Wednesday, March 28, 2018

Memalukan: Kedudukan Malaysia di kelayakan Piala Asia

Kelayakan Piala Asia: Malaysia akhiri saingan di tangga tercorot
Astro Arena |  Diterbitkan pada Mac 28, 2018 05:22 MYT
Selepas enam perlawanan, Malaysia menamatkan saingan Kumpulan B di tangga tercorot dengan satu mata, Lubnan muncul juara kumpulan dengan 14 mata. - Gambar fail

MALAYSIA mengakhiri saingan Kumpulan B kelayakan Piala Asia 2019 di tangga tercorot selepas tewas 2-1 kepada Lubnan di Stadium Camille Chamoun Sports City, malam tadi.

Seri 2-2 dengan Mongolia dalam aksi persahabatan 'A' di Stadium Nasional Bukit Jalil minggu lalu, menyaksikan Harimau Malaya dikritik kerana gagal meraih kemenangan berdepan pemain yang bertaraf semi profesional hingga memaksa pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe melepaskan khidmat 14 pemain Johor Darul Ta'zim (JDT).

Lubnan mendahului perlawanan seawal minit ke-19 di Beirut, Hassan Maatouk menjaringkan gol menerusi sepakan penalti menewaskan penjaga gol, Hafizul Khairul Nizam Jothy.

Walaupun menyedari perlawanan ini sekadar pelengkap jadual saingan kelayakan, Malaysia tetap berusaha melancarkan serangan ke arah kubu pertahanan Lubnan bagi mencari gol penyamaan, namun usaha mereka tidak membuahkan hasil hingga tamat separuh masa.

Selepas menyerap asakan demi asakan Lubnan sejak perlawanan bersambung dalam babak kedua, Malaysia akhirnya menemui jaringan penyamaan selepas Syafiq Ahmad menanduk masuk hantaran Nazmi Faiz pada minit ke-72.

Gol penyamaan tersebut meningkatkan semangat Malaysia untuk memastikan mereka menamatkan perlawanan ini dengan satu mata tetapi Lubnan mahu memastikan tiga mata diraih melakukan serangan bertali arus.

Hilal El-Helwe muncul wira tuan rumah apabila menyumbat masuk gol pada minit ke-94 selepas Malaysia gagal mengeluarkan bola daripada kotak penalti.

Selepas enam perlawanan, Malaysia menamatkan saingan Kumpulan B di tangga tercorot dengan satu mata, Lubnan muncul juara kumpulan dengan 14 mata diikuti Korea Utara dengan 11 mata. Hong Kong di tangga ketiga (5 mata).

4 comments:

  1. Kalo dah tau x bole pergi jauh, elok lepak d rumah je. Buang masa & duit je. Standard bolasepak maysia SKRG x da standard.




    ReplyDelete
  2. duk sibuk bola depa duk rembat berjuta juta
    syarat negara maju ikut acuan islam bukan bola
    tak penting sangat pun bola ni
    hnaya jadi ikutan negara kapir saja
    bnayak yang melalaikan

    ReplyDelete
  3. Bila bersaing di padang sama rata baru kita tahu kemampuan kita. Dlm pru umno/bn mempunyai pelbagai kelebihan, jd pembangkang bersaing di padang tak sama rata. Persaingan berat sebelah la

    ReplyDelete
  4. Sebahagian masalah ini disebabkan "politik" sudah masuk ke bidang sukan. Kes di Selangor bukti jelas. Kerana nak kotorkan wajah MB Azmin Ali, orang FAS korbankan maruah bola sepaknya. Elok kita halau sahaja semua penjahat itu.

    ReplyDelete