Saturday, December 10, 2016

Kejadian ini pelik.......apa pendapat korang?

Tolong aku, aku dok rok
RAHAYU MUSTAFA - 9 DISEMBER 2016
Pohon rengas, lokasi Muhamad Anuar ditemui

KUALA TERENGGANU - “Dang (Hamdan)…tolong aku, aku dok rok (tidak larat) doh,” itu ayat pertama yang keluar dari mulut Muhamad Anuar Elias, 34, selepas ditemui oleh rakan karibnya, Hamdan Mat Daud, 38, setelah 13 hari hilang tanpa kesan.

Muhamad Anuar yang dilaporkan hilang pada 26 November lalu dijumpai selamat kira-kira jam 7.40 malam semalam di celah akar pokok rengas di Kampung Losong Datuk Amar pada jarak 150 meter dari bangsalnya iaitu lokasi kali terakhir dia berada sebelum hilang.

Ketika ditemui, dia yang memakai baju dan seluar hitam, pakaian sama dipakai sebelum hilang berada dalam keadaan lemah, tidak bermaya, kebingunan selain luka pada tangan, kaki dan badan.

Menceritakan kembali detik sahabat baiknya ditemui, Hamdan berkata, dia sedang menjala udang bersama seorang rakan di tepi sungai Losong, tidak jauh dari tempat Muhamad Anuar hilang sebelum kawannya meminta izin untuk pulang terlebih dahulu.

“Lepas itu, saya dengar orang panggil nama saya, minta tolong..jauh, sayup-sayup kedengaran. Saya ingat khayalan jer, tapi saya ikut juga arah suara itu.

“Bila sampai di bawah pokok rengas, saya terkejut tengok Nuar (Anuar)..betul ke Nuar sebab dia kurus sangat, jauh beza dengan dia sebelum ini. Ketika itu dia cuba merangkak untuk keluar dari situ,” katanya ketika ditemui di Losong, di sini semalam.

Jarak antara tempat Hamdan menjala udang dengan lokasi Muhamad Anuar ditemui dianggarkan 200 meter.

1 comment:

  1. Memang pelik kisah itu, dengan jarak sejauh 200 meter serta dalam keadaan tidak larat pula, suaranya masih boleh didengari. Walau apa pun, eloklah tuan punya diri menerangkan apakah yang sebenarnya telah terjadi.

    ReplyDelete