Thursday, March 1, 2018

Kapal Equanimity: Betul ler tu hak milik Jho Low tapi ada kita siasat dibeli duit dari mana? Dan Polis Indonesia sambung geledah kapal Jho Low

Kapal Equanimity bukan milik Malaysia, kata Apandi
TMI · Diterbitkan pada 1 Mar 2018 11:47AM
Pihak berkuasa Indonesia merampas kapal Equanimity semalam - Gambar AFP, 1 Mac, 2018

PUTRAJAYA tidak akan menuntut kapal layar mewah Equanimity milik Jho Low yang dirampas pihak berkuasa Indonesia, kata Mohamed Apandi Ali.

Apandi yang juga merupakan peguam negara itu berkata kerajaan tidak akan menuntut sesuatu yang bukan hak miliknya.

“Kenapa kerajaan mahu tuntut sesuatu yang bukan hak miliknya?” beliau dipetik sebagai berkata oleh portal berita Malaysiakini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan yang menyebut pihak berkuasa Indonesia telah merampas kapal layar mewah bernilai RM1 bilion yang didakwa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dibeli oleh Low menggunakan wang yang didakwa diseleweng daripada syarikat bermasalah 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Low, yang dikenali sebagai Jho Low, dinamakan oleh DoJ sebagai dalang utama yang menyeleweng berbilion dolar wang milik syarikat pelaburan itu.

Kapal yang berlabuh di perairan dekat pulau Bali itu, boleh memuatkan 26 penumpang dan 33 ahli krew. Ia turut memuatkan landasan helipkopter.

DoJ telah memulakan siasatan jenayah ke atas dakwaan penyalahgunaan dana daripada 1MDB dan pada September telah dibenarkan untuk menangguhkan saman sivil yang difailkannya sejak dua tahun lepas bagi merampas hartanah dan aset lain bernilai lebih AS$1 bilion (RM4.3 bilion).

Dalam kes saman sivil tersebut, jabatan berkenaan mendakwa, lebih AS$4.5 bilion dana milik 1MDB dipindahkan oleh pegawai tertinggi syarikat pelaburan tersebut bersama-sama rakan subahatnya pada 2009 hingga 2015.

Pada Jun, DoJ memfailkan lagi saman untuk merampas AS$540 juta aset, termasuk Equanimity dan hak filem Dumb and Dumber To, yang dihasilkan Red Gradnite, sebuah rumah produksi yang turut dimiliki anak tiri Najib, Rizi Aziz.

Bagaimanapun, ahli perniagaan dalam pelarian itu menuduh DoJ bertindak melampaui batas, selepas tindakan rampasan semalam.

Jurucakap ahli perniagaan dalam pelarian dan rakan subahat Perdana Menteri Najib Razak itu berkata walaupun prosiding rampasan aset dikekalkan, DoJ masih meneruskan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan itu yang turut disifatkannya sebagai “bermotifkan politik dan sangat cacat”.

“Jabatan Keadilan AS masih mengekalkan prosiding rampasan dalam kes ini dan sehingga kini masih belum membuktikan bahawa berlakunya penyelewengan,” jurucakap itu berkata dalam kenyataan semalam.

“Justeru ia amat mengecewakan apabila mereka masih meneruskan tindakan melampaui batas ini - yang mana bersandarkan dakwaan tidak berasas daripada melihat sendiri kecacatan dalam dakwaan yang bermotifkan politik ini.”

Walaupun siasatan telah dilancarkan di beberapa negara berhubung penyelewengan 1MDB, Putrajaya sehingga kini masih bertegas bahawa tidak ada wang yang hilang atau dicuri daripada syarikat berkenaan.

Pihak berkuasa Malaysia mengakui ada “kelemahan” dalam pentadbiran 1MDB dan tidak mendakwa mana-mana pihak berhubung jenayah terbabit.

Singapura adalah satu-satunya negara yang telah memenjarakan atau mengharamkan pengurus bank dan mereka yang bekerja dengan sektor kewangan yang terkait dengan 1MDB.

Pada Selasa, Pengerusi 1MDB dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Irwan Serigar berkata syarikat bermasalah itu akan ditutup selepas hutangnya habis dibayar. – 1 Mac, 2018.

* Negara lain pula yang banyak nak tolong hak rakyat Malaysia tapi malangnya pemimpin Malaysia buat tak reti jer dan ramai pula yang mengkis dan membela kumpulan penyamun ini

Polis Indonesia sambung geledah kapal Jho Low
mk      Hari ini, 1:17 pm
Polis Indonesia hari ini menyambung pemeriksaan dan penggeledahan terhadap kapal layar mewah milik ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low.

Ketua Polis Daerah Bali Irjen Petrus Golose berkata operasi itu bagi mendapatkan maklumat berkaitan dakwaan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan aset itu.

Bagaimanapun, katanya lagi, maklumat itu akan diserahkan kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS), untuk tindakan lanjut.

"Kemudian kita juga membantu menjaga kapal itu kerana nilai kapal itu amat besar, kita akan bantu proses itu kerana penyiasatan ini melibatkan dua negara,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Kapal bernama Equanimity bernilai AS$250 juta itu antara aset penting yang diburu Jabatan Keadilan (DOJ), AS selepas dikaitkan dengan pengubahan wang haram dalam sistem kewangan negaranya.

Semalam pihak berkuasa Indonesia merampas kapal di Bali. Seramai 34 orang anak kapal berada di situ tetapi tiada kelibat Jho Low.

Laporan itu mengatakan penyiasat dilihat membawa kira-kira sedozen beg bimbit dan beg hitam dari situ, tetapi tidak diketahui apa isinya.

Kapal yang didaftarkan di Kepulauan Cayman dilaporkan dibina khas untuk Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho pada tahun 2014.

Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho melalui jurucakap menyifatkan DOJ "keterlaluan" kerana bertindak di peringkat global tetapi “tidak melihat kembali dakwaan yang bermotifkan politik dan penuh kelemahan”.

No comments:

Post a Comment