Monday, March 26, 2018

Pas sendiri tidak yakin keupayaan Abdul Hadi walaupun dia masih "muda dan sihat"?

SUNDAY, MARCH 25, 2018
USAH BANGKANG SAJA, BAWALAH ALTERNATIF
Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. BN akan kekalkan Najib sebagai PM. Tiada sebarang isyarat akan berlaku pertukaran jika BN berkuasa lagi. Itu hak BN. 

2. PH sudah menamakan Tun M bakal PM. Selepas Tun M, Anwar Ibrahim. Keputusan ini adalah konsensus PH. Ini hak PH. 

3. Orang Pas tak setuju Tun M sebab faktor usia dan banyak faktor lain. Orang Pas boleh guna senarai pensyarah "mike" itu sebagai justifikasi. Itu hak orang Pas. 

4. Biasanya, jika kita tidak bersetuju dgn sesuatu perkara, kita akan kemukakan alternatif. Bangkangan tanpa alternatif tiada nilai "akademik". Ceewaah...!

5. Misalnya, apabila tak setuju dgn Pas, alternatifnya Amanah. Tak setuju dgn Umno, alternatifnya PPBM. Tak setuju dgn BN, alternatifnya PH. 

6. Tak setuju dgn Tun M, siapa alternatifnya? Muhyiddin, Mat Sabu, Wan Azizah dan LKS setuju dgn Tun M. Mereka bukan alternatif lagi. 

7. Alternatif utama yg ada ialah Abdul Hadi. Tapi soalnya, mengapa GS tidak umumkan secara rasmi Abdul Hadi sebagai bakal PM? 

8. Selepas itu, mana-mana pihak boleh sepentaskan mereka bertiga; Najib, Tun M dan Abdul Hadi. Orang ramai mahu dengar buah fikiran mereka. 

9. Saya minta betul-betul, GS atau Pas sendiri isytiharkan kpd umum, Abdul Hadi adalah bakal PM drpd GS. 

10. Hal ini penting sebab kita tidak ada pilihanraya presiden spt Amerika atau Indonesia. 

11. Justeru, pengumuman bakal PM membantu orang ramai tahu siapa bakal PM mereka dlm kerangka politik westminster amalan negara kita. 

12. Tapi Pas tak berani, kenapa? Atau pun Pas sendiri tidak yakin keupayaan Abdul Hadi walaupun dia masih "muda dan sihat". 

13. Atau pun tokoh lain; TITM, Idris Ahmad, Nik Amar atau Iskandar. Khalil dan Nik Abduh pun apa salahnya? 

14. Ok Pas, umumkan calon PM parti kamu, kemudian kita fikirkan tarikh sesuai utk sepentaskan semua calon PM itu. 

15. Tapi kalau orang Pas jawab, hak kamilah tak mahu tentukan calon PM. Jawapan ini membuatkan ramai orang boleh "ter...".

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 4:39 pm 

3 comments:

  1. Tapi kalau orang Pas jawab, hak kamilah tak mahu tentukan calon PM. Jawapan ini membuatkan ramai orang boleh "ter...".

    Ter..... tu ter apa?
    Bukan terkincit atau terkencing atau terkucil ke?

    ReplyDelete
  2. Xde yg layak dlm PAS.

    ReplyDelete
  3. After checking out a few of the articles on your website, I really
    like your way of blogging. I bookmarked it to my
    bookmark site list and will be checking back soon. Please check out my web site too and let me know your opinion.

    ReplyDelete