Sunday, December 18, 2016

Sikap Talam Dua Muka: Bolehkah Najib selamat dengan dasar luarnya?

SUNDAY, 18 DECEMBER 2016

BOLEHKAN NAJIB SELAMAT DENGAN DASAR LUAR TALAM DUA MUKA

Pertanyaan  PM Malaysia Datuk Seri Najib " Kita buat baik dengan China apa salahnya? dan jawapannya sendiri adalah realiti " China akan jadi the biggest economy by 2040 dan mereka adalah sebahagian Asia."

Ini adalah  suatu kenyataan yang berani memandangkan pimpinan baru  AS  Donald Trump  mahu menjalinkan kerjasama rapat dengan Russia adalah untuk bersama menghadapi ancaman ini yang semakin meningkat.

Memandangkan Najib sebagai Ketua ASEAN maka kenyataannya itu mungkin dianggap sebagai ugutan terhadap AS atas sikap permusuhan Trump terhadap dunia ketiga.

Barat selama ini melihat Malaysia dan Singapura  sebagai rakan perkongsian setia dalam membantu dasar luarnya terutama dalam stratitji dan operasi membantu dasar globalisasinya yang melihat  extremisme Islam sebagai halangan utama.Malaysia adalah bersama dengan beberapa negara Islam lain di Timur Tengah dalam hal ini.

Mungkin sumbangan  RM 2.6 Billion boleh juga di lihat bagi mempastikan penerusan sokongan Malaysia.

Malaysia (Malaya) dan Singapura telahpun memberikan sumbangan yang sangat besar kepada Kuasa Barat dalam mematahkan gerakan komunisme di Asia ketika perang dingin (Blog Barat dan Blog Timur).

Ketakutan orang Melayu terhadap penduduk  China di Malaya di zaman penjajah telah di exploitasi sepenuhnya bagi  meyakinkan mereka bahawa komunisme akan berakhir dengan penjajahan China. Malaysia juga  membantu mematahkan kebangkitan  PKI (Parti Komunis Indonesia ) dalam masa kofrantasi Indonesia.

Pemimpin PKM(Parti Komunis Malaya)  Chin Ping  juga tidak senang dengan konfrantasi  Indonesia yang di dalangkan oleh PKI(Parti Komunis Indonesia) kerana sekiranya berjaya akan memperkecilkan kedudukan  PKM di Malaysia yang dikuasai oleh PKI di bawah pimpinan Melayu.(Lihat buku Parti Komunis Malaysia yang ditulis oleh bekas seorang pegawai Polis Malaysia).

Walaupun Malaysia merupakan negara Asia yang pertama mengadakan hubungan deplomatik dengan China tetapi ini tidak merubah dasar anti Komunisnya.

Bagaimanapun perubahan  geopolitics  setelah runtuhnya komunisme dunia telah menukarkan AS menjadi new imperialsime yang kejam atas nama demokrasi dengan membunuh pemimpin-pemimpin besar Islam yang menjadi ancaman kepadanya(Yahudi) disamping melagakan orang Islam untuk berbunuhan sesama sendiri di beberapa negara Islam yang kuat ekonominya dengan menggunakan senjata Barat. 

Disamping gerakan  menghancurkan negara-negara Islam terus berjalan, AS dengan kerjasama Russia akan mengadap secara serious terhadap  ancaman ekonomi dan keselamatan yang didatangkan oleh China.Sudah ada persafahaman Russia Amerika dalam hal ini.

Pada hakikatnya China tidak menceroboh  dan membunuh orang Islam di mana-mana negara Islam tetapi yang membunuh dan menjadikan orang Islam sebagai   nyawa binatang adalah Amerika  Syarikat.Pergilah melawat muzium perang di Ho Chin Mi untuk melihat kekejaman AS yang lebih dahulu dilakukan terhadap bangsa Asia

Apabila Dr.Mahathir berundur dari pemerentahan Malaysia, seorang deplomat Amerika  memberitahu seorang Menteri Luar Malaysia(rakan saya) " Kami senang  dia sudah tidak ada lagi di sana"

Sejauh manakah keberanian Najib dalam kerjasama ekonomi dan keselamatan dengan China? Adakah beliau akan dapat mengimbangi  dengan bebas dasar berbaik-baik dengan dua kuasa besar ekonomi apabila persaingan antara mereka semakin meruncing?.

Kata Najib "China ada satu falsafah,kita meminum dari telaga jangan lupa penggali telaga itu.Jasa budi setia setia,kenang budi itu".

Kita juga tidak boleh melupakan dengan memeluk dasar kapitalisme Amerika,dasar Pasaran Bebas Barat maka kita berada dalam keadaan ekonomi pasaran yang lebih maju mendahului negara- negara Asia lainnya.

Bolehkah Najib lari dari mulut naga dan buaya dalam keadaan beliau menghadapi ancaman politik dan ekonomi yang besar dalam negara dan tekanan
media Amerika  yang mempunyai pengaruh kuat ke atas White House?.

Tidakah derma RM2.6Billion ada kaitan dengan pengendalian  dasar luar negara Malaysia dengan AS  seperti juga projek RM46 Billion kepada China untuk pembinaan landasan Keretapi ke Pantai Timur

Posted by zainudin maidin at 18:04 

No comments:

Post a Comment