Saturday, December 10, 2016

Kalau dah jenis bangang, tak payahlah dok nasihat!

Fokus lawan BN, bukan tanding di Permatang Pauh
10 Disember 2016 | MALAYSIA DATELINE
Nurul Izzah hadir ke Konvensyen Amanah Nasional di Shah Alam hari ini

PKR menasihati Pas agar mengkaji semula hasrat mereka untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata parti Islam itu sepatutnya menghalakan fokus mereka menentang Barisan Nasional (BN).

“Saya rasa dia (Pas) patut fikirkan semula keputusan dan fokus berlawan dengan BN kerana pengundi akan keliru dengan tindakan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Konvensyen Amanah Nasional di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Terdahulu, Pas Permatang Pauh mengumumkan untuk bertanding di kawasan Parlimen itu dan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam kawasan itu pada PRU14 melibatkan 3 Dun iaitu Seberang Jaya, Penanti dan Permatang Pasir.

Ketua Penerangan Pas Permatang Pauh Jamsari Samad berkata umum mengetahui kerusi untuk ketiga-tiga Dun dan Parlimen Permatang Pauh dimiliki Pas, namun atas semangat toleransi parti Islam Itu memberi keizinan kepada PKR untuk meletakkan calon.

Pendirian PAS itu susulan kenyataan Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang berkata parti itu berminat untuk bertanding berikutan kerusi Dun Pengkalan Pasir yang dimiliki Pas.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh kini dipegang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun.

2 comments:

  1. Berapa kali dah PAS menang sampai sanggup mengaku hak dia..

    ReplyDelete
  2. semua kerana sikap ego parti agama lebeh2 lagi bila ada sebilangan pemimpin PH yg masih memujuk rayu dan berharap PAS bersama PH. naik lemak la lebai2 yg perasan ni.

    ReplyDelete