Tak mungkin DAP boleh ancam Melayu, kata penganalisis
Prof Madya Dr Awang Azman Pawi berkata Melayu dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan parti pembangkang akan memastikan berlakunya semak dan imbang.
PETALING JAYA: Penganalisis politik, Prof Madya Dr Awang Azman Pawi mendakwa “mengarut” untuk memikirkan yang DAP akan mengancam kedudukan orang Melayu di negara ini.
Profesor dari Universiti Malaya itu berkata setiap warganegara termasuk ahli politik perlu mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan orang Melayu dilindungi undang-undang itu.
Beliau berkata pada masa ini DAP juga mempunyai beberapa wakil rakyat berbangsa Melayu, dan kemungkinan besar wakil itu tidak akan membenarkan kedudukan orang Melayu akan terjejas.
Katanya, meskipun DAP masih mahu menukar kedudukan orang Melayu, parti pembangkang lain tidak akan mungkin membenarkannya.
“Parti pembangkang lain seperti PKR, PAS dan Amanah, ada ramai ahli Melayu, mereka akan mengekalkan semak dan imbang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno 2016 yang DAP akan menghapuskan hak Bumiputera dan institusi khusus untuk orang Melayu, jika parti itu berkuasa.
Mengulas kenyataan itu, wakil rakyat DAP dari Pulau Pinang, Zairil Khir Johari mencabar mereka yang skeptikal terhadap DAP untuk melihat apa yang berlaku di negeri itu di bawah pemerintahan DAP.
“Beritahu kami institusi Melayu yang mana dipecahkan dan hak Melayu yang mana dimansuhkan.
“Selain program kebajikan untuk orang Melayu, kerajaan negeri Pulau Pinang beri tanah bernilai jutaan ringgit untuk membina kompleks mahkamah dan mendapatkan tanah milik bukan Melayu bagi tujuan meluaskan kawasan perkuburan orang Melayu.
“Sudah jelas orang Melayu dan Islam dilindungi di bawah kerajaan kami,” katanya.
Zairil berkata kenyataan Najib itu hanya tindakan orang “terdesak”.
“Dengan reputasi dan kredibiliti dia yang sudah hilang, ini saja cara untuk kekal berkuasa dengan menakut-nakutkan Melayu supaya takut dengan DAP,” katanya.
Sementara itu, Syerleena Abdul Rashid daripada DAP berkata 2016 sudah hampir berakhir dan rakyat Malaysia masih ditekan pelbagai isu termasuk ekonomi, kejatuhan nilai ringgi dan pengangguran serta kos sara hidup yang tinggi.
“Isu seperti ini yang sepatutnya dibawa dalam PAU tetapi tidak, dan ia membuktikan Umno terpisah daripada realiti dan tidak berminat membantu rakyat Malaysia,” katanya.
Budak tu ; apa lagi yang tak di buat
ReplyDeleteSudah ngentot TUYA tak nak bayar pulak
Di kabooommmmmmm nya
Kasihan anak anak TUYA kat kampong
Kerja nya menipu saja , Melayu pun BODOH sanggup terima SAPUMAN
Masok KUBOR tau lah langit tinggi rendah