakkan pertelagahan pada peringkat bahagian.
Amalan mendahulukan rakyat dalam sebarang tindakan
Metod mudah adalah dengan bermain sentimen perkauman sempit dan ini adalah senjata ampuh bagi UMNO dan Barisan Nasional sebagai senjata mengekalkan survival kuasa dan mandat.
Ikon simbolik seperti keris diangkat tinggi bagi kepentingan bangsa dan inilah propaganda untuk persembahan bahawa semangat ini akan di juang walau apa pun berlaku.
Dalam mencari satu titik temu perpaduan Melayu, Najib dan perwakilan dihidangkan dengan idea ancaman baru dan lama. Bagi menerjah saraf pemikiran bangsa Melayu ini, penambahbaik struktur jalan cerita 13 Mei 1969 diperkukuh dari sudut penceritaan kembali atau flashback. Kenangan silam yang penuh kegagalan ini terus dimomokkan.
*Wira Andika Abd Halim bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Pejabat Parlimen Kluang (DAP).

No comments:
Post a Comment