Thursday, December 29, 2016

Gesaan Khairuddin ini memang ada logiknya

Khairuddin gesa Muhyiddin bersihkan nama
HUSSAINI AMRAN  |  27 Disember 2016 12:10 AM
Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin mesti membersihkan namanya daripada dakwaan terlibat dalam skandal dengan isteri orang.

Bekas ahli PPBM, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, parti itu tidak boleh kelihatan seolah-olah mengamalkan dasar pilih kasih.

“Sekiranya Anina Saadudin tidak dilantik ke jawatan Ketua Srikandi PPBM disebabkan oleh viral kes skandal seks beliau, ramai rakyat di peringkat akar umbi turut bertanya tentang kedudukan skandal Muhyiddin dengan isteri orang pada suatu masa dahulu.

“Selaku Presiden PPBM, Muhyiddin juga tidak seharus­nya dikecualikan daripada membersihkan namanya dalam isu sama yang membelenggu imej­nya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 2 September lalu, Pre­siden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah menggesa Muhyiddin memfailkan saman terhadap peguam, Stanley Clement Agustin dan bekas isterinya, Datuk Nika Gee Siew Yee kerana membabitkan nama bekas Timbalan Perdana Menteri itu dalam kes perceraian berprofil tinggi pasangan berkenaan.

Terdahulu pada 2 Jun lalu, penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin melalui portal Malaysia Today, www.malaysia-today.net mendakwa, seorang lelaki membuat Akuan Bersumpah (SD) berhubung skandal antara Muhyiddin dan iste­rinya.

Sementara itu, berhubung isu Anina, Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh menjelaskan, parti berkenaan masih belum me­nubuhkan sayap Srikandi.

Beliau memberitahu, penubuhan sayap adalah di bawah bidang kuasa Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM justeru isu kedudukan Ani­na sebagai Ketua Srikandi PPBM tidak seharusnya ditimbulkan.
“Anina kekal sebagai Ahli MPT PPBM yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan ke­giatan Srikandi sehingga sayap parti ditubuhkan secara rasmi,” katanya.

Semalam, portal Free Malaysia Today melaporkan, Anina mendakwa beliau disingkirkan daripada jawatan tersebut berikutan isu perbualan intim dengan seorang lelaki melalui aplikasi WhatsApp yang menjadi viral dalam media sosial baru-baru ini.

3 comments:


  1. Kalau diri tu tak bersih duduk je dalam umno sampai mati.

    Bila jadi macam ini rakyat terus keciwa. Malah putus harapan untuk melihat Malaysia berubah.

    Sekarang yang untung dari penubuhan PPBM ia lah UMNO.


    ReplyDelete
  2. Perbualan intim dgn seorang lelaki sepatutnya tidak menjadi kesalahan kalau tidak melibatkan perbuatan maksiat kerana maanusia punya persaan dan naluri sendiri. Sesiapa yg monolak ini saoleh menafikan kejadian maanusia.
    Menjadi ahli politik bukan seperti menjadi paderi atau nun dimana naluri sex tidak diterima, asalkan ada batasan tertentu,. Kalau perbualan intim whatapp nak jadikan isu maknanya orang yg bermodal kan itu terlalu terdesak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju! 4kali klimaks.kahkahkah..aauummm 😂😂

      Delete