Monday, December 5, 2016

Sang Kelembai mengamuk sakan ni......

Isnin, 5 Disember 2016
Anjing2 peliharaan PMO yang sebenarnya #salambaliktian

Hari ini saya sudah memberikan jawabpan kenapa saya gunakan bahasa kurang ajar kepada cybertroper yang bernaung bawah MyKmu@mykemut yang selalu menghina saya dengan tagline #salambaliktiang dan saya mengatakan mereka bukan sahaja ayam makan dedak tetapi anjing mencari tulang dan akan menyalak konunnya menjaga tuan.

Saya ada pendapatan bulanan yang jika tak kaya. sekurangnya saya senang. Rumah saya pun, saya dah tunjukan secara video. Kereta yang saya pakai pun bukan proton wira. Anak saya masa sekolah rendah di sekolah swasta. Keluarga saya setiap tahun bercuti diluar negeri. Tahun ini saya sudah dua trip.. pertama di Melbourne, Austarlia sekarang di Seoul, Korea (saya tidak ikut kerana bertembung dengan Pergong UMNO) bulan Oktober dua minggu saya di Jakarta.

Perniagaan saya, tidak ada hubungan dengan Kerajaan pun. Saya tidak pernah jumpa Menteri minta projek dengan masuk tender. Bolehkah saya hidup mewah dan senang dengan duit paw dan ugut 50 ke 100RM itu? Saya tak pernah ugut Menteri. Nyatakan mana Menteri yang saya ugut dan paw?.

Masa pergong UMNO ini, saya sendiri habis juga 4 ke 5ribu. bantu kawan2.. dan ada duit yang kawan2 rapat saya bagi tetapi semua diberikan balik kepada kawan2 saya yang datang dari luar Kuala Lumpur.. bayar hotel dan duit poket.

Jadi yang saya panggil anjing..tolonglah berhentikan menyamakan kelakuan kamu itu yang paw dan ugut orang itu termasuk para Menteri, kemudian kamu katakan saya melakukan.. Kamulah sebenarnya #salambaliktiang dan rembat wang dari para Menteri yang konunnya kamu boleh mencaturkan nasib pemimpin itu.

Sebilangan Menteri dari UMNO saperti Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ismail Sabri, Mahdhir Khaled, Ahmad Shabery Chik, Johari Ghani. Idris Jusuh, Nazri Aziz, Shahidan Kassim, Noh Omar, Tengku Adnan Tengku Mansor, Salleh Tun Said, Anifah Aman dan Hamzah Zainuddin dan berapa Timbalan Menteri adalah kawan saya.. Saya tak perlu paw dan ugut mereka, jika saya nak minta sumbangan untuk aktiviti UMNO Cawangan saya atau untuk diri sendiri. Mereka akan membantu saya. Mereka saya kenal dan berkawan sebelum mereka jadi Menteri lagi.

Berhentilah kepada mereka yang tak kenal saya dari buat kerja disuruh.. sudah berkelakuan saperti anjing kamu semua. Saya macam itu juga. Tidak ada faedahnya saya di serang. Jangan jadi macam Bazelan Wahab dari UMNO Indra Mahkota itu, dah macam jadi babi nak menyondol saya. Saya bukan pernah petik nama dia dalam entri saya, kecuali salepas dia petik nama saya.

Saya masih ahli UMNO, saya akan pertahankan UMNO. Tetapi dalam tulisan dan pemikiran saya mesti keluar dari kepompong UMNO..jika tidak saya akan berkelakuan saperti anjing-anjing yang di pelihara oleh PMO.. - Selamat Malam.

Bandar Sri Permaisuri,
Dis 5, 2016

Dicatat oleh Zaharin Mohd Yasin 

1 comment:

  1. amno denagn amano bergaduh
    tapi pegangan depa tetap sama
    hukum jinayah Islam tak sesuai walau pun ngaku
    beriman pada Allah
    dah puluhan tahun berpegang kitab tinggalan britis susah nak berubah
    s

    ReplyDelete