Thursday, December 1, 2016

DAP dihantukan lagi: Berapa kerusi DAP tanding dan selama ini DAPkah yang lenyapkan berbilion tu?

Najib: Mara, Felda, Risda, Felcra… semuanya lenyap kalau DAP menang

  | December 1, 2016
Begitu juga, institusi Islam seperti Tabung Haji, Jakim, di samping insitusi wakaf dan zakat akan diperlekeh dan dicabar.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi amaran semua institusi yang ditubuhkan untuk membantu Bumiputera dan mewakili Islam akan lenyap sekiranya DAP berkuasa.
Berucap merasmikan Perhimpunan Agung Umno hari inni, presiden Umno itu menyifatkan DAP sebuah parti sekular memperjuangkan “liberalisme melampau”.
“Pada ketetapan takdir ini kelaklah, sekiranya negara ini jatuh ke tangan DAP yang memperjuangkan liberalisme melampau dan fahaman sekular berbahaya pastinya, hak dan keistimewaan yang diperjuang serta dipertahankan oleh Umno selama ini.
“Termasuk institusi-institusi Bumiputera antaranya Mara, Felda, Risda, Felcra dan Teraju akan pupus dan lenyap,” kata Najib.
Najib juga berkata institusi pengajian tinggi yang dikhususkan untuk orang Melayu dan Bumiputera seperi Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak lagi mampu mengekalkan falsafah penubuhannya.
“Natijah buruk dan mimpi ngeri yang bakal tiba serta melanda hidup serta nasib mereka, saya yakin, nescaya orang-orang Melayu juga Bumiputera berasa takut dan bimbang.
“Lalu akan berpaut seteguh-teguhnya kepada Umno, sebagai satu-satunya parti yang mampu membela nasib anak cucu keturunan dan memperjuangkan masa depan mereka,” katanya.
Tidak berakhir di situ, syiar Islam juga akan dibelakangi, kata Najib.
“Jika dikaji Perlembagaan parti DAP, tiada langsung menyebut Islam sebagai agama persekutuan, tidak dinyatakan untuk menjunjung institusi raja-raja Melayu dan tidak tertulis satu ayat, tentang usaha untuk melindungi hak dan keistimewaan orang-orang Melayu serta Bumiputera.
“Institusi-institusi berkaitan Melayu Islam seperti Lembaga Tabung Haji, Jakim, Jawhar (Jabatan Wakaf), Lembaga Zakat negeri-negeri akan diperlekeh dan dicabar kewujudannya,” katanya
* Yang gadai Felda tu sape ek?
Nak bodohkan orang-orang UMNO yang otak macam Jamal jamban tu bolehlah.......

6 comments:

  1. Pemimpin Melayu UMNU ni hidup atas darah dan keringat rakyat cukup dengan hanya menipu. Rakyat Melayu yang dibentuk UMNU lebih 50 tahun terlalu lemah otak dan fizikal kerana telah ditanamkan sifat mudah ditipu, mudah dirasuah dan yang paling teruk mereka ini amat sukar menerima perubahan.

    ReplyDelete
  2. MRSM berbayar cadangan pemimpin DAP ke ?

    ReplyDelete
  3. selama ni teguhkah syiar islam dinegara ini di bawah amno
    nak tolong laksnakan hukum jinayah islam pun berdolak dalik
    amnao memangya kuat menipu

    ReplyDelete
  4. Bohong bohong bohong Jibby bohong..
    Tipu Tipu Tipu Bijan tipu..
    Budak sekolah Ting. 2 pun tahu, subjek ada bljr sivik dan kewarganegaraan ttg parlimen dan tahu ttg majoriti yg diperlukan utk jadi pemerintah..
    Siakap senohong gelama ikan duri ckp bohong dah pun jadi pencuri?

    ReplyDelete
  5. Bagi lah lagi kpd umno biar mahal lagi harga barang...biar banyak lagi duit kerajaan dirompak dan disonglap...bagi kpd rakyat sikit jer kaut balik berganda2...kokok bukan main kuat lagi...DAP jadi modal untuk pemimpin2 umno terus boleh rompak dan songlap..tumbang umno najib disumbat kepenjara

    ReplyDelete
  6. Bagi lah lagi kpd umno biar mahal lagi harga barang...biar banyak lagi duit kerajaan dirompak dan disonglap...bagi kpd rakyat sikit jer kaut balik berganda2...kokok bukan main kuat lagi...DAP jadi modal untuk pemimpin2 umno terus boleh rompak dan songlap..tumbang umno najib disumbat kepenjara

    ReplyDelete