Tuesday, December 13, 2016

Fitnah: Hari ni Ramli pula jadi kaya.....

Kes saman fitnah Ramli Yusuff selesai
13 DISEMBER 2016
Ramli Yusuff

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah yang difailkan bekas  Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff terhadap empat syarikat penerbitan akhbar selesai selepas syarikat penerbitan itu mengemukakan permohonan maaf di Mahkamah Tinggi di sini.

Kenyataan permohonan maaf itu direkodkan dalam kamar di hadapan Hakim Abu Bakar Jais, dengan dihadiri peguam Bhag Singh dan Ammar Ghalip mewakili The Star, manakala peguam Harvinderjit Singh bertindak bagi pihak Ramli.    

Empat syarikat penerbitan yang mengemukakan permohonan maaf itu ialah The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Star Publication (Malaysia) Bhd, Sabah  Publishing House Sdn Bhd dan The Borneo Post.    

Mahkamah juga memerintahkan NSTP membayar kos RM120,000 kepada Ramli sebagai penyelesaian penuh dan muktamad terhadap tuntutan plaintif, The Star diperintahkan membayar kos RM60,000 manakala Sabah Publishing House dan The Borneo Post masing-masing diperintahkan membayar kos RM20,000.    

Ramli, 64, yang kini seorang peguam, memfailkan saman itu pada 4 Julai  2013 dengan mendakwa kesemua defendan telah menerbitkan pelbagai laporan berita yang telah menjejaskan reputasi dan keperibadiannya.    

Plaintif mendakwa, laporan tersebut secara langsung dan tidak langsung telah menggambarkan beliau sebagai seorang anggota polis yang mempunyai harta berjumlah RM27 juta secara haram dan telah menyalahgunakan kuasanya. - Bernama

2 comments:

  1. Sikit sangat. Sebab itu akhbar terus buat fitnah dan kemudian apabila minta maaf denda ganti rugi jadi sikit.

    Lain media internet ke blog ke tabloid ke .. ini akhbar yang mampu mencari versi cerita yang sebenar dan pengalaman wartawan nya bukan macam wartawan penulis media internet ke blog ke tabloid ke..

    ReplyDelete
  2. ada dalang buat fitnah tu yang galak snagat
    sikit sikit keluarkan cerita fitnah
    cuba duit sendiri berani nak fitnah tak tentu pasal
    ynag bergama islam pun dah tak tau dosa pahala dalam urusan hidup ni main sereondoi saja
    buat malu kat babi

    ReplyDelete