Saturday, March 24, 2018

Beginikah kononnya pilihanraya di Malaysia?

* Cer tanya dan jawapan ikhlas perkara ni masa Dr. M. Rasanya dia pun tahu dan mungkin dipraktikkan juga cuma bezanya ketara dan tidak sahaja

Najib akan ‘rampas’ PRU14, kata Pakatan kepada akhbar Australia
TMI · Diterbitkan pada 24 Mar 2018 10:19AM
Politikus pembangkang memberitahu The Australian bahawa bukan sahaja Perdana Menteri Najib Razak dituduh mencuri wang dari 1Malaysia Development Bhd, malah beliau juga akan “merampas” kawasan pilihan raya dalam PRU14. – Gambar fail The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 24 Mac, 2018

PAKATAN Harapan akan berdepan dengan saingan sengit dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berikutan laporan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan dibentangkan minggu hadapan.

Laporan itu dijangka memberi kelebihan buat Barisan Nasional (BN).

Politikus pembangkang memberitahu The Australian bahawa bukan sahaja Perdana Menteri Najib Razak dituduh mencuri wang dari 1Malaysia Development Bhd, malah beliau juga akan “merampas” kawasan pilihan raya dalam PRU14.

Mereka berkata, persempadanan semula akan meningkatkan ketidakseimbangan saiz wilayah yang mana ramai pengundi di kerusi milik pebangkang dan kerusi BN kekal kecil.

Ahli Parlimen itu turut berkata sempadan pilihan raya akan meningkatkan jurang perkauman dan agama, bila mana kerusi itu akan menjarakkan pengundi Melayu dan Cina.

Sementara itu, untuk kerusi marjinal, sempadan diubah untuk memasukkan pengundi yang memihak kepada kerajaan, termasuklah di kerusi Lembah Pantai yang kini disandang oleh naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Nurul Izzah memberitahu akhbar itu yang beliau risau dengan kewujudan pengundi pos dari ibu pejabat polis Bukit Aman yang dipindahkan ke kawasannya.

Katanya, Bukit Aman adalah tempat di mana ayahnya ketua umum PKR Anwar Ibrahim dibelasah oleh polis pada 1998.

Persempadanan semula itu dijangka menambahkan 6,000 pengundi polis di Lembah Pantai, kerusi yang dipertahankan beliau pada PRU13 dengan majoriti mudah 1,800.

Penganalisis Wong Chin Huat berkata, SPR juga dijangka meningkatkan jumlah pengundi pos daripada 272,000 kepada 600,000 dengan membenarkan kemasukan pekerja jabatan kesihatan dan hospital dan sukarelawan.

Rencana The Australian itu turut memetik kenyataan Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa pembelian undi yang ketara oleh BN.

Bekas perdana menteri itu berkata, parti pemerintah telahpun mengadakan pelbagai majlis yang menawarkan cabutan bertuah dan hadiah yang pelbagai.

Dr Mahathir yang juga calon perdana menteri interim PH berkata, partinya Bersatu umpama telur dihujung tanduk memandangkan berisiko untuk dibatalkan pendaftarannya, yang sekali gus akan melambatkan pendaftaran PH.

Katanya, parti dalam PH tidak boleh bertanding di bawah satu bendera, yang mana akan mengelirukan pengundi dalam PRU14, langsung akan menyebabkan gabungan pembangkang hilang banyak undi.

Malah, faktor PAS juga membawa masalah kepada PH.

Bagaimanapun, ahli Parlimen DAP Serdang Ong Kian Ming yakin sokongan Melayu terhadap BN akan jatuh mendadak, namun pengalihan sokongan itu akan membawa kepada sokongan kepada PAS atau pun PH.

Kata Ong, masih belum pasti jika PAS atau PH akan mendapat keuntungan daripada pengalihan pengundi Melayu itu.

Sementara itu pengasas Merdeka Centre Ibrahim Suffian turut berkata PAS sedang merancang menjadi penentu dalam PRU14.

Katanya, jika parti Islam itu akan menang lebih 40 kerusi, ia mempunyai kuasa menentukan gabungan mana yang akan disokongnya asalkan bersesuaian dengan agenda Islamnya. – 24 Mac, 2018.

2 comments:

  1. ya Allah cabutlah kuasa amono
    Engkau telah bagi depa kuasa n harta
    tapi rakyat makin derita
    banayk hukum hukum Mu amono tak laksanakan
    di bumi milik Mu ini ya Allah
    bebaskan kami anak cucu kami dari cengkaman amono
    ya robbal 'alamin

    ReplyDelete
  2. Pas 40 kerusi. Hampassssss. Marang pon hadi kalah. Kikikiki

    ReplyDelete