Izmil Amri Hari ini, 3:19 petang Hari ini, 3:22 petang
ULASAN Ramai yang tidak puas hati. Setelah mengetahui berulang kali bahawa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mahu partinya bergabung dalam Pakatan Harapan, akhirnya tujuan itu tidak menjadi kenyataan. Parti cap bunga raya pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya sekadar buat perjanjian politik sahaja dengan HARAPAN. Tidak jadi sekutu gabungan.
Mahathir pula tidak hadir semalam. Barangkali kerana cita-citanya belum lagi tercapai. Setakat tandatangan perjanjian dan tidak membentuk gabungan, hantar anak sahaja cukuplah. Lim Kit Siang juga serupa. Kedua-duanya hanya hantar anak masing-masing.
Atau mungkin kerana mesyuarat semalam berlangsung di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, di tingkat empat bangunan ibu pejabat PKR. Meski sudah bersalam dan berbual mesra, Mahathir mungkin belum boleh masuk ke pejabat bekas timbalannya itu. Tapi tak apa, itu semua hal anekdot sahaja. Tak akan dicatat di nota kaki sejarah pun.
Namun apa yang sejarah akan rakam ialah dua acara ini. Pertamanya ceramah ‘blok ketiga’ anjuran PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) di Paya Jaras, dengan kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga wakil PKR, Sivarasa Rasiah. Kedua, majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara BERSATU dan Pakatan Harapan, keesokan harinya.
Dalam acara pertama, PAS Selangor menghidangkan sebuah majlis yang dinamakan “Ceramah Mega Rakyat”. Hadir dalam acara tersebut ialah pemuka-pemuka PAS dan IKATAN, bersama Muhyiddin dan wakil PKR, setelah Datuk Seri Wan Azizah Ismail enggan hadir ke majlis tersebut.
PAS masih kekal dalam kerajaan Selangor, dan bekerja dalam satu bangunan dengan pemimpin DAP, namun tidak pula menjemput wakil DAP ke ceramah meganya itu. PAS juga masih berpatah arang dengan rakan-rakan lama yang sudah membentuk parti baru. Sebut nama Parti Amanah Negara (AMANAH) pun tak mahu, inikan pula mahu diajak berceramah sekali untuk melawan Umno.
Malah kita juga tidak pasti kalau ceramah itu tujuannya untuk membantai Umno. Sudah lama sebenarnya PAS tidak kelihatan menghentam Umno dan gejala korupsinya.
Berbalik kepada cerita “ceramah mega”.
Dalam acara tersebut, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak mentah-mentah cadangan Muhyiddin untuk menjadi jambatan hubungan antara PAS dan rakan-rakan yang telah mereka tinggalkan.
Tuan Ibrahim dilapor berkata "Kita tidak ada hubungan dengan DAP, AMANAH, soal BERSATU nak jadi jambatan, itu tanggungjawab BERSATU, bagi PAS kita ada hubungan dengan PKR sahaja, dengan BERSATU kita pun masih dalam perbincangan."
Dalam bahasa orang biasa-biasa seperti kita, Tuan Ibrahim secara mudahnya berkata:
“Eh kau ni. Kita ini pun baru nak bermesra, kau nak ajak aku bermadu dengan kekasih lama?”
Lebih kurang begitulah.
Acara itu kemudiannya disambut dengan majlis semalam. Muhyiddin sekali lagi disoal tentang usahanya untuk berunding dengan PAS, dan berapa lama lagi beliau mahu terus memujuk parti pimpinan Haji Hadi itu.
Wartawan dan pemerhati politik semalam rata-rata menghela nafas kecewa. Mereka bertanya, apa benda lagi yang ditunggu dengan PAS ini? Apa lagi tawaran dan janji yang mahu dan boleh diberi? Begitu pentingkah PAS dalam fabrik politik negara sehingga kalau tak ada mereka, tak menanglah parti-parti pembangkang menawan Putrajaya?
Vakum kepimpinan Melayu
Politik orang Melayu, seawal perjuangan menuntut kemerdekaan lagi, adalah permainan kelompok kecil-kecilan yang tidak rumit mana pun naratifnya. Orang Melayu hanya memerlukan seorang dua sosok pemimpin yang boleh memberi jaminan bahawa hak dan keistimewaannya terjamin, selain kedudukannya sebagai ‘tuan’ tidak digoyang-goyang.
Itu sebabnya kenapa Umno masih lagi mampu mengekalkan kuasanya, walaupun demikian banyak bobrok dan kegilaan menimpa masyarakat. Skandal kewangan, cukai, kenaikan kos sara hidup, roti canai dan teh tarik naik harga, itu semua tidak penting asalkan Melayu kekal berkuasa.
Terpecahnya Umno dan lahirnya parti baru Mahathir mendobrak norma pemikiran Melayu ini. Umno akhirnya bukan satu-satunya entiti yang mampu membela nasib umat Melayu. PAS yang kini menjadi rakan dan musuh Umno pada masa yang sama pun sudah boleh dijadikan andalan untuk mengganti peranan Umno sebagai ‘pemimpin umat Melayu’.
Kita telah menyaksikan bagaimana Umno cuba menjadi lebih Islam dan bermain dengan politik angin syurga dalam persidangannya yang baru selesai. Itu semua untuk memujuk sokongan Melayu yang kian condong untuk mahu beragama. Hatta Umno pun akhirnya menampilkan ustaz penceramah televisyen sebagai perwakilan, selain membahaskan kepentingan usul persendirian presiden PAS.
Ini semua terjadi kerana wujud kelompangan dalam kepimpinan Melayu. Kelompangan ini sekarang sedang cuba diisi parti Mahathir, dan juga PAS, selain oleh tokoh-tokoh politik Melayu dalam gabungan Pakatan Harapan.
Langkah paling cepat untuk mengisi kelompangan ini sebenarnya adalah dengan memaksa PAS ke suatu sudut, mengambil garis jelas memisahkan ‘kita’ dan ‘mereka’. Kalau bukan bersama para demokrat, kamu bersama para kleptokrat. Mudah.
Memberi ruang rundingan dan kecurangan dalam sela masa yang begitu singkat menuju pilihan raya seawal April adalah kerja yang tidak memberi keyakinan kepada rakyat. Sudahlah calon perdana menteri pun tak ada, rakan gabungan juga tidak nyata. Maka mana dia barisan kepimpinan yang sedang bersiap untuk mengambil alih Putrajaya?
Itu pendapat ramai yang menepuk dahi apabila mengetahui parti bunga raya belum lagi masuk HARAPAN.
Tetapi dalam politik, banyak perkara boleh berubah dalam masa yang sangat singkat. Justeru kita tidak boleh berhenti berharap, walaupun itulah benda paling menyampah untuk kita lakukan.
Jadi pendeknya begini. Kerjasama politik HARAPAN dan parti baru Mahathir hanyalah langkah awal. Jangan inzal dulu. Soal sama ada PAS mahu kembali bertaut kasih atau mahu terus menjahanam bersama kekasih baru, kita biarlah masa yang menentukan.

No comments:
Post a Comment