Friday, December 9, 2016

Desak Syed Danial jelaskan kenapa halang Mahathir hadir upacara sumpah Agong?

Date: December 07, 2016
- amanahdaily
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Dato’ Seri Syed Danial didesak menjelaskan kepada 32 juta rakyat negara ini, mengapa jemputan keatas Tun Dr Mahathir Mohamad dibatalkan untuk menghadiri upacara melafaz dan menandatangani surat sumpah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung XV yang akan berlangsung pada 13 Disember ini.

Bekas Timbalan Umno Bahagian Batu Kawan, Dato’ Seri Khairuddin Abu Hassan mempersoalkan tindakan Syed Danial membatalkan jemputan berkenaan atas alasan tiada kerusi disediakan.

“Siapa yang arahkan pembatalan tersebut? Adakah arahan pembatalan dari kerajaan atau istana negara?” Soal beliau dalam satu kenyataan kepada media.

Jelasnya, Tun Dr Mahathir adalah tokoh negarawan yang banyak berjasa pada bangsa, agama serta tanahair. Adalah sangat tidak wajar beliau dinafikan kehadirannya ke majlis berkenaan.

Walaupun Tun Mahathir bukan lagi penyokong kerajaan tetapi beliau adalah warganegara Malaysia yang sah dan mantan Perdana Menteri paling lama di negara ini yang menjawat jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun, tegas beliau.

Khairuddin mengingatkan pihak istana harus berkecuali dari politik dan mengamalkan konsep Raja Berperlembagaan dan institusi raja-raja juga tidak harus terbabit dengan kancah politik kepartaian.

“Saya sebagai rakyat negara Malaysia yang sah ingin menanya Syed Danial kenapa perkara ini berlaku?

“Sepatutnya semua tokoh-tokoh pemimpin tak kira yang pro kerajaan atau pun tidak tetapi sebagai rakyat Malaysia yang pernah menabur bakti kepada negara mesti dijemput hadir.

“Baru nampak sikap berkecuali istana dari politik serta kelihatan amat professional,” tegas penyokong kuat Tun Mahathir itu.

Semalam, surat yang ditanda tangani Syed Danial membatalkan jemputan terhadap Tun Mahathir daripada menghadiri upacara melafaz dan menandatangani surat sumpah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XV menjadi viral di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat.

1 comment:

  1. Alasan x ada kerusi d8sediakan..budak sekolah pun boleh ketawa....wlu pun sya x berapa sgt nk sokong BN dln beberapa perkara tapi sya tetap hormat Tun M dari dulu hingga skrg...bangga punye PM spt dia...klu keluar negara sebut je dari Msia...pasti dia org sebut Mahathir....x pernah sekali pun org sebut Nxxxx..sejak dia perintah....

    ReplyDelete