Monday, December 19, 2016

Yang mana satu nak pakai ni? Bolehkah Rakyat Kelantan maafkan kebodohan dia ni?

Atau dia sengaja nak sabo Amanah?
Oh budak......benarkah kau seorang doktor tapi fikiran kau sesingkat itu?
Kemudian ada pula pembela yang menyalahkan orang lain!

Amanah Akan Pecat Dr. Faiz Dengan Segera
December 19, 2016 by Suara Kebenaran
Jurucakap parti Amanah sebentar tadi mengesahkan bahawa parti itu akan memecat ahlinya yang menggunakan nama akaun Facebook “Mohd Faiz” dengan serta merta jika siasatan mendapati dia – yang juga didakwa seorang doktor bertugas di Hospital Klang, adalah ahli parti itu.

Sekiranya permohonan keahlian orang ini sedang diproses, ia juga akan dibatalkan.

Amanah katanya lagi, tidak memerlukan ahli parti yang tidak beretika kerana Amanah telah berjanji untuk menjunjung perlembagaan sedia ada, termasuk dalam hal membabitkan YDPA dan kedaulatan raja-raja Melayu.

Dalam masa yang sama, Amanah meminta rakyat tidak mudah terpengaruh dengan orang perseorangan yang memakai baju atau menggunakan logo parti tersebut dalam akaun media sosial mereka.  Tidak semestinya kalau mereka memakai baju dengan logo Amanah, itu adalah ahli Amanah.

Untuk menjadi ahli Amanah, mereka perlulah mengisi borang dan mendapatkan kad keahlian.  Tanpa kesemua pengenalan tersebut, sesiapa pun tidak layak menjadi ahli Amanah.

Lebih lagi dalam hal ini, Dr. Faiz yang dikatakan itu adalah juga kakitangan awam kerajaan persekutuan, dimana kerajaan persekutuan yang membayar gajinya.  Ada kemungkinan dia sengaja bergambar di sebelah logo Amanah untuk memburukkan parti tersebut.

Tapi kalau memakai baju BN/UMNO atau bergambar di sebelah logo parti itu, maka ia adalah betul-betul ahli BN/UMNO, tak perlu membuang masa membuktikan.

MONDAY, DECEMBER 19, 2016
DR MOHD FAIZ B. YUSOF ADALAH ADIK KAMI DALAM AMANAH DAN KAMI SEDIA UNTUK TERUS MEMBIMBINGNYA KAPAN SAHAJA DIA TERSILAP ATAU TERKHILAF.
Dr Mohd Faiz pada malam 18 Disember setelah dia diambil dari rumahnya oleh pasukan Polis dan seterusnya dibawa ke Balai Polis untuk tujuan soal siasat.

Sebenarnya, saya mengikuti rapat perkembangan kes ini kerana saya percaya Dr Faiz menjadi mangsa akibat kesilapannya yang kecil hanya kerana dia dikaitkan dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang dimusuhi oleh 2 kelompok parti terbesar mewakili orang Melayu. Sementara dua kelompok ini, hanya terus relevan jika berjaya memainkan sentimen 3R : Royal, Race & Religion. Jangan pernah lupa, strategi Pecah dan Perintah Regim itu nyawanya adalah terletak pada jantung 3R.

Saya tidak menyiarkan gambar dan progress mengenai semua yang berkaitan memandangkan saya jelas bahawa serangan berlebihan ke atas Dr Faiz adalah dilebarkan sama oleh cyber troopers upahan. Kelompok ini berperanan memainkan sentimen emosi meluap-luap melalui kaedah hasutan viral dengan ulasan-ulasan berniat jahat. Sasaran mereka sebenar bukan untuk menjatuhkan Dr Faiz tetapi adalah untuk mempotrait hodohkan Amanah.

Tidak dinafikan mereka berjaya mempotrait hodohkan "critical thinking" Dr Faiz yang melanggar konvensi yakni kelaziman massa dan semasa. Tetapi percubaan mengaitkan kesilapan Faiz yang bersifat peribadi, untuk menjadi kesalahan organisasi parti adalah ternyata satu percubaan murahan yang bersifat sangat tidak "gentleman". Rakyat boleh menilai.

Amanah tidak pernah setuju dengan apa sahaja tindakan berlebihan khususnya daripada individu ahli. Amanah juga bukan parti yang membuat keputusan dan pendirian secara individu tanpa konsensus berjamaah yakni berpasukan di peringkat kepimpinan, sekalipun ia pendirian Presiden parti. Tetap pandangan dan cadangan itu memerlukan konsensus di peringkat kepimpinan tertinggi.

Benar, Dr Faiz agak tergelincir. Malahan meletakkan dirinya sendiri dalam bahaya. Bagi yang bertujuan jahat akan sekaligus cuba utk mengheret sama semua yang berkaitan dengan Faiz untuk dihukum bersalah. Itu lumrah dunia. Yang wewenangan melakukannya itu mereka tidak akan terlepas daripada perhatian dan hisaban Allah, paling tidak di akhirat! Mereka yang beriman dengan Hari Pembalasan, saya yakin akan mudah mengerti sekaligus melihat ini satu perbicaraan yang lebih tuntas.

Walau bagaimanapun, Faiz tetap adik-adik kami dalam Amanah yang baru bertatih dalam kehidupan bernegara. Amanah wujud sebagai Generasi Kedua Gerakan Islam yang antaranya bertujuan membimbing dan membina generasi muda ke arah kehidupan bernegara dan peka kepada isu-isu rakyat. Faiz adalah antara generasi muda terpelajar, berakal sihat tetapi masih perlukan bimbingan.

In shaa Allah, Faiz adik kami dalam perjuangan dan kebangkitan. Iyya, dia sedikit terkhilaf. Tetapi kami dalam Amanah bersedia untuk terus membimbingnya menjadi rakyat yang bertanggungjawab bukan sahaja kepada diri, keluarga malahan kepada masyarakat dan negara. Semua orang ada kelemahan dan kekurangan. Setiap mereka berhak mendapat nasihat dan bimbingan berterusan daripada kita semua.

Kelmarin, Dr Faiz telah dibawa seawal pagi lagi ke Mahkamah Majistret Klang untuk permohonan reman. Faiz direman 3 hari mulai kelmarin untuk tujuan Soal Siasat di bawah Akta SKMM. Dr Faiz sudah pun memberi kerjasama yang sangat baik kepada penyiasatan dan mudah-mudahan ia berakhir dalam keadaan yang baik. Mudah2an juga insiden ini menjadi pengajaran yang sangat berharga khusus untuk dirinya dan kelompok massa di luar sana.

Saya yakin dan percaya kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (SPBYDPA), isu ini adalah sangat kecil untuk baginda yang sudahpun melihat Kebesaran Sifat Rahman dan Rahim Tuhannya, Allah ..Tuhan kita semua.

Hendaknya, tiadalah pula yang terus berperanan untuk menjadi si Kitol.

Semoga SPBYDPA terus bersemayam dalam kebesaran dengan bimbingan Hidayah dan Kasih Sayang Allah jua. Allah SWT berfirman:

 يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اصْبِرُوْا وَصَابِرُوْا وَرَابِطُوْا ۙ وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ 

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (QS. Ali 'Imran: Ayat 200) 

Allahu Akbar, Tuanku!
#BebaskanFaiz
#MaafkanFaiz

AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
19 Disember 2016, 08:35
- sumber

2 comments:

  1. hidup kat negara ni kena tau la sikit sikit apa yang tak boleh lain kali tanya dulu orang yang lebih dulu hidup kat tm ni apa pantang larang yang
    maseh terpakai

    ReplyDelete
  2. dr faiz ni dulu org kuat perkasa..pastu keluar perkasa krn x tahan dgn sikap ibrahim ali yg x boleh di tegur..
    skrg dia bersama parti madey,PPBM..
    ada jawatan gak rasanya mamat tu dlm PPBM..
    x tau apa motif dia buat caption bahalol berlatar belakang AMANAH..
    igtkan title doktor,cerdik la..
    bangang jgk yg muncul..

    ReplyDelete