Saturday, March 31, 2018

Apa punya kartun daa......!

Najib: RAMD mungkin mangsa Malaysian Malaysia
mk  |  Dikemaskini 31 Mac 2018, 12:48 tengah malam
Anggota polis dan tentera mungkin akan kehilangan kerja jika negara ini dipimpin oleh orang yang salah, kata Datuk Seri Najib Razak.

Menurut perdana menteri jika rakyat tersilap langkah memilih pemimpin, kerajaan yang ditubuhkan nanti mungkin akan membubarkan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

"Bagaimana kalau mereka dengan niat tersirat, yang tak faham asal-usul sejarah negara kita - bagaimana kalau mereka misalnya mencadangkan supaya RAMD dibubarkan kerana ia tidak sesuai dengan konsep Malaysian Malaysia?

"Apa implikasinya kepada negara kita? Saya rasa saya tak perlu jawab," katanya semasa berucap di majlis makan malam bersama anggota polis dan tentera di Wisma Perwira Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur malam ini.

Menurut perdana menteri beliau tidak berhasrat untuk sengaja menimbulkan isu sensitif dengan membangkitkan kemungkinan berkenaan.

Katanya apa yang cuba disampaikan ialah supaya rakyat Malaysia sedar dan menghayati hakikat yang sedang dihadapi ketika ini.

"Saya bukan nak timbulkan perkara sensitif dengan sengaja, tapi saya nak kita semua sedar dan menghayati hakikat bahawa kita perlu menentukan kepimpinan paling tepat untuk aspirasi negara kita bersama," katanya.

Kakitangan awam ramai

Malaysia sedang dibayangi kehangatan pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Mandat kerajaan yang diperolehi melalui PRU ke-13 akan berakhir pada hujung Jun namun kebiasaannya parlimen akan dibubarkan sebelum itu.
Berbeza daripada kebanyakan negara demokrasi lain tarikh PRU di negara ini tidak diumumkan lebih awal bagi membolehkan semua parti membuat persediaan yang seimbang.

Dewan Rakyat sudah meluluskan cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 28 Mac lalu dan diwartakan sebagai undang-undang sehari kemudian.

Kenyataan Najib itu tidak menyebut sebarang nama atau parti secara khusus. Bagaimanapun berdasarkan ucapannya yang memetik konsep Malaysian Malaysia, ia jelas merujuk kepada DAP - satu daripada parti yang menubuhkan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Umno selama ini memotretkan parti itu sebagai cauvinis Cina serta memusuhi Islam serta Melayu.

Dalam ucapan sama perdana menteri juga mengingatkan pihak pembangkang pernah menganggap jumlah kakitangan awam di negara ini terlalu ramai.

Justeru katanya ada kemungkinan jumlah anggota pasukan polis dan tentera turut akan dikecilkan jika BN gagal mengekalkan Putrajaya.

Turut terbuka kepada kemungkinan itu, kata Najib, ialah kakitangan sektor pendidikan.

"Mungkin PDRM dan ATM akan dikurangkan saiznya. Mungkin pendidikan pun akan dikurangkan. Segala-galanya mungkin," katanya.

Turut hadir di majlis makan malam itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun dan Panglima ATM Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

* Hahaa....maka berkatalah Panglima ATMPanglima ATM seru tentera, polis setia pada kerajaan

Nasib baiklah sekarang ni boleh dikatakan semua pegawai ATM dan Polis berpelajaran dan ramai yang berijazah sehingga PHD

4 comments:

  1. amono takut kalah
    sebab semua kes akan dibuka
    itu saja
    hancurkan amono

    ReplyDelete
  2. Calun untuk next maharaja lawak

    ReplyDelete
  3. Mungkin juga ada .. sebab banyak berpendapat .. REZEKI .. datang dari KERA jaan ...Bukannya Dar Allah ..

    ReplyDelete
  4. Statement paling bangang dri sorng PM..!!
    Membesarkan kemaluan panglima bugis jee..!!

    ReplyDelete