'Tuduhan skandal seks lumrah politik'
WARTAWAN SINAR HARIAN - 16 DISEMBER 2016
'Tuduhan skandal seks lumrah politik' Skandal seks mengaitkan Anina muncul di dalam blog dan media sosial.
SHAH ALAM - Ketua Srikandi Bersatu, Anina Saadudin menganggap skandal seks yang dikaitkan dengannya sebagai lumrah kehidupan ahli politik.
Menurutnya, apa yang lebih penting adalah kepercayaan orang sekeliling yang rapat dengannya sebelum bergelar ahli politik.
“Skandal seks yang dikaitkan dengan saya adalah salah satu lumrah dalam kehidupan ahli politik Malaysia.
“Saya didatangi seorang anak murid dan mengucapkan tahniah kepada saya. Saya tanyakan kenapa? Beliau menjawab: “sekarang pensyarah saya telah sah menjadi ahli politik Malaysia kerana sudah dipalit skandal seks.
“Saya kira bekas anak murid saya yang mengenali saya bertahun-tahun dan kini ahli perniagaan berjaya ini, lebih memahami keperibadian saya dari khalayak politik yang baru mengenali saya sejak setahun lebih.
“Apa yang penting bagi saya, kepercayaan anak-anak, ahli keluarga, anak-anak murid dan sahabat yang sentiasa mengambil berat tentang perihal saya sejak dahulu, yakni sebelum saya bergelar seorang ahli politik,” katanya.
Anina mengulas tuduhan skandal seks terhadapnya.
Beberapa laman web didapati menyebarkan transkrip perbualan WhatsApp lucah didakwa melibatkan Anina bersama seorang lelaki.
Anina berkata, sebagai ketua srikandi, beliau bersedia dengan cabaran dan dugaan bakal ditempuhi.
“Saya menerima jawatan ini dengan penuh tanggungjawab dan sedar amanah ini bakal dipersoalkan sesudah matinya saya.
“Memimpin satu bala tentera sayap wanita sebuah parti ditunjangi Tun Dr Mahathir (Mohamad) adalah penghormatan besar bagi saya, namun lebih besar dari itu, tanggungjawab ini menuntut pengorbanan jiwa dan raga bukan hanya saya seorang, malah anak-anak, keluarga besar saya, beribu anak murid yang sayangkan saya di seluruh negara serta sahabat-sahabat terdekat saya,” katanya.

No comments:
Post a Comment