Saturday, December 24, 2016

Kerana dadah, ibu jadi korban

Hutang RM30,000 punca bunuh
Oleh TOREK SULONG
Rahman menunjukkan tempat mayat Rohani ditemui mati di Kampung Kuala Gris, Dabong Isnin lalu.

BACHOK – Hutang dadah sebanyak RM30,000 disyaki menjadi punca wanita warga emas ditemui mati dalam keadaan mulut, kaki dan tangan diikat selepas dirompak di Kampung Kuala Gris, Dabong, Kuala Krai dekat sini Isnin lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Ab. Rahman Ismail berkata, perkara tersebut terbongkar selepas dua lelaki termasuk salah seorang suspek melibatkan anak tunggal Rohani Musa, 60, ditangkap pada Selasa dan Rabu lalu.

“Selepas menahan anak tunggal Rohani iaitu penganggur berusia 35 tahun, polis kemudian menangkap pula rakannya yang berusia 25 tahun.

“Anak Rohani ditahan di rumahnya manakala suspek kedua diberkas di sebuah kedai kopi di Kuala Krai,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam.

Menurut beliau, siasatan ke atas ke­dua-dua suspek itu mendedahkan Rohani menjadi mangsa rompak dan pembunuhan selepas anaknya didakwa berhutang RM30,000 dengan dua lelaki yang disyaki pengedar dadah.

No comments:

Post a Comment