Monday, March 19, 2018

Mahfuz-Hashim Jasin: Siapa gebang lebih, siapa bohong?

Hanya empat ahli ikut Mahfuz
MOHD AZLIM ZAINURY  -  17 MAC 2018
Musyidul Am Pas, Hashim Jasin

MARANG - Hanya empat ahli Pas mengikut jejak Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang keluar Pas sejak malam tahun baharu lalu sehingga beliau menyertai Amanah pada Rabu.

Musyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, parti berkenaan tidak terjejas dengan tindakan Mahfuz itu, malah hanya kehilangan empat orang ahli Pas yang keluar parti iaitu ahli keluarga Mahfuz sendiri.

"Yang keluar Pas, dia, isteri dia, anak dia, menantu. Empat orang tu, tak dak (tiada) orang lain yang ikut Mahfuz apa, walaupun dia mendakwa banyak orang yang menyokong dia dulu akan ikut dia. Itu saya tunggu.

"Yang kedua, selepas pada itu (Mahfuz keluar Pas), lebih kurang dua minggu.. Saya dijemput pergi ke kawasan Pokok Sena, dekat kawasan (itu) ada satu majlis ceramah.

"Dalam majlis itu, 500 borang baharu daripada ahli baharu di Pokok Sena diserahkan pada saya. Keluar empat orang ahli baharu masuk 500 orang," katanya.

Beliau berkata semikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Marang di Rusila, hari ini.

Hashim berkata, namun, Pas tidak sesekali memusuhi Mahfuz walaupun dengan tindakannya terhadap parti malah tetap diterima dalam Pas sekiranya dia mahu kembali semula kepada Pas.

"Sehingga kini kita masih melayani lagi..Orang 'potong kepala', kita tidak rasa apa lagi...Itu sebabnya yang dok kata pasai apa Pas marah sangat kat Pan (Amanah) sebab mereka tak faham.

"Walau macam mana pun saya ulang, pintu (Pas sentiasa) terbuka," katanya.

Rabu lalu, Mahfuz mengumumkan keluar daripada Pas yang disertainya 34 tahun lalu, selepas gagal menjadi penghubung kepada kesepakatan Pas dan Pakatan Harapan.

Mahfuz yang sudah berusia 61 tahun itu, berkecimpung dalam Pas selama 34 tahun dan menjadi Ahli Parlimen Pokok Sena sejak tahun 2008 mewakili Pas.

Beliau pernah memenangi kerusi tersebut dalam Pilihan Raya Umum pada 1999 namun tewas di kerusi sama pada PRU 2004.

No comments:

Post a Comment