Saturday, December 17, 2016

Latar Belakang: Kenapa Rohingya asyik bermandi darah

KENALI LATARBELAKANG KENAPA ROHINGYA ASYIK BERMANDI DARAH
Abu Syifa on Thursday, November 24
1. Ramai orang forward dalam group wassap kisah pelarian Rohingya kemudian menekan dan menyalahkan kerajaan Malaysia dan Indonesia kerana kurang membantu dan tidak memberi tekanan kepada Mynmar. 

2. Namun, tidak ramai tahu bahawa sejarah penderitaan, kekejaman dan kesengsaraan orang Rohingya bermula beratus-ratus tahun dahulu. Pembunuhan beramai-ramai oleh Raja Arakan ke atas Putera Suja Moghul dan seluruh keluarganya pada tahun 1661. Di sinilah bermulanya trend penghijrahan di rantau Arakan-Chittagong.

3. Kemudian, bapa saudara Suja membalas dendam dan berjaya menawan Chittagong. Wilayah Arakan juga ditawan menyebabkan Arakan kehilangan sumber pendapatan daripada perlanunan dan perhambaan.

4. Peperangan besar di antara pemerintah Mynamar dengan Kerajaan Arakan berlaku sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1044, 1406 dan 1784. Peperangan tahun 1784 paling sadis dimana tentera Mynmar melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk Arakan iaitu Orang Rohingya(Muslim), Chandra (Hindu) dan Orang Rakhine. Semua dimusnahkan termasuk masjid, kuil, perpustakaan di Raja dan tempat-tempat suci mereka.

5. Orang-orang Rohingya dan Rakhine terpaksa lari menyelamatkan diri ke Selatan Chittagong (ketika itu sudah menjadi jajahan Inggeris).

6. Apabila berlaku Perang Burma-British (1824), Burma tewas dan British membawa masuk semula orang-orang Rohingya, Rekhanie dan lain-lain kembali semula ke wilayah Arakan di Mynmar.

7. Pada tahun 1930-1938, penjajah British iktiraf Rohingya sebagai Org India-Muslim.

8. Pada tahun 1942, apabila Jepun menduduki Mynmar sekali lagi orang Rohingya diusir dan orang-orang Mynmar membalas dendam dengan membunuh lebih 100,000 orang Islam Rohingya (dikenali sebagai peristiwa Karbalai Arakan).

9. Pada tahun 1948 Mynmar mencapai kemerdekaan, Aung San cuba menyatupadukan rakyat Burma termasuk orang Rohingya, malangnya Aung San dibunuh.

10. Pada tahun 1960, Mahkamah Agung Burma memberi arahan untuk mengusir orang Rohingya dari wilayah Mynmar kembali semula ke Bangladesh (Chittagong).

11. Pada tahun 1978, United Nation (UN) memberi kad pengenalan NRC kepada orang Rohingya, malangnya pihak berkuasa Mynmar memusnahkan kad-kad itu dan menghalau mereka ke Chittagong semula tanpa kad NRC di tangan mereka. Maka status mereka kembali menjadi kabur.

12. Pada tahun 1982, kerajaan Mynmar membuat keputusan nenek moyang orang Mynmar yang menetap di Mynmar sebelum tahun 1826 adalah orang asing. Maka status orang Rohingya adalah orang asing di negara Mynmar.

13. Pada tahun 1990-92, sebanyak 268,000 orang Rohingya dihantar pulang ke Bangladesh. Mereka menetap semula di wilayah Chittagong Hill yang dikawal tentera Bangladesh. 

14. Hari ini, kerajaan Bangladesh tidak lagi mahu menerima Org Rohingya, kerajaan Burma pula mahu mengusir mereka keluar dari Arakan.

Kesimpulan
1. Sejarah penindasan dan pergolakan orang Rohingya berpunca daripada perebutan kuasa dan wilayah kerana isu-isu perebutan kuasa, kaum dan agama. Mereka adalah masyarakat yang tidak ada negara, tidak ada dokumen negara tetapi sejarah membuktikan mereka berasal dari wilayah Bangladesh yang melarikan diri ke Arakan, Burma akibat peperangan.

2. Negara-negara Islam seperti Malaysia dan Indonesia telah melakukan banyak usaha diplomatik, malah Perdana Menteri DS Najib telah membangkitkan isu ini di persidangan ASEAN dahulu.

3. Ianya masih tidak mencukupi, usaha ini perlu dibuat lagi melalui OIC, EU dan UN untuk menekan kerajaan Mynmar dan Bangladesh supaya menerima kehadiran orang Rohingya sama ada di Chittagong Hills atau di Arakan, Burma.

4. Bantuan kemanusiaan dari negara-negara lain termasuk Malaysia boleh digerakkan.

5. Nampaknya, selepas menang besar dan berkuasa, Aung San Suu Kyi mendiamkan diri. Barangkali Suu Kyi tidak mahu mengulangi kejadian yang menimpa ayahnya.

Oleh Abu Syifa Pada 4:14 PM

No comments:

Post a Comment