Wednesday, December 14, 2016

Nafsu besar: Haha...silakan, di kawasan Melayu pun belum tentu ni nak ranyau di kawasan Cina?

*Entah-entah di Kelantan pun lingkup, balak pun terlungkup jadinya!

Minta-minta PRU14 dipercepatkan. Nak tengok setakat mana keangkuhan lebai-lebai PAS ni

PAS sedang kaji kerusi DAP, kata naib presiden

  | December 14, 2016
Mohd Amar Nik Abdullah berpandangan PAS berpotensi untuk menang di beberapa kerusi DAP
KOTA BHARU: PAS tidak menolak kemungkinan untuk meletakkan calonnya bertanding di kerusi tradisi DAP pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Naib Presiden Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Mohd Amar berkata PAS dan DAP kini tidak lagi bersefahaman dan bekerjasama, maka tidak menjadi kesalahan untuk PAS bertanding di kerusi yang ditandingi DAP.
Jabatan Pilihan Raya PAS kini sedang melaksanakan kajian di kerusi-kerusi dimiliki DAP dan akan membuat keputusan sama ada untuk bertanding di kerusi itu berdasarkan hasil kajian berkenaan, katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.
Mohd Amar berkata Jabatan Pilihan Raya PAS membuat kajian berkenaan kerana berpandangan PAS berpotensi untuk menang di beberapa kerusi terbabit.
“Kalau kajian itu mendapati kita ada peluang besar untuk menang, mungkin kita akan bertanding sebab kita dengan DAP tak ada sebarang persefahaman dan kerjasama, jadi tak salah kita bertanding di kerusi yang ditandingi DAP,” katanya.
Ditanya mengenai Amanah yang menasihati PAS supaya tidak bermimpi untuk terus kekal memerintah Kelantan, Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata parti itu sebenarnya yang sedang bermimpi kerana mereka masih belum mempunyai sebarang rekod di pentas politik negara.
“Kita bercakap pun kita dah ada asas untuk kita bercakap, tapi mereka tak ada rekod politik lagi di Malaysia ini, tapi tiba-tiba presiden (Mohamad Sabu) kata nak rampas Kelantan dan Terengganu, itulah sebenarnya bermimpi.
“Kita (PAS) bercakap sebab kita ada pengalaman dan pernah menang di Terengganu dan kita memerintah di Kelantan jadi kalau kita kata kita nak pertahankan Kelantan, kita nak kuasai Terengganu, kita berasaskan rekod. Itu realiti yang kita pernah ada,” katanya.

Berita baik untuk PASSaya tahu cara jatuhkan DAP, kata bekas naib pengerusi

Minta jer nasihat mamat ni.......dah puluhan tahun UMNO/BN cuba nyahkan DAP tapi tak berjaya. Tetiba mamat ni kata dia ada cara nak jatuhkan DAP. Jadi sepatutnya PAS dan BN minta nasihat darinya dengan sedikit dedak, oklah tuu!

1 comment:

  1. Menang 20 kerusi tapi PAS kata hak dia 70 kerusi. Timbalan Presiden minta parti pembangkang lain jgn ganggu 70 kerusi PAS yg konon nya PAS punya...Pak Lawak betui PAS ni.
    Yang Pak Lebai satu ni sibuk pulak nak ganggu kerusi parti pembangkang lain pasal apa..??
    Dia kacau tempat parti lain boleh pulak..PAS PIS PUS betui la parti ni..nanti semuanya melepas...kah kah kah.

    ReplyDelete