Pakatan kemuka Kabinet bayangan tahun depan
Pembangkang yakin dengan barisan kepimpinan mereka yang berkualiti untuk mentadbir negara jika berjaya memenangi PRU akan datang.
PETALING JAYA : Pakatan Harapan (PH) akan mengemukakan Kabinet bayangannya kepada rakyat dalam masa terdekat, kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Menurut beliau, Kabinet bayangan itu akan diumumkan awal tahun depan.
“Saya yakin dan percaya pimpinan PH yang ada pada hari ini apatah lagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama. Kita punyai barisan kepimpinan yang pada bila-bila masa boleh ditonjolkan sebagai kepimpinan negara.
“Kita tidak ketandusan kepimpinan berkualiti yang diperlukan negara,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Beliau berkata demikian susulan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Md Salleh Said Keruak yang menyatakan PH perlu terlebih dahulu menunjukkan kepada rakyat Kabinet bayangan mereka sebelum berfikir untuk membentuk kerajaan.
Dalam blognya semalam, Salleh mempersoalkan bagaimana pembangkang mampu merancang terhadap “perkara lebih besar” jika ia tidak mampu membentuk Kabinet bayangan yang mudah, standard dalam sistem kerajaan Westminster.
Dalam pada itu, Ketua Setiausaha PH Datuk Saifuddin Abdullah berkata walaupun dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan 2013, Pakatan Rakyat tidak menamakan secara rasmi Kabinet bayangan atau calon perdana menteri, tetapi rakyat memahaminya.
“Kenyataan Salleh hanyalah umpan supaya orang mengalih pandangan daripada Kabinet yang ada…paling teruk dalam sejarah Malaysia,” katanya.
Jangan dilayan anak kruak tu, jika diberitahu kabinet bayangan tentu akan diapi-apikan sesama sekutu pakatan dan jika tidak diberitahu pula dia dan rakan-rakan lanunnya akan terus menyalak. Jadi adalah lebih baik dibiarkan dia terus menyalak!
ReplyDelete