Sunday, March 25, 2018

Isu 1MDB: Hoh.....bagi PAS, menjadi 'pasu bunga' tak bererti membela

1MDB: Berkecuali tak semestinya bela orang jahat, kata Hadi
mk  |  Dikemaskini 25 Mac 2018, 9:03 malam
Langkah PAS untuk mengambil pendirian berkecuali dalam isu 1MDB tidak bermaksud parti itu mempertahankan kejahatan, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata ia kerana parti itu tidak mahu menjatuhkan hukuman sebelum ia terbukti benar-benar melakukan kesalahan.

“Pas ambil pendirian untuk tidak mengamalkan budaya terus menghukum individu yang terlibat dengan dakwaan salah laku pengurusan 1MDB, jadi kita berkecuali dalam isu ini.

"Pendirian berkecuali ini bukan bermakna Pas membela orang yang jahat, tetapi kita mahu tuduhan itu dikendalikan seadilnya. Kita hendak orang yang dituduh dianggap tidak bersalah (sebelum dibuktikan)," katanya seperti dipetik Sinar Harian, hari ini.

Beliau juga menempelak sikap mereka yang terlalu cepat menjatuhkan hukuman terhadap pihak yang baru sahaja dituduh dan belum dibuktikan bersalah.

Februari lalu, Abdul Hadi dilaporkan berkata PAS pernah berjumpa sendiri dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk memberi teguran berkaitan isu itu, selain membangkitkannya di Parlimen.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendakwa sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion dana 1MDB diselewengkan dan mahu merampas aset bernilai AS$1.7 bilion yang diperolehi daripada syarikat itu dan dicuci melalui sistem kewangan negara itu.

Najib yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB bertegas menafikan sebarang salah laku.

Dua hari lalu, beliau juga berkata laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai perkara itu telah membersihkan namanya.

Menurut Sinar Harian lagi, Abdul Hadi turut berpesan agar rakyat tidak terus lupa kepada kesalahan pihak yang dituduh jika dia akhirnya dibuktikan bersalah.

“Islam ini kalau menghukum orang bukan menilai salah dia sahaja, tetapi mesti lihat kepada jasa-jasa dia, bila dia buat baik mesti diambil kira jasa dia," katanya ketika berucap di program Dialog Anak Muda Gagasan Sejahtera seperti dipetik.

10 comments:

  1. Adakah PAS lambat berfikir sedangkan sudah 8 negara menyenaraihitamkan 1MDB? Atau PAS memang lembam. yang bangang? Atau rakan sekutu PAS menyalurkan sedikit "derma" untuk membeli gam bagi menutup mulut? Hanya Allah swt yang mengetahuinya. Allah tahu adakah PAS tipu atau bercakap benar.

    ReplyDelete
  2. Sampai bila pun ahli2 PAS kena jual..

    ReplyDelete
  3. Apa punya lebai. Berdalih sokmo.The more he talks the more people know that he is an ularmak.

    ReplyDelete
  4. amboi...klau isu 1mdb isu najib, jgn cpat jauh hukum, tpi klau kena kat org lain habis jatuh kapir, jebon barua anjing...hahaha...hadi hadi...bila berkasih, kentut pun ko kata wangi, madey jilat ludah sendiri, yg ko abis buntut najib licin berkilat ko jilat...hahaha....errr aku cite pasal hadi ngan najib budak sekg aku...jgn plok ada yg terasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun nak kata sama. Ulama kah mcm ni?

      Delete
  5. Dalam isu 1MDB, apakah langkah yang PAS Hadi WANG ambil agar tuduhan itu "dikendalikan seadilnya"?. Dalam bab Madey pulak, adakah pas "melihat kepada jasa jasa beliau dan bukan melihat kepada salahnya sahaja.."?. Hoi Hadi Wang Putar Alam. Ko jawab la Sial!. Kah kah kah.

    ReplyDelete
  6. Baca ayat di bawah dan ingat balik ... adakah TGHH bertindak sama dengan ucapannya apabila bercakap mengenai Tun M, Kerajaan P Pinang dan lain2?

    “Islam ini kalau menghukum orang bukan menilai salah dia sahaja, tetapi mesti lihat kepada jasa-jasa dia, bila dia buat baik mesti diambil kira jasa dia,"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn jd mcm ustaz doa ahzab. Dia makan duit kerajaan 'ahzab' lepas tu doa kutuk kerajaan selangor. Begitu jg exco2 pas selangor. Wa kuntum tak maluuun

      Delete
  7. Mr presideng pas ni kaki jilat bontot najib no 1 masa kini... takbur kata walaun

    ReplyDelete