Penganalisis: Pas ibarat ‘sesumpah’
MUHAMMAD FAIZ SULONG - 8 DISEMBER 2016
SHAH ALAM - Parti Pas perlu menyatakan pendirian mereka dari segi sokongan dan pendekatan politik yang ingin dibawa kerana dalam situasi sekarang, parti Islam itu dilihat seolah-olah sebuah parti yang tidak konsisten pendiriannya.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan kepada Bersatu bahawa mereka tidak boleh mengadakan hubungan dengan DAP dan Amanah jika mahu bekerjasama dengan Pas.
“Pas sebenarnya adalah parti yg tidak konsisten pendiriannya. Saya rasa daripada menyatakan kritikan kepada Bersatu, baik Pas nyatakan pendirian dari segi sokongan dan pendekatan politik yang ingin dibawa.
"Dalam keadaan sekarang Pas seperti ‘sesumpah’ yang boleh berubah rupa apabila tiba masanya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kenyataan Takiyuddin juga sedikit sebanyak menimbulkan spekulasi tentang kedudukan dan masa depan Pas di peringkat kerajaan negeri Selangor apabila dilihat terdapat kemungkinan percanggahan pendirian antara Pas pusat dan negeri.
“Dari segi prinsipnya, Pas Selangor perlu mengundurkan diri. Adalah tidak teguh prinsip perjuangan menyokong Pakatan di Selangor tetapi tidak di peringkat Pusat. Rakyat akan berpersepsi tidak molek kepada Pas. “Bersatu pula memang sebelum ini menyatakan hasrat supaya Pas menyertai Pakatan, namun saya tidak pasti pendirian terkini Bersatu.
“Mungkin Bersatu sudah putus asa dengan pendirian Pas yang tidak jelas. Jadi, dalam pengamatan saya, kemungkinan Pas untuk tidak menyertai Bersatu dan Pakatan adalah tinggi,” katanya.

bukan sesumpah,tapi bewak kabok yg makan bangkai
ReplyDelete